Kriteria pegawai terbaik perlu diberikan butiran untuk membantu Kementerian Jabatan membuat sokongan. Di mana kriteria-kriteria tidak dapat dipenuhi sepenuhnya, pertimbangan boleh dibuat kepada pegawai-pegawai yang hampir terbaik.
Di antara kriteria-kriteria pegawai terbaik:
Mempunyai kelulusan dengan pangkat tinggi yang mencerminkan potensi tinggi kebolehan untuk mengikuti dengan jaya kursus/latihan di tahap lebih tinggi dan mudah untuk diterima oleh institutsi ‘par excellence’.
Mempunyai prestasi yang menunjukkan:
1. Pemahaman tinggi dan mendalam mengenai kerja dan bidang tugas.
2. Kebolehan dan kemahuan mengadaptasi kepada keperluan dan situasi kerja yang ‘demanding’.
3. Potensi tinggi didalam kebolehan mengetuai kumpulan kerja berhasil.
4. Disiplin dan etika kerja yang konsisten.
5. Kebolehan tinggi berkomunikasi.
6. Kebolehan inovasi dan usaha proaktif.
Matang dan dapat menghayati sepenuhnya visi dan misi Negara serta peranan Kementerian/Jabatan didalam mencapai matlamat Negara.
Mempunyai sikap dan pendekatan progresif.
Mempunyai rekod perkhidmatan bersih dari rasuah, tindakan tatatertib dan jenayah.