Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Penubuhan JPA


Sejarah JPA.jpg


1 Julai 1971
​Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada mulanya dikenali dengan nama Pejabat Perjawatan mula ditubuhkan pada 1 Julai 1971 sebagai salah satu bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan dengan diketuai oleh seorang Pegawai Perjawatan.

Tugas utama Pejabat ini adalah mengendalikan serta menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pentadbiran Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam
1 Ogos 1975
​Pejabat Perjawatan menjadi sebuah pejabat berasingan dan mempunyai Ketua Jabatan yang digelar Pengarah Perjawatan
1 Januari 1976
Gelaran jawatan Pengarah Perjawatan diwujudkan.
1 Januari 1984
​Setelah Negara Brunei Darussalam mencapai Kemerdekaan, Pejabat Perjawatan telah ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
1 Mac 1992​ Pejabat Perjawatan melaksanakan penyusunan semula organisasi secara menyeluruh yang di antara lain bertujuan:
  • Meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan Jabatan; dan
  • Menilai semula serta membuat perubahan dari segi peranan serta bidang tugas dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan
1 Mei 1993
​Nama Pejabat Perjawatan telah ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Pada masa yang sama juga, Unit Latihan Jabatan ini telah dinaikkan tarafnya menjadi Institut Perkhidmatan Awam dan diserapkan sebagai satu Bahagian di Jabatan Perdana Menteri.

Perubahan gelaran ini dibuat bagi mencerminkan lagi peranan dan skop Jabatan sebagai agensi pusat dalam hal ehwal pengurusan dan perkembangan tenaga manusia bagi Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.