Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan Penggunaan Peralatan Kecergasan (GYM)


  • Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap keadaan kesihatan dan jasmani sendiri sebelum menggunakan peralatan yang disediakan.
  • Setiap individu dibenarkan satu (1) jam maksima bagi setiap sesi untuk menyempurnakan senamannya bagi memberi ruang kepada pengguna lain kecuali jika tidak ramai pengguna.
  • Penonton atau tetamu tidak dibenarkan berada di dalam bilik kecergasan.
  • Kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke atas hendaklah ditemani dan diawasi oleh ibubapa atau penjaga mereka.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun tidak dibenarkan masuk dan menggunakan peralatan yang disediakan.
  • Maksima seramai 15 orang sahaja yang dibenarkan berada di bilik kecergasan dalam satu-satu masa.
  • Lelaki tidak dibenarkan memasuki bilik kecergasan perempuan dan begitu juga sebaliknya.
  • Ahli (pengguna) adalah ditegah membawa masuk beg sukan/beg sandang ke dalam bilik Kecergasan (gym).
  • Minuman dan makanan dalam bekas gelas atau botol adalah tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali bekas minuman yang dikhususkan untuk bersukan (sport water bottle).
  • Pengguna hendaklah menyediakan/membawa 2 tuala kecil persendirian. 1 untuk kegunaan mengeringkan peluh sendiri dan 1 untuk membersihkan peluh dan kotoran sendiri pada peralatan yang telah digunakan.
  • Pengguna hendaklah mengamalkan penggunaan dengan cara sihat dan menitikberatkan nilai sivik dan kesedaran berhubung penggunaan dan bertimbangrasa kepada pengguna yang lain.
  • Pengguna hendaklah mengembalikan peralatan yang digunakan ke tempat asal dan semua peralatan tidak boleh dibawa keluar dari bilik kecergasan.
  • Pengguna hendaklah berpakaian sukan yang bersesuaian dengan lengkap.
  • Memakai selipar/sandal selain kasut sukan sambil menggunakan peralatan yang disediakan adalah dilarang.
  • Tutup suis lampu dan suis-suis peralatan yang digunakan jika tidak ada pengguna yang lain atau sebelum beredar meninggalkan bilik kecergasan.
  • Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.
  • Kelab Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam kawasan kawasan kelab.
  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.