Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksORGANIZATIONAL MANAGEMENT

  
Question
Answer
1

Bagaimanakah cara saya untuk menambah Jawatan yang baharu didalam Struktur Organisasi?

Hanya pihak JPA sahaja yang dapat menambah / membuat Jawatan (Position No.) yang baharu memandangkan Position Code yang baharu adalah sama dengan pengambilan yang baru. 

2

Saya ingin membuat permohonan Jawatan yang baharu untuk Kakitangan dibawah Jabatan saya. Apa yang perlu saya buat?

Bagi sebarang permohonan Jawatan yang baharu  (Position No.), sila pohonkan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui emel ssm.info@psd.gov.bn.

3

Bagaimanakah cara untuk mengubah nama Jawatan? 

Hanya OM Admin Dept yang boleh membuat sebarang perubahan pada nama Jawatan di PPOME. Untuk memastikan perubahan tersebut telah dibuat, OM Admin bolehlah menyemak melalui PA30.



4

Bolehkah pihak Pentadbiran Jabatan membuat ‘Personnel Movement’ (contoh: maklumat kenaikan pangkat) ke Jabatan lain?


Scenario 1 – Didalam Kementerian yang sama tetapi Jabatan yang berbeza:


Dept HR Admin Kementerian boleh membuat maklumat pemindahan jika mereka mempunyai akses kepada Business Unit Jabatan baru dimana Kakitangan tersebut berpindah.

Scenario 2 – Didalam Kementerian yang berbeza (Cross Ministries):


Sebarang pemindahan akan dibuat oleh pihak Pentadbiran JPA terlebih dahulu memandangkan ianya dalam Kementerian yang berbeza (Cross Ministries) yang mana hanya pihak JPA sahaja yang mempunyai akses untuk memindahkan data bagi kesemua Kementerian.
5

Sebagai HR Admin Dept, saya tidak dapat mengkases & mengemaskini data bagi beberapa Kakitangan di Kementerian saya memandangkan Kakitangan berkenaan masih terikat di Kementerian lama. Apakah tindakan yang perlu dibuat? 

Sila berhubung dengan pihak JPA untuk membuat pemindahan memandangkan ianya dalam Kementerian yang berbeza (Cross Ministries) yang mana hanya pihak JPA sahaja yang mempunyai akses untuk memindahkan data bagi kesemua Kementerian.

6


Adakah dibolehkan bagi dua Kakitangan dalam Jawatan yang sama?



Pihak Pentadbiran Jabatan hendaklah meneliti Jawatan tersebut kepunyaan Kakitangan yang mana seharusnya dua Kakitangan berkenaan hendaklah mempunyai jawatan yang lain (Nota: Jawatan boleh lebih dari satu untuk Kakitangan yang sama tetapi 'Position ID' akan tetap khas ('unique') untuk seorang Kakitangan.
7

Saya tidak dapat mencari ‘Personnel No.’ kerana mengalami permasalahan 'Results list is incomplete due to missing authorization'.

Jawatan dalam 'Business Unit' perlu disahkan. Sila hubungi ssm.helpdesk@dynamiktechnologies.com.bn untuk sebarang bantuan.

8

Saya melihat jawatan bagi ‘Personnel No.’ telah diambil oleh Kakitangan. Walaubagaimanapun, status masih KOSONG/BUKA (‘VACANCY/OPEN’). Adakah ini normal?

Dalam SSM, ‘staffing status’ akan selalu kosong/buka walaupun ada pemegangnya. Setiap kawatan boleh dipakai lebih dari satu pemegang akan tetapi di dalam SSM, hanya dibenarkan satu pemegang sahaja. Disebabkan itu, status kosong buka walaupu ada pemegang jawatan tersebut.

9

Saya tidak dapat mencari nama Unit dalam PPOME. Apakah tindakan yang perlu saya buat?

Rujuk UG 'Maintain Organisational Structure' untuk membuat 'Organisational Unit' yang baharu.

User Guide: Maintain Organisational Structure


10

Adakah dibolehkan bagi seorang Pegawai (Chief) untuk ditugaskan pada dua (2) ‘Business Unit’ yang berbeza?

SSM tidak membenarkan bagi seorang Kakitangan sebagai ‘Chief’ untuk dua ‘Business Unit’

11

Semasa Kakitangan mencuba untuk membuat permohonan cuti melalui Front-End ESS, mereka telah menghadapi permasalahan ‘Approver does not exist’ atau ‘Level 1 Approver is vacant’. Apakah tindakan yang perlu dibuat?

Penandaan 'Chief' hendaklah dibuat oleh OM Admin Jabatan berkenaan. OM Admin boleh merujuk User Guide (Pg.21) dalam pautan Link ini untuk melaksanakan penandaan 'Chief' 'Head of Own Organisation' sebagai pegawai yang meluluskan permohonan cuti.

12

Saya merupakan OM Admin Jabatan, bolehkah saya dipilih sebagai ‘Chief’ (Pegawai yang meluluskan cuti)?

OM Admin boleh dijadikan sebagai 'Chief' namun hanya seorang 'Chief' boleh dipilih untuk setiap satu Unit.

13

Bagaimana cara untuk memilih Pegawai sebagai Ketua Organisasi Unit (the blue User)

OM Admin boleh merujuk User Guide Assign Head Of Organisation Unit' untuk menjadikan Pegawai sebagai Ketua Organisasi Unit.