Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTuntutan Ganti Rugi


  • Ahli Kelab, Pembantu Rumah, Penjaga dan Tetamu ahli boleh dikenakan tuntutan ganti rugi jika kerosakan harta benda atau kehilangan peralatan dan kemudahan yang ada dalam Kelab adalah atas sebab kecuaian sendiri.

  • Kadar ganti rugi adalah pada kadar yang dipersetujui oleh pihak Pengurusan Kelab (lazimnya bergantung kepada harga semasa) dan hendaklah diselesaikan/dilunaskan pada kadar segera.

  • Ahli adalah diarahkan mengisi borang Tuntutan Ganti Rugi yang mengandungi:
    • Keterangan kejadian daripada Pelapor.
    • Keterangan kejadian daripada orang yang terlibat.
    • Nama dan jumlah peralatan atau kemudahan yang rosak atau hilang.
    • Anggaran perbelanjaan baikpulih atau nilai harga barangan terbabit.
    • Tarikh dan masa kejadian.
    • Lokasi kejadian.
    • Tarikh dan tandatangan ahli terbabit dan saksi.
    • Tarikh pembayaran tuntutan ganti rugi.