- Memastikan GEMS disediakan menurut keperluan yang dinyatakan di dalam kontrak.
- Memastikan aplikasi GEMS menepati semua proses di Kementerian dan Jabatan.
- Memastikan GEMS boleh digunapakai di semua Kementerian dan Jabatan.
- Memastikan semua GEMS modul dan transaction dapat digunakan.
- Meneliti dan membuat penyelidikan terhadap keperluan baru yang dihadapkan dan membuat perancangan bagi pengubahsuaian.
- Memantau penggunaan GEMS di peringkat Jabatan, Kementerian dan keseluruhan Perkhidmatan Awam.
- Membantu pengguna-pengguna untuk mudah menggunakan GEMS secara konsultasi dan panduan.
- Mengenalpasti dan melaksanakan perubahan-perubahan proses yang perlu (business process reengineering – bpr) bagi memperbaiki proses-proses yang sedia ada.
- Memastikan UAT (user acceptance test) bagi setiap perubahan kepada GEMS dipantau dan dilaksanakan dengan teliti dan lengkap.
- Menyediakan manual bagi transaction yang baru dan diubahsuai.
- Memberikan latihan/penerangan kepada Unit Pengurusan Perubahan / pengguna mengenai kemudahan yang baru diperkenalkan dalam GEMS atau sebarang perubahan yang dibuat kepada kemudahan yang ada.
- Sumber rujukan bagi menangani pertanyaan-pertanyaan (queries) yang dihadapkan ke Helpdesk mengenai isu-isu aplikasi GEMS.
- Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu pengguna dan proses baru atau perubahan (people and process) dalam mempastikan GEMS sentiasa kemaskini dan digunapakai secara berterusan.
- Menyediakan dan membentuk kod-kod yang diperlukan di dalam GEMS bagi keperluan pengemaskinian.
|