Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita & Maklumat Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) ke-21 dan Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-18 dan ke-19 bagi Tahun 2014
Tarikh: Rabu, 1 April 2015


Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) ke-21 dan Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-18 dan ke-19 bagi Tahun 2014 telahpun berlangsung malam tadi di Tarindak D’Polo Restaurant, Royal Brunei Polo And Riding Club, Jerudong.


Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab Bin Juned, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang disampaikan oleh Awang Haji Rusli bin Haji Mohammad Salleh salah seorang peserta dari Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-18, diikuti dengan ucapan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Awang Jaini bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan seterusnya ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis.


Antara jemputan yang hadir adalah Setiausaha Tetap – Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap – Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah serta Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga peserta-peserta program.


Seramai 22 orang dari Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan ke-21 dan seramai 27 orang Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Pengurusan Pertengahan kali ke-18 dan 29 orang dari Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kerajaan Pengurusan Pertengahan kali ke-19 telah menerima sijil yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Seterusnya Tetamu Kehormat Majlis menyampaikan hadiah kepada 3 peserta terbaik dari setiap program.

Attachments