KADAR PEMBERIAN ELAUN PELAJARAN DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN HAD UMUR
i. Kadar Elaun Pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak pegawai yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan had umur adalah seperti berikut:
a. bagi yang menuntut di luar negeri, Elaun Pelajaran dibayar seperti yang dituntut tetapi tidak melebihi $800.00 sebulan bagi seorang anak;
b. bagi yang menuntut di dalam negeri, Elaun Pelajaran dibayar $120.00 sebulan bagi seorang anak, termasuk anak yang menuntut di Jerudong International School (sekolah swasta kepunyaan Kerajaan). Bagaimanapun bagi anak yang menuntut dalam Tahun 7 ke atas di Jerudong International School (sekolah swasta kepunyaan Kerajaan) akan dibayar $800.00 sebulan; dan
c. Elaun Pelajaran dibayar kepada anak-anak yang berumur dari 5 tahun jika menuntut di dalam negeri dan 10 tahun jika menuntut di luar negeri sehingga anak itu mencapai umur 25 tahun. Bagi anak-anak pegawai yang mengikuti Ijazah Doktor Falsafah Ph.D (Doctorate) maka dibolehkan menuntut Elaun Pelajaran sehingga mencapai umur 28 tahun.
ii. Kadar elaun pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak pegawai yang bukan Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan had umur adalah seperti berikut:
Negara/Institusi tempat belajar |
Kadar Elaun
|
Had Umur |
Luar Negeri |
Pegawai-pegawai yang membayar bayaran
tempat tinggal untuk anak-anak mereka |
Pegawai-pegawai yang tidak membayar bayaran
tempat tinggal untuk anak-anak mereka/anak-anak
yang belajar di sekolah harian |
5 tahun sehingga
mencapai umur 21 tahun |
Bahagian I dan II |
Bahagian III, IV dan V |
Bahagian I dan II |
Bahagian III, IV dan V |
Dibayar seperti yang
dituntut tetapi
tidak melebihi $800.00
bagi seorang anak
|
Dibayar seperti
yang dituntut tetapi
tidak melebihi
$400.00 bagi seorang anak |
Dibayar seperti
yang dituntut
tetapi tidak melebihi
$400.00 bagi seorang anak |
Dibayar seperti yang
dituntut tetapi tidak
melebihi $250.00 bagi
seorang anak |
Dalam Negeri |
Sekolah berbayar
|
$120.00 bagi seorang anak |
Jerudong International
School (sekolah
swasta kepunyaan
Kerajaan) |
Bahagian I dan II |
Bahagian III, IV dan V |
$800.00 bagi seorang anak |
$400.00 bagi seorang anak |
Nota: Bayaran tempat tinggal bermaksud apa jua jenis tempat kediaman yang dikenakan bayaran kecuali rumah sendiri pegawai tersebut dinegara kerakyatannya.
SYARAT-SYARAT AM
Syarat-syarat am bagi penuntut yang belajar di dalam dan di luar Negara Brunei Darussalam ialah seperti berikut:
i. Jumlah maksima anak yang boleh diberikan Elaun Pelajaran bagi semua kategori ialah sebanyak empat (4) orang anak pada satu masa;
ii. Elaun Pelajaran di dalam negeri hanya akan diberikan kepada anak-anak yang menuntut di sekolah berbayar yang berdaftar di Kementerian Pendidikan;
iii. Pegawai-Pegawai dalam perkhidmatan kontrak sama ada terdiri daripada rakyat atau bukan rakyat hanya akan layak menerima Elaun Pelajaran bagi anak-anak mereka jika tempoh kontrak melebihi satu tahun;
iv. Elaun Pelajaran ini akan terus diberikan kepada anak-anak pegawai yang terdiri dari Rakyat Kebawah Duti Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di¬Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sedang menerima elaun tersebut apabila ibu atau bapa mereka (yang sebelumnya layak mendapatkan elaun ini untuk mereka) meninggal dunia tanpa menghiraukan sama ada ibu atau bapa itu berkahwin semula;
v. Pegawai-pegawai perempuan berkontrak yang bukan terdiri dari Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah menjadi balu atau janda tidak akan layak menuntut elaun pelajaran setelah mereka berkahwin semula;
vi. Pegawai-pegawai yang anak-anak mereka menerima bantuan lain terhadap pelajaran mereka misalnya dermasiswa atau biasiswa tidak akan berhak mendapatkan elaun ini kecuali bantuan yang diterima kurang jumlahnya dari yang ianya berhak;
vii. Elaun Pelajaran tidak akan diberikan kepada anak-anak angkat pegawai berkontrak kecuali anak-anak angkat itu bersekolah di Negara Brunei Darussalam;
viii. Elaun Pelajaran bagi anak-anak pegawai yang bersekolah di Jerudong International School (sekolah swasta kepunyaan Kerajaan) akan dibayar terus ke sekolah berkenaan;
ix. Permohonan-permohonan bagi Elaun Pelajaran hendaklah dihadapkan kepada Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melalui Ketua Jabatannya dalam borang berkenaan dan hendaklah dibaharui pada setiap tahun akademik. Pembayaran akan dilakukan melalui bayaran gaji hanya setelah mendapat kebenaran dari Jurukira Agung;
x. Bagi keperluan perenggan 6.1.4 di atas, penjaga anak berkenaan hendaklah menghubungi Jurukira Agung bagi urusan pembayaran; dan
xi. Setiap pegawai. adalah dikehendaki memaklumkan Jurukira Agung melalui Ketua Jabatannya sebarang perubahan terhadap pelajaran seseorang anak yang menerima Elaun Pelajaran. Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan bahawa semua keterangan adalah betul.