Fact #29
Penglibatan jumlah wanita dalam perkhidmatan awam pun sudah meningkatkan sejak 1984. Kini, pegawai dan kakitangan wanita telahpun dilantik di semua peringkat. Peningkatan jumlah wanita dalam Skim Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS) juga telah meningkat lebih 2 kali ganda dari 16 orang pada tahun 2012 ke 39 orang setakat Mei 2021. Kaedah jawatan-jawatan yang dijawat oleh wanita telahpun dikemaskinikan untuk membuka lebih banyak peluang yang adil bagi wanita dan cuti beranak telahpun ditambah daripada 56 hari kepada 105 hari. Peraturan lama dibawah Bab 30, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal 83 yang pada dahulunya menyatakan pegawai dan kakitangan wanita (dalam Perkhidmatan Tetap) boleh dikehendaki berhenti bekerja selepas berkahwin, tetapi boleh diambil berkhidmat semula secara Sebulan Ke Sebulan (SKS) telah ditiadakan. Mulai 13 Disember 2018, perkhidmatan SKS ditiadakan bagi pegawai dan kakitangan perempuan yang berkahwin dan dimasukkan ke dalam Perkhidmatan Tetap di bawah Skim TAP dan SCP. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 2/2009. --- Women's participation in the civil service has increased since 1984. Currently, women have appointed across all levels of positions. The number of women under the Brunei Administrative Service Scheme has also more than doubled from 2012 (16 women) to May 2021 (39 women). The terms of appointment for women has been revised create more equal opportunities. Maternity leave has also been extended from 56 days to 105 days. The old regulation under the Chap 30, Public Service Commission Act (Chapter 83 of the Brunei Laws) stating that female officers and staff (with Permanent Positions) may be required to end their service after marriage, but may be re-employed on a Month-to-Month basis, was revoked. Since 13 December 2018, such service on a Month-to-Month basis for married female employees is no longer applicable and have since been placed under the TAP and SCP Scheme. For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 2/2009. #JPA50 #50FactsFor50Years
|