- Menghadapkan 1 set borang permohonan LDP (Surat Pemberitahuan JPA bilangan 2/2006) dan mengisikannya dengan lengkap dan disokong oleh Ketua Jabatan dan Kementerian masing-masing.
- Permohonan hendaklah dihadapkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam sekurang-kurangnya empat (4) bulan sebelum kursus dijangka bermula.
Setiap permohonan mestilah menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut :
i. Surat tawaran penerimaan tempat kursus yang menyatakan tarikh mula dan tempoh kursus daripada institusi pengajian,
ii. Isi kandungan kursus;
iii. Salinan laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan dari tarikh mula kursus;
iv. Rekod Perkhidmatan yang terkini dan diakui sah termasuk rekod cuti mutakhir;
v. Kertas cadangan dan jadual rancangan penyelidikan bagi pegawai yang mengikuti kursus Ijazah kedoktoran (Ph.D) atau Ijazah Sarjana; dan
vi. Skim Perkhidmatan yang diluluskan bagi jawatan pemohon.
Segala surat menyurat mengenai perkara ini hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Setiausaha Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian masing-masing kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
(UP: Unit Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan),
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perdana Menteri,
Bangunan SPA.,
Lapangan Terbang Lama,
Berakas BB3510,
Negara Brunei Darussalam.