Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan Cuti Tahunan (Pindaan)

 

  1. Adakah cuti emergency (serta-merta) dibolehkan keluar negeri?

    Jawapan:
    Cuti serta merta tidak digalakkan untuk dibenarkan keluar negeri, kecuali atas alasan melawat saudara yang sakit/meninggal dunia di luar negeri, atau atas sebab akan menjalani rawatan di luar negeri, walaubagaimanapun perkara ini adalah tertakluk kepada kebenaran dan pertimbangan/budibicara Ketua Jabatan.


     
  2. Cuti Tahunan (CT) dan Cuti Mandatori (CM) yang diambil adalah termasuk hari-hari kelepasan awam dan kelepasan am Cuti Tahunan (CT) dan Cuti Mandatori (CM) yang diambil adalah termasuk hari-hari Kelepasan Awam dan Kelepasan AM

    Jika mengambil CM, 14 hari dan berakhir pada hari Ahad dan seterusnya mengambil CT dari Isnin hingga Khamis, adakah hari Ahad termasuk CM dan boleh disambung CT pada hari Isnin tersebut?

    Jawapan:
    CM 14 hari adalah termasuk hari Ahad dan boleh disambung dengan CT pada hari Isnin. CM 14 hendaklah diambil secara berterusan termasuk hari Jumaat dan Ahad.
     
  3. Seorang pegawai mempunyai baki cuti berlebihan sebanyak 60 hari dari baki kadar maksimum 108 hari. Adakah baki cuti berlebihan tersebut boleh diambil?

    Jawapan:
    Baki cuti tersebut boleh diambil dalam tempoh peralihan dari 01/03/2010 hingga 28/02/2011. Mana-mana cuti yang berlebihan (melebihi 108 hari) akan luput mulai 01/03/2011.


     
  4. Seorang pegawai yang dikehendaki cuti disebabkan keluar ½ hari atas alasan yang munasabah, adakah pengambilan cuti seterusnya dikehendaki juga berkhidmat 30 hari kalendar?

    Jawapan:
    Diatas budi bicara Ketua Jabatan bagi membolehkan pegawai bercuti serta-merta dan tertakluk kepada masih ada baki Cuti Tahunan. Jika tidak ada baki Cuti Tahunan, dikira sebagai Cuti Tidak Bergaji (CTG).