|
TERKINI
Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Mendapatkan Kemudahan Perumahan: Syarat Lantikan dan Taraf Kelamin Pegawai Pegawai Dalam Bahagian I atau II - Setiap pemohon hendaklah dalam Bahagian I atau II dalam salah satu kategori jawatan berikut:
- Tetap dan berpencen
- Percubaan
- Berkontrak
- Secara perjanjian
- Pinjaman
Rujukan: Perenggan 2, Surat Keliling Pejabat Setiausaha Kerajaan
No: 2/1961 ‘Peraturan-Peraturan Bagi Menguntukkan Rumah-Rumah Quarters
Pegawai-Pegawai Kanan Di Brunei’
Pegawai Dalam Bahagian III dan IV- Bagi pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Awam Bahagian III dan IV. syarat kelayakan ialah dalam salah satu kategori jawatan berikut:
- Tetap
- Percubaan
- Berkontrak
- Secara perjanjian
Rujukan: Perenggan 2, Surat Keliling Pejabat Setiausaha Kerajaan
No: 1/1961 ‘Peraturan-Peraturan Bagi Menguntukkan Rumah-Rumah Quarters
Pegawai-Pegawai Kanan Di Brunei’
Pegawai Bujang - Pegawai bujang sama ada dalam Bahagian III atau IV hanya boleh
diperuntukkan rumah Kerajaan tidak melebihi kategori kelas ‘F’ (sekarang
kelas ‘DD’ atau ‘D’)
- Pegawai wanita dalam perkhidmatan tetap yang berstatus janda dan mempunyai tanggungan anak.
- Pegawai-pegawai Kerajaan yang bujang hendaklah terlebih dahulu ditetapkan dalam jawatan.
Rujukan: Memorandum Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bilangan
JPA/H/28/93 Bertarikh 29 Rejab 1417 / 10 Disember 1996 ‘Peruntukan Rumah
Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Bujang’
Jenis Perumahan dan Peruntukkan
-
Bagi pegawai dalam Bahagian II (sukatan gaji B2 atau B3), perumahan kelas B yang sewanya tidak lebih $2,500.00 sebulan.
[nota : Peruntukkan perumahan terkandung didalam syarat perkhidmatannya sebagai salah satu kemudahan yang diberikan]
-
Bagi pegawai dalam Bahagian I (sukatan gaji Kumpulan 3 ke Superscale Special), perumahan yang layak diperuntukkan kelas ‘A’ yang sewanya tidak melebihi $3,500.00 sebulan.
Syarat-Syarat Penyewaan Rumah Kerajaan- (Syarat Kepada Tuan Punya Rumah)
Setiap rumah yang disewakan kepada Kerajaan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Memasang pagar keselamatan (safety/security grille) pada setiap jandela dan tempat-tempat yang berpatutan;
- Menyediakan rel langsir (curtain rails) bagi setiap jandela;
- Menyediakan kipas angin atau alat hawa dingin di bilik tidur utama (Master Bedroom), di bilik-bilik tidur, ruang tamu dan dewan makan;
- Menyediakan alat pemanas air (water heaters) dengan kapasiti minimum 50 liters – approx. 15 gals;
- Menyediakan tempat sidaian kain;
- Menyediakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan kapasiti 2-3 kilogram, jenis Co2 dan ‘Dry Chemical’ atau 9 liters water/ Co2 atau foam;
- Membersihkan kawasan sekeliling bangunan;
- Memastikan jalan masuk ke bangunan tersebut berkedaan baik; kerja-kerja pemeliharaan sekiranya rosak adalah menjadi tanggungjawab tuan punya rumah;
- Memasang pagar keselamatan (safety/security fencing) di sekeliling bangunan;
- Menyediakan pesti surat penyerahan;
- Menyediakan tangki air dan pamnya;
- Memastikan pembekalan air dan api elektrik berfungsi;
- Menyediakan alat-alat perabot bagi kategori rumah kelas ‘B’ dan bersedia mengganti dan membaiki alat-alat perabot tersebut jika rosak atau tidak dapat digunakan lagi; dan
- Menyediakan satu tiang bendera termasuk tali dan pulley-nya bagi setiap rumah atau pangsa tersebut.
Peraturan Untuk Mendiami Rumah / Pangsa Di Bawah Kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam Tanggungjawab Penghuni Rumah/Pangsa
- Pegawai yang diberi kebenaran untuk mendiami sama ada rumah/pangsa milik Kerajaan atau rumah/pangsa sewa Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah:
- Memahami dan mematuhi peraturan yang mengawal kemudahan mendiami rumah/pangsa seperti yang terkandung dalam peraturan ini termasuk yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa;
- Menggunakan kemudahan yang diberikan sebagai tempat kediaman persendirian pegawai berkenaan dan keluarga termasuk pembantu rumah, jika berkenaan;
- Memastikan rumah/pangsa serta kawasannya adalah sentiasa bersih, selamat dan kondusif;
- Memastikan adanya perkhidmatan pembuangan sampah dan pemotongan rumput;
- Sentiasa memupuk semangat kejiranan tanpa mengambil kira perbezaan ugama, bangsa, kerakyatan dan bahasa;
- Mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam atau bendera peribadi sepanjang tempoh yang ditetapkan setiap kali negara menyambut hari-hari kebesaran.
Tanggungjawab Melaporkan Mula Mendiami Rumah/Pangsa
- Pegawai adalah dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Jabatan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Telekom, Jabatan Bandaran, Ketua Kampung dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan sebaik sahaja mula mendiami rumah/pangsa.
Kebenaran Mendiami Rumah/Pangsa
- Tarikh mula mendiami rumah/pangsa adalah seperti yang dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu selewat-lewatnya seminggu selepas menerima anak-anak kunci rumah/pangsa berkenaan. Pegawai adalah dikehendaki menandatangani borang ‘Penerimaan kunci rumah/ pangsa’.
Kebenaran Dibatalkan
- Kebenaran mendiami rumah/pangsa akan dibatalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam apabila Pegawai atau suami/isteri Pegawai didapati memiliki rumah sama ada membeli rumah atau pembinaannya rumah sendiri yang siap untuk didiami melalui salah satu skim berikut:
- Bantuan Kemudahan Kewangan Untuk Memiliki Perumahan;
- Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati;
- Skim Perpindahan/Perumahan Negara;
- Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah;
- Kebenaran juga akan dibatalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam apabila Pegawai didapati dalam salah satu keadaan di bawah ini:
- Tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan;
- Berubah perkhidmatannya kepada perkhidmatan lain yang tidak diperuntukkan kemudahan rumah/pangsa;
- Membiarkan rumah/pangsa kosong tanpa didiami oleh Pegawai sendiri;
- Diarahkan bertukar/bertugas ke daerah lain yang mana di daerah berkenaan terdapat peruntukkan perumahan Kerajaan atau mempunyai peruntukkan perumahan persendirian;
- Ditempatkan untuk bertugas di sektor swasta di bawah program peminjaman;
- Berada di luar negeri bagi tempoh melebihi satu (1) tahun kalendar sama ada kerana mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan atau bertugas;
- Didapati tidak lagi memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk mendiami rumah/pangsa Kerajaan; dan
- Meninggal dunia.
Notis Bertulis
- Jabatan Perkhidmatan Awam berkuasa pada bila-bila masa membatalkan kebenaran untuk mendiami rumah/pangsa termasuk memindah dari rumah/pangsa yang dibenarkan ke rumah/pangsa lain mengikut kelayakan dengan memberi sekurang-kurangnya satu (1) bulan notis tanpa memberi sebarang alasan dan Pegawai berkenaan adalah dikehendaki mengosongkan dan menyerahkan anak-anak kunci rumah/ pangsa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Tanggungjawab Mengosongkan Rumah/Pangsa
- Sebelum mengosongkan rumah/pangsa dan mengambilkan anak-anak kunci ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Pegawai adalah dikehendaki membersihkan dahulu dalam dan juga luar rumah/pangsa serta kawasannya. Kerajaan berhak menuntut semua kos perbelanjaan untuk membersihkan dan mengosongkan dalam dan luar rumah/pangsa kawasan, jika pembersihan tidak dibuat oleh Pegawai;
- Jabatan Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas barang-barang kepunyaan pegawai dan keluarga Pegawai yang ditinggalkan selepas tamat tempoh mendiami rumah/pangsa;
- Pegawai adalah dikehendaki menandatangani borang ‘Mengosongkan rumah/pangsa’ semasa mengembalikan anak-anak kunci kepada Jabatan Perkhidmatan Awam; dan
- Pegawai adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada Ketua Jabatan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Telekom, Jabatan Bandaran, Ketua Kampung dan Jabatan Kerajaan yang lain sebaik sahaja mengosongkan rumah/ pangsa.
Pegawai Yang Gagal Mengosongkan Rumah/Pangsa
- Jabatan Perkhidmatan Awam berkuasa memberhentikan pembekalan api elektrik, air dan seumpamanya serta menukar kunci bagi tujuan menghalang Pegawai atau keluarga serta pembantu rumah, jika berkenaan, daripada memasuki dan atau mendiami rumah/pangsa apabila Pegawai didapati gagal untuk mengososngkan rumah/pangsa setelah diberi satu (1) bulan notis bertulis;
- Barang-barang kepunyaan Pegawai dan keluarga Pegawai akan dipindah. Segala kos perkhidmatan pemindahan dan penyimpanan akan dikenakan kepada pegawai. Jabatan Perkhidmatan Awam juga tidak bertanggungjawab ke atas keslamatan barang-barang berkenaan; dan,
- Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengenakan kadar bayaran sewa rumah/pangsa yang sebenarnya yang ditanggung Kerajaan kepada Pegawai yang tidak mengosongkan dan mengambalikan anak-anak kunci kepada Jabatan Perkhidmatan Awam setelah berakhir tempoh notis bertulis yang diberikan sepertimana memorandum Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Bil. (96) JPM/J/E/17 bertarikh 26 Februari, 1996.
Bayaran
- Pegawai adalah dikehendaki menjelaskan:
- Sewa bulanan rumah/pangsa pada setiap akhir bulan melalui potongan gaji di Kementerian/Jabatan masing-masing mengikut kadar yang ditetapkan mulai dari tarikh dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu sekurang-kurangnaya seminggu selepas menerima anak-anak kunci rumah/pangsa;
- Semua bayaran untuk pembekalan elektrik, air dan telefon bagi keseluruhan tempoh mendiami rumah/pangsa;
- Bayaran bagi perkhidmatan pemotongan rumput, jika mendiami rumah, dan juga pembuangan sampah; dan
- Tuntutan yang dikenakan dalam membiyai kos pembaikan kerosakan rumah/pangsa sepertimana yang dipersetujui dalam syarat-syarat dan perjanjian penyewaan di antara Kerajaan dangan pemilik.
Bayaran Yang Tidak Dijelaskan Kerajaan adalah berhak memotong gaji/baksis/bonus/caruman pegawai bagi menjelaskan segala tuntutan.
Perabot, Peralatan dan Perkakas
- Pegawai adalah bertanggungjawab ke atas semua peralatan dan perkakas kecil yang disediakan termasuk untuk membiyai pembelian dan penggantian seperti, mentol lampu, lampu pendarfluor (fluorescent lights) serta alat-alat ganti yang berhubungkait dengannya seperti starters dan chokes, cermin, jendela, fius dan seumpamanya termasuk pembaikan kecil yang kosnya tidak melebihi B$100.00 bagi setiap kerosakan. Ini bermakna Pegawai tidak dibenarkan mengumpulkan jumlah aduan yang melebihi B$100.00 bagi setiap aduan yang dihadapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Pegawai adalah dikehendaki memastikan bahawa semua perabot yang disediakan adalah sentiasa dalam keadaan baik dan masih boleh dipakai iaitu tidak dibiarkan rosak atau dirosakkan yang di luar kelaziman penggunaan biasa (wear and tear)
Pengubahsuaian
- Pegawai adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa rumah/pangsa serta kawasan tidak diubahsuai, umpamanya, menambah dapur, membina garaj.
Insurans
- Kerajaan dan atau pemilik rumah/pangsa tidak akan bertanggungjawab kepada kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, bencana alam dan kecurian. Oleh yang demikian Pegawai adalah digalakkan untuk mendapatkan Insurans bagi melindungi kerosakan atau kehilangan harta benda milik sendiri.
Kerosakan
- Pegawai hendaklah melengkapkan borang ‘Laporan kerosakan rumah/pangsa’ sekurang-kurangnya dalam tempoh satu (1) minggu mengenai sebarang kerosakan yang perlu diperbaiki segera. Borang yang lengkap diisi bolehlah dihadapkan terus kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Memberi Kebenaran
- Pegawai hendaklah bekerjasama menemani dan memberi kebenaran (right of access) Pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam yang berkaitan atau wakilnya untuk memasuki rumah/pangsa/bangunan dan kawasan bangunan pada waktu yang dipersetujui bersama untuk:
- Memeriksa keadaan bagi pembaikan di dalam dan luar bangunan tersebut atau mana-mana bahagian;
- Menjalankan kerja-kerja pembaikan terhadap bangunan tersebut; dan
- Menjalankan siasatan dan pemantauan bagi memastikan yang Pegawai sentiasa mematuhi peraturan mendiami rumah/pangsa.
Makluman Tambahan
- Pegawai bolehlah pada waktu pejabat menghubungi Pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan makluman lanjut.
Tarikh Dikuatkuasakan Peraturan Ini:
- Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 1 September 2000.
JADUAL KELAS-KELAS RUMAH/PANGSA MENGIKUT KELAYAKAN PEGAWAI DAN KADAR SEWA SEBULAN
BAHAGIAN I Superscale Special Superscale A Superscale B Superscale C |
AA |
$130.00 |
$280.00
|
$3,501.00 - $4,000.00
|
BAHAGIAN I Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 |
A |
$130.00
|
$280.00
|
$3,001.00 - $3,500.00
|
BAHAGIAN II B3
|
BB |
$130.00 |
$280.00 |
$2,501.00 - $3,000.00 |
BAHAGIAN II B2/BW2 B1/BW1
|
B |
$130.00 |
$280.00 |
$1,851.00 - $2,500.00
|
BAHAGIAN III C1-C5 (Bagi penerima gaji melebihi $1690.00) |
CC |
$110.00 |
$210.00 |
$1,651.00 - $1,850.00
|
BAHAGIAN III C1-C5 (Bagi penerima gaji $1,280.00 hingga $1,689.00) |
C |
$75.00 |
$210.00
|
$1,401.00 - $1,650.00 |
BAHAGIAN IV D3-4 D4 (Bagi penerima gaji $900.00 keatas) |
DD |
$55.00 |
$140.00 |
$1,201.00 - $1,400.00
|
BAHAGIAN IV D3-4 D4 (Bagi penerima gaji dibawah $900.00) |
D |
$55.00 |
$140.00 |
$420.00 - $1,200.00 |
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah ditujukan kepada:
Pengarah Perkhidmatan PersonelJabatan Perkhidmatan Awam, Tingkat 5, Simpang 156, Jalan Kumbang PasangBandar Seri Begawan, BA 1311Negara Brunei Darussalam
|