Unit Pengurusan Strategik (UPS) adalah satu unit yang ditubuhkan khas di bawah Pejabat
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2012 bagi
menggantikan Kumpulan Pemikir Strategik (KPS) dan menaik taraf KPS kepada sebuah unit
khas yang dinamakan sebagai Unit Pengurusan Strategik (UPS) yang mana mendokong Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam dalam menangani masalah-masalah strategik dan
perlaksanaan projek yang berkaitan dengannya secara berterusan.
PERANAN UNIT PENGURUSAN STRATEGIK: - Untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perkhidmatan Awam memainkan
peranan penting di bawah Strategi Pembangunan Institusi yang akan dapat
meningkatkan kualiti pentadbiran, urustadbir dan kepimpinan di sektor awam dan
swasta. Ia juga berhasrat untuk menjadikan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi,
dengan rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, serta prosedur
kerajaan yang efisien dengan biokrasi yang minimum.
- Unit Pengurusan Strategik (UPS) mempunyai peranan dalam memastikan Jabatan
Perkhidmatan Awam sebagai agensi utama yang bertanggungjawab dalam mengurus,
membangun dan merancang hal ehwal yang berkaitan dengan sumber manusia
selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
- Peranan UPS ini adalah berkaitan dengan teras strategik Jabatan iaitu:
- Pemimpin yang Bersedia untuk Masa Hadapan
- Organisasi yang Kompeten
- Penglibatan Pihak Berkepentingan
- Penggunaan Teknologi
- Budaya Berprestasi Tinggi
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : PRIMARY ROLE - Penyediaan opsyen-opsyen strategik bagi pertimbangan Ketua Pengarah;
- Penghasilan laporan-laporan strategik berkenaan pencapaian kemajuan dan isu-isu
atau cabaran untuk dibawa ke mesyuarat strategik dan disahkan oleh Ketua Pengarah
atau disahkan secara kolektif oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan
Pengarah-Pengarah;
- Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang
berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan wawasan
Perkhidmatan Awam dan perubahan Sumber Manusia sebagai kajian awal bagi
bahagian-bahagian berkenaan;
- Menyelaras, memangkin serta mewujudkan pelan strategik Jabatan Perkhidmatan
Awam serta mencadangkan KPI-KPI atau bidang strategik yang boleh mengukuhkan
lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab setiap bahagian;
- Sebagai Pegawai Fokal jabatan bagi hal ehwal ASEAN Cooperation on Civil Service
Matters (ACCSM);
- Sebagai Urus Setia dalam penyediaan Kertas Konsep Hari Perkhidmatan Awam dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan Hari Perkhidmatan Awam.
SECONDARY ROLE- Menyelaras, menyediakan serta membuat susulan terhadap input – input bagi
Mesyuarat Ketua – Ketua Jabatan (HOD) bagi Bahagian Hal Ehwal Korporat dan
Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, Mesyuarat Strategik dan Pengurusan di
bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Sebagai penyelaras bagi inisiatif – inisiatif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah
Rangka Kerja Perkhidmatan Awam dengan memastikan pemantauan serta
pelaksanaannya dijalankan.
- Membuat pemantauan terhadap prestasi bahagian – bahagian di bawah Jabatan
Perkhidmatan Awam berdasarkan kepada pelan strategik JPA melalui Petunjuk
Prestasi Utama.
- Mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai dengan pencapaian – pencapaian kerja
serta perancangan-perancangan bagi setiap bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan
Awam.
- Memantau Usaha-Usaha Penambahbaikan dan Pembaharuan Jabatan yang telah
dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.
|