Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKemudahan-Kemudahan

1. Pegawai yang menjalani LDPSL

Kemudahan-kemudahan yang akan diperolehi adalah diringkaskan seperti berikut:

Kadar Elaun Sara Hidup,Elaun Tempat Tinggal dan Elaun Perjalanan (Skim LDPP)

  • Gaji
    Gaji penuh di sepanjang tempoh menjalani kursus.
    Bonus
    Bonus akan dibayar setiap genap tempoh biasa tertakluk kepada laporan kemajuan pengajian.

  • Elaun Sara Hidup, Elaun Tempat Tinggal dan Elaun

    a) B$60.00 sehari bagi semua pegawai di bawah negara-negara Kumpulan A (Seperti di Lampiran IV);
    b) B$50.00 sehari bagi semua pegawai di bawah negara-negara Kumpulan B (Seperti di Lampiran IV);
    c) B$40.00 sehari bagi semua pegawai di bawah negara-negara Kumpulan C (Seperti di Lampiran IV).

    Bagi negara-negara yang ‘cost of living’ nya tidak mematuhi asas-asas yang ditetapkan bagi A, B atau C akan disediakan perkiraan bersesuaian mengikut keperluan.
             
    Jika terdapat bandaraya di dalam sesebuah Negara yang mempunyai taraf kehidupan jauh lebih tinggi dari taraf keseluruhan Negara tersebut, pertimbangan bersesuaian akan dibuat. Begitu juga dengan elaun tempat tinggal dan elaun perjalanan.

    Nota: Kadar elaun sara hidup untuk dikaji setiap 3 tahun

  • Elaun Tempat Tinggal (tidak termasuk bayaran makan dan minum)
    a) B$165.00 semalam bagi semua pegawai di bawah negara-negara Kumpulan A;
    b) B$130.00 semalam bagi semua pegawai di bawah negara-negara Kumpulan B;
    c) B$105.00 semalam bagi semua pegawai di bawah negara-negara Kumpulan C.

    Peringatan:
    Semua kadar bayaran di bawah 3.1.3 ini tidak termasuk bayaran ‘government tax’ dan ‘service charge’ yang akan ditanggung oleh Kerajaan.

    Pegawai tidak dibenarkan menginap di hotel atau di tempat lain jika tempat penginapan sudah disediakan terlebih dahulu oleh pihak Kerajaan atau penganjur kursus.

    Nota: Kadar elaun tempat tinggal untuk dikaji setiap 5 tahun

  • Elaun Buku
    Dihulurkan sekali setiap tahun di awal tahun akademik bagi pembelian buku-buku rujukan pengajian.

    a) Bagi kursus peringkat HND dan keatas (atau yang sebanding), tuntutan boleh dibuat sehingga B$1,000.00 setahun.
    b) Bagi kursus di bawah HND, tuntutan boleh dibuat sehingga B$700.00 setahun.
    c)Bagi mana-mana kursus yang kurang dari 1 tahun akademik tuntutan dibuat sehingga B$300.00.

  • Elaun Perjalanan
    Diberikan setiap bulan untuk menampung perbelanjaan perjalanan tanpa mengira jauh tempat tinggal dari institusi pengajian:

    a) B$100.00 sebulan bagi negara-negara di bawah Kumpulan A
    b) B$80.00 sebulan bagi negara-negara di bawah Kumpulan B
    c) B$50.00 sebulan bagi negara-negara di bawah Kumpulan C

    Nota: Kadar elaun perjalanan untuk dikaji setiap 5 tahun

  • Elaun Pakaian

    a) Diberikan sebanyak B$500.00 sekali dalam tiga (3) tahun bagi kursus di negara-negara bermusim sejuk. Walau bagaimanapun, elaun sama tidak dihulurkan bagi kursus pendek yang berjalan bukan di dalam musim sejuk.

    b) Pegawai yang telah diberi Elaun Pakaian dibawah Surat Keliling abatan Perdana Menteri Bilangan 25/1994 hanya akan layak dibayar elaun pakaian selepas tiga (3) tahun dari tarikh pemberian.

  • Elaun Bantuan Projek Pembelajaran

    a) B$800.00 diberikan sekali bagi satu pengajian ijazah atau professional bagi tempoh kursus 1 tahun akademik keatas untuk menampung perbelanjaan penyediaan projek, dissertation atau thesis.

    b) B$200.00 diberikan sekali bagi satu kursus pendek yang kurang dari satu (1) tahun akademik.

  • Perbelanjaan Akademik

    a) Yuran utama kursus berasaskan tuntutan rasmi institusi pengajian;

    b)Yuran kursus tambahan/program rasmi termasuk ‘field trip’ yang berkenaan berasaskan tuntutan.

    Kesemua pembayaran ini adalah terus dibuat kepada institusi yang mengendalikan kursus/program.

  • Perbelanjaan Rawatan Perubatan

    a) Perbelanjaan bagi rawatan perubatan pegawai, termasuk bersalin, pergigian (tidak termasuk ‘braces’, ‘scaling’, gigi palsu, ‘bridges’, ‘porcelain gold’ atau ‘crown’) dan kecemasan yang diperakukan oleh pusat kesihatan yang diakui;

    b) Perbelanjaan bagi insuran perubatan pegawai jika berkenaan melalui tuntutan yang disahkan

  • Tambang Pelayaran

    a) Tambang perjalanan pergi/balik Kelas Perdagangan bagi pegawai di dalam tanggagaji Superscale ‘C’ keatas;

    b) Tambang perjalanan pergi/balik kadar tiket termurah bagi pegawai lain;

    c) ambang perjalanan pergi/balik kadar tiket termurah masing-masing bagi pegawai, isteri/suami dan sehingga empat (4) orang anak berumur di bawah 18 tahun jika kursus yang diikuti tidak kurang dari tiga (3) tahun akademik;

    d) Tambang perjalanan pergi/balik sekali dalam dua (2) tahun kerana bercuti pada kadar harga tiket termurah bagi 3.1.10 (a), (b) dan (c);

    e) Bagi kursus kurang dari tiga (3) tahun akademik, tambang perjalanan pergi/balik bagi KESEMUANYA iaitu pegawai, suami/isteri dan anak-anak bagi pegawai di dalam tanggagaji Superscale ‘C’ keatas adalah tidak melebihi jumlah harga tiket Kelas Perdagangan;

    f) Seperti (e) dan bagi pegawai lain, tambang perjalanan tidak melebihi kadar Kelas Ekonomi Penuh (Full Fare);

    g) Anak-anak pegawai yang sudah diberikan kemudahan di bawah 3.1.10(c) semasa mereka masih berumur 18 tahun ke bawah akan terus diberikan kemudahan berkenaan walaupun melimpasi umur 18 tahun bagi tujuan tambang balik ke tanah air;

    h) Kemudahan tambang perjalanan bagi isteri/suami dan anak-anak tidak lagi diberikan mulai dari tarikh tempoh kursus pegawai yang asal dilanjutkan oleh sebab-sebab tertentu.

  • Elaun Persinggahan

    a) Bayaran penginapan pegawai sahaja bagi persinggahan yang di luar dugaan disebabkan perkara-perkara yang berpatutan di dalam perjalanan pergi/balik:

    b) B$200.00 maksima bagi pegawai Bahagian I ke atas.

    c) B$150.00 maksima bagi pegawai lain.

  • Perbezaan Kemudahan

    a) Pegawai-pegawai yang menerima biasiswa latihan daripada sebuah pertubuhan yang dibenarkan oleh Kerajaan akan menerima gaji penuh dan bonus seperti di para 3.1.1 di sepanjang tempoh berkursus yang dibenarkan. Mereka juga akan dibayar perbezaan elaun di mana elaun yang diberikan di bawah biasiswa pertubuhan berkenaan adalah rendah dari elaun yang diberikan Kerajaan di bawah LDP.

    b) Mereka akan dibayar mana-mana kemudahan di bawah LDPSL yang tidak termasuk di dalam biasiswa pertubuhan berkenaan.

  • Penghantaran Balik Barang-Barang Peribadi Setelah Tamat Kursus

    a) Bayaran penghantaran melalui kapal udara di bawah ‘accompanied excess baggage’ pada kadar 20 kilogram. Bagi bayaran ‘accompanied excess baggage’ ini termasuk bayaran tambahan yang disebabkan oleh persinggahan di luar kemahuan pegawai.

    b) (i) Bagi pegawai yang berkursus 3 tahun atau lebih, bayaran penghantaran melalui kapal laut pada kadar 5.2 meter padu dan pembelian peti-peti tidak melebihi ukuran berkenaan dengan perkhidmatan ‘door to port’, dan pada kadar 2.6 meter padu bagi pegawai yang berkursus urang dari 3 tahun dan pembelian peti-peti tidak melebihi ukuran berkenaan dengan perkhidmatan ‘door to port’.

    ATAU

    c) (ii) Bayaran penghantaran melalui kapal udara bagi pegawai yang berkursus 3 tahun atau lebih di bawah ‘unaccompanied excess baggage’ pada kadar 80 kilogram dan bagi kursus kurang dari 3 tahun pada kadar 40 kilogram.

2. Pegawai-pegawai yang gagal menamatkan pengajian – Perubahan Skim LDP & Kemudahan
Pegawai-pegawai yang gagal menamatkan pengajian mereka mengikut tempoh asal yang dibenarkan atau tempoh lanjutan yang masih bersuaian dipertimbangkan dan jika dibenarkan untuk meneruskan latihan mereka maka Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Penuh akan diubah kepada Skim Cuti Belajar. Jenis-jenis kemudahan yang akan dihulurkan dalam Skim Cuti Belajar ini adalah seperti dibawah tajuk-tajuk (a) sehingga (h) berikut:

a. Gaji
   Gaji penuh di sepanjang tempoh menjalani kursus.

b. Elaun Tempat Tinggal
   Elaun Tempat Tinggal diberikan mengikut yang terkandung di para 3.1.3.

c. Elaun Pakaian
   Elaun Pakaian diberikan mengikut yang terkandung di para 3.1.6.

d. Perbelanjaan Akademik
   Kerajaan akan membayar tuntutan yuran kursus sahaja.

e. Perbelanjaan Rawatan Perubatan
   Perbelanjaan Rawatan Perubatan diberikan mengikut yang terkandung di para 3.1.9.

f. Tambang Pelayaran
   Tambang Pelayaran mengikut para 3.1.10 (a) hingga (h).

g. Elaun Persinggahan
   Bayaran penginapan pegawai sahaja bagi persinggahan yang di luar dugaan disebabkan perkara-perkara yang berpatutan di dalam perjalanan pergi/balik:

   i. B$150.00 maksima bagi pegawai Bahagian I ke atas.
  ii. B$120.00 maksima bagi pegawai lain.

h. Penghantaran Balik Barang-Barang Peribadi Setelah Tamat Kursus