- Ahli
berdaftar (Ahli KPA) sahaja dibenarkan menggunakan dewan badminton.
- Semua
pengguna dikehendaki meninggalkan dewan badminton setelah masa sesuatu
sesi tamat atau 10 minit sebelum kelab ditutup.
- Pengguna
hendaklah menggunakan kasut rata yang bertapak getah tanpa stud atau
bergigi (kasut khusus bermain badminton).
- Pengguna
yang memakai kasut jogging atau kasut tenis tidak dibenarkan.
- Pengguna
dilarang menanggalkan pakaian (baju) sewaktu bermain.
- Pengguna
harus memastikan kebersihan dewan badminton dan semua botol minuman serta
bekas shuttle cock dibuang dalam tong sampah yang disediakan.
- Pengguna
dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda yang terdapat
di dalam Dewan Badminton daripada dirosakkan atau disalahgunakan.
- Ahli
hendaklah sentiasa bertolak ansur dalam hal pengunaan gelanggang dengan
ahli yang lain.
- Pihak
KPA tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta
kerosakan harta benda pengguna semasa menggunakan gelanggang badminton.
- Pengguna
yang melanggar peraturan ini akan diarahkan untuk berhenti bermain dan
dilarang menggunakan kemudahan berkenaan setelah gagal memathui arahan
dari pihak Pengurusan atau Pengawal Keselamatan.
- Pembatalan
penggunaan dewan badminton adalah dibawah kuatkuasa pihak Pengurusan KPA.
- Pengguna
dilarang membawa minuman/makanan tidak halal di dewan badminton.
- Tutup
suis lampu dan lain-lain suis yang lain sebelum meninggalkan dewan
badminton.
- Ahli
boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika
berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot,
barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli
keluarga.
- Kelab
Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti
rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau
seumpamanya semasa berada di dalam Dewan Badminton atau di lain-lain
tempat dalam kawasan kelab.
- Peraturan
ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.
|