KEAHLIAN
- Keahlian Kelab dibukakan kepada semua pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam negara ini.
- Pegawai dan kakitangan yang berminat perlulah mengisikan Borang Permohonan Menjadi Ahli Kelab Perkhidmatan Awam yang boleh didapati di Kelab Perkhidmatan Awam atau di Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Pegawai dan kakitangan yang menjadi ahli akan dikenakan yuran bulanan menurut peringkat Bahagian jawatan masing- masing. Pembayaran yuran bulanan dibuat melalui potongan gaji bulanan ahli tersebut.
BAGAIMANA MEMOHON UNTUK MENJADI AHLI?
Borang Keahlian boleh diperolehi di Kelab Perkhidmatan Awam, Kg Mentiri, Negara Brunei Darussalam atau di Jabatan Perkhidmatan Awam, Lapangan Terbang Lama Berakas.
- Lengkapkan borang dan sertakan perkara berikut:
- Salinan Slip Gaji pemohon
- 2 x Keping gambar berukuran paspot pemohon dan suami/isteri pemohon (jika sudah berkahwin)
- Borang yang telah lengkap diisikan perlu dihantar ke Kelab Perkhidmatan Awam untuk kelulusan dan penerimaan sebagai ahli.
BAGAIMANA PROSES PENDAFTARAN DILAKSANAKAN?
- Borang Pendaftaran Keahlian akan diuruskan oleh Kelab Perkhidmatan Awam.
- Surat Akuan Penerimaan Keahlian akan dihantar kepada pemohon sebaik sahaja keahlian telah disahkan.
- Borang Pendaftaran Keahlian berserta Surat Akuan Penerimaan Keahlian akan dihantar ke Bahagian Kewangan untuk urusan potongan yuran bulanan keahlian (yuran bulanan akan ditolak dari gaji pemohon).
- Setelah diluluskan, pemohon telah sah menjadi ahli dan boleh menggunakan kemudahan kelab bersama ahli keluarga
PEMBATALAN KEAHLIAN/MANSUH
Keahlian akan dibatalkan atau mansuh dalam keadaan berikut:
- Ahli memohon menamatkan keahlian.
- Ahli tidak lagi dikenakan yuran bulanan (potongan yuran dari gaji/pencen bulanan ahli tidak berlaku). Bagaimanapun, ahli boleh melengkapkan borang permohonan ahli yang baru untuk urusan penyambungan keahlian bagi membolehkan potongan yuran dikenakan.
- Ahli telah menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan (bersara wajib, bersara atau menamatkan perkhidmatan lebih awal atau tamat tempoh perkhidmatan berkontrak). Bagaimanapun, ahli yang bersara boleh memohon menjadi ahli sebagai Ahli Bersara.
- Ahli telah meninggal dunia.
- Pasangan Ahli (suami atau isteri) yang telah bercerai tidak lagi tersenarai dalam senarai keahlian.
- Anak-anak ahli yang telah berumur 18 tahun ke atas tidak termasuk dalam senarai keahlian.
BORANG PENDAFTARAN AHLI
Untuk mendaftar sebagai ahli, Borang Keahlian boleh dimuat turun dengan menekan butang muat turun di atas atau dapatkannya di alamat-alamat berikut:
Kelab Perkhidmatan Awam
Simpang 413
Kg Mentiri
Jalan Kota Batu BU2129
Negara Brunei Darussalam
No. Perhubungan: 279 0799, 279 0800
Atau
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Lapangan Terbang Lama Berakas
Negara Brunei Darussalam