- Memberigakan dan mempromosikan penggunaan GEMS.
- Memantau dari masa ke semasa kedudukan penggunaan GEMS oleh para pengguna.
- Meneliti, menilai dan membuat perancangan pelan tindakan penguatkuasaan yang tertentu bagi mempromosikan dan seterusnya memastikan penggunaan GEMS oleh setiap warga Perkhidmatan Awam
- Merancang dan mengendalikan latihan tertentu mengikut keperluan dari masa ke semasa termasuk keperluan latihan-latihan yang dipohonkan oleh Kementerian/Jabatan.
- Menyelaras dan mengendalikan perhubungan dengan agensi-agensi kerajaan bagi mengenalkan kebaikan dan kemudahan GEMS terutama ke atas agensi-agensi kerajaan yang masih belum menggunakan GEMS.
- Menyediakan laporan-laporan yang tertentu termasuk status penggunaan GEMS bagi keperluan membuat perancangan strategik yang tertentu dan seterusnya untuk keperluan ketua bahagian GEMS atau pihak-pihak yang berkenaan.
- Menyelaras dan mengendalikan aktiviti kesedaran dan promosi GEMS dari masa ke semasa termasuklah mengadakan kempen, mengeluarkan maklumat promosi samada melalui suratkhabar/radio/televisyen/risalah.
- Menyampaikan taklimat induksi mengenai GEMS kepada pegawai-pegawai atau kakitangan yang baru berkhidmat dengan kerajaan Brunei.
- Menyediakan perangkaan bagi kegunaan pemantauan modul-modul di dalam GEMS atau mana-mana aktiviti di dalam GEMS.
- Mengeluarkan surat/memo/minit ke Kementerian/Jabatan bagi kegunaan pemantauan, pemberigaan aktiviti GEMS dan lain-lain.
|