A Brunei Darussalam Government Website
Melayu | English
  • Laman Utama
  • Hal Ehwal JPA
    • Peranan dan Tanggungjawab JPA
    • Sejarah Penubuhan JPA
  • Perkhidmatan Kami
    • CSLP
    • Cuti
    • Cuti Sakit Disahkan Sendiri
    • Elaun Cuti
    • Latihan Dalam Perkhidmatan
    • Peperiksaan
    • Pinjaman Pegawai
    • Perkhidmatan Kaunseling
    • Persaraan
    • Perumahan Main Page
    • Pinjaman Pegawai
    • Sokongan Kenaikan Pangkat Bahagian I
    • Tatatertib
  • Soalan – Soalan Lazim
  • Muat Turun
    • Borang dan Senarai Semak
    • e-Buku
  • Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tekan Sini
Tekan Sini
Tekan Sini

PERKHIDMATAN

Kaunseling

Latihan Dalam Perkhidmatan

Perumahan

Sokongan Kenaikan Pangkat Bahagian I

CSLP

Peperiksaan

Tatatertib

Open Vote & Gaji Hari

jpa_bn

Jabatan Perkhidmatan Awam

Selamat Menyambut Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-3 Selamat Menyambut Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33, Tahun 2026!
Majlis Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah, Membaca S Majlis Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah, Membaca Surah  Yassin, serta Membaca Doa Khas, Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33 akan diadakan di Masjid-Masjid Utama di setiap daerah.
Sabtu, 14 Rabiulakhir 1448 / 26hb September 2026 Sabtu, 14 Rabiulakhir 1448 / 26hb September 2026

Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis tersebut adalah khusus bagi Paduka Ayahanda dan Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Paduka Anaknda Baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33, Tahun 2026.
Mengetuai bacaan Tahlil di Majlis berkenaan ialah Pegawai Pemantau Zon 5, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awang Zulhazmi bin Salleh.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam); dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33, Tahun 2026.
Majlis Tahlil Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan A Majlis Tahlil Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33, Tahun 2026 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Hari Sabtu, 14 Rabiulakhir 1448| 26 September 2026
Jam: 1.30 Petang
Tempat: Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong
Jadual Temu Duga bagi jawatan Kerani (D. 1-2-3 EB. Jadual Temu Duga bagi jawatan Kerani (D. 1-2-3 EB. 4-5) bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan.
Bandar Seri Begawan, Khamis, 27 Ogos 2026 Seramai Bandar Seri Begawan, Khamis, 27 Ogos 2026

Seramai empat (4) orang pegawai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah terpilih untuk mengikuti Program Penempatan Kerja Pegawai Perkhidmatan Awam di Republik Singapura bagi Kohort 3 telah bertolak ke Republik Singapura.

Peserta-peserta program tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam).

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, Timbalan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri; dan Yang Mulia Dr. Norfarizal bin Othman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Sebelum bertolak, doa selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Asminan bin Awang Haji Chuchu, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas yang juga merupakan salah seorang peserta program ini.
Salam Maulidur Rasul ✨ 12 Rabiulawal 1448 | 25 Ogo Salam Maulidur Rasul ✨
12 Rabiulawal 1448 | 25 Ogos 2026
Jadual Peperiksaan dan Notis kepada Calon Perinta Jadual Peperiksaan dan Notis kepada Calon

Perintah-Perintah Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan (GO) dan Peraturan Kewangan bagi Ogos 2026.
Hari Selasa, 6 Safar 1448 | 21 Julai 2026 Jabatan Hari Selasa, 6 Safar 1448 | 21 Julai 2026

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri, telah melancarkan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026 – 2030 dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam).

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Ketua-Ketua Jabatan; Pengarah-Pengarah Pentadbiran di Kementerian-Kementerian; Pegawai-Pegawai Pentadbir; Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan; dan para jemputan.

Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuhkan hala tuju dan keutamaan strategik JPA selaras dengan perkembangan keperluan Perkhidmatan Awam serta aspirasi pembangunan negara.

#SPJPA26
Jadual Temu Duga Pembantu Pejabat (E.1-2-3 EB.4 / Jadual Temu Duga Pembantu Pejabat (E.1-2-3 EB.4 / F.1-2-3-4-5 EB.6)
Hari Selasa, 6 Safar 1448 | 21 Julai 2026 Majlis P Hari Selasa, 6 Safar 1448 | 21 Julai 2026
Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik Merafak Sembah Uca Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Merafak Sembah Ucapan Tahniah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Puja Usia Ke-80.

Ya Allah, lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sihat tubuh badan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.

Disembahkan oleh pegawai dan kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam.
Jadual Temu Duga bagi Jawatan Penyelia Pejabat C.1 Jadual Temu Duga bagi Jawatan Penyelia Pejabat C.1-2 EB 3
Jadual Temu Duga bagi jawatan Kerani Sulit C.1-2 E Jadual Temu Duga bagi jawatan Kerani Sulit C.1-2 EB.3
01 Muharram 1448H Salam Ilal Hijrah 01 Muharram 1448H

Salam Ilal Hijrah
Berikutan penyebaran berita yang tular pada hari i Berikutan penyebaran berita yang tular pada hari ini, jabatan ini menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada.
Selamat Hari Raya Aidiladha ✨ Semoga Aidiladha in Selamat Hari Raya Aidiladha ✨

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, keikhlasan dan rahmat untuk kita semua..Aaminn
Khamis, 7 Mei 2026- Majlis penyampaian sijil bagi Khamis, 7 Mei 2026- Majlis penyampaian sijil bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kohort 32, Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Kohort 36, serta Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 10 bagi Tahun Kewangan 2024/2025 telah berlangsung pagi tadi di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.

Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Mulia Timbalan-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; dan Pengarah Institut Perkhidmatan Awam.

Seramai 25 orang peserta EDPSGO Kohort 32; 33 orang peserta EDPMMO Kohort 36; dan 29 orang peserta YEP Kohort 10, telah menerima sijil di majlis tersebut yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Tahniah atas Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik ( Tahniah atas Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 Tahun.
Jadual Peperiksaan Bagi Tahun 2026 Jadual Peperiksaan Bagi Tahun 2026
Follow on Instagram

Hubungi Kami

FAQs

Surat Pemberitahuan JPA

Surat Keliling JPM

Peraturan Kewangan

SSM

Privacy Statement | Terms of Use | Disclaimer

Copyright Government of Brunei Darussalam. All Right Reserved.