Elaun Cuti

Hubungi Kami

Tel: 2382469
Ext : 179 /474
Fax : 2383013/238 1387
E-mel :​info.psd@psd.gov.bn

MAKLUMAT

Peraturan dan Syarat-Syarat:

  • Tarikh pemberian elaun cuti adalah bermula dari tarikh terakhir dalam tempoh perkhidmatan empat tahun ia diberikan elaun tersebut.
  • Semua pegawai dalam perkhidmatan tetap, sebulan ke sebulan dan open vote diberikan elaun cuti sekali sahaja bagi tiap-tiap 48 bulan (4 tahun) perkhidmatan.
  • Elaun cuti akan diberikan melalui permohonan bagi pegawai-pegawai lelaki atau perempuan yang memenuhi syarat bagi dirinya, isteri/suaminya dan sehingga 4 orang anaknya yang dibawah umur 18 tahun, termasuk pegawai perempuan yang suaminya tidak berkhidmat dengan kerajaan.
  •  Elaun cuti tidak akan diberikan kepada anak-anak pegawai dan kakitangan kerajaan yang belajar di luar negeri yang mendapat tambang pelajaran.
  • Jika kedua-dua suami isteri berkhidmat dengan Kerajaan, pemberian elaun cuti terhad kepada seorang sahaja, dan akan diberikan kepada pegawai dalam bahagian atau menerima gaji yang lebih tinggi.
  • Pegawai yang layak boleh diberikan elaun cuti dengan tidak perlu ke luar negeri.
  • Tempoh kelayakan pemberian elaun cuti akan berubah oleh perkara-perkara yang lazimnya menganjakkan pemberian elaun ini.
  • Peraturan bagi pemberian elaun cuti ini mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 2012.


Kadar Elaun Cuti

  • Kadar elaun cuti yang diberikan adalah seperti berikut:
BAHAGIAN SUKATAN GAJI KADAR ELAUN CUTI BAGI SEORANG
Orang Dewasa
Umur 12 Tahun Ke atas
Dibawah Umur
12 Tahun
Dibawah Umur
2 Tahun

PEGAWAI DALAM JAWATAN TETAP

Bahagian I & II (Sukatan gaji B3 ke atas atau yang sebanding)

Bahagian II & III (Gaji melebihi $1,930.00)

Bahagian II & III (berkhidmat lebih 15 tahun berturut-turut)

Bahagian III (berkhidmat kurang 15 tahun)

Bahagian IV & V

$2,500.00

$1,750.00

$1,750.00

$760.00

$1,250.00

$875.00

$850.00

$380.00

$250.00

$175.00

$175.00

$76.00

PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN SEBULAN KE SEBULAN DAN OPEN VOTE

Sukatan Gaji B3 ke atas atau yang sebanding

Di bawah Sukatan Gaji B3 atau yang sebanding

 

 

$1,120.00

$760.00

 

 

$560.00

$380.00

 

 

$112.00

$76.00