Elaun Cuti
MAKLUMAT
Peraturan dan Syarat-Syarat:
- Tarikh pemberian elaun cuti adalah bermula dari tarikh terakhir dalam tempoh perkhidmatan empat tahun ia diberikan elaun tersebut.
- Semua pegawai dalam perkhidmatan tetap, sebulan ke sebulan dan open vote diberikan elaun cuti sekali sahaja bagi tiap-tiap 48 bulan (4 tahun) perkhidmatan.
- Elaun cuti akan diberikan melalui permohonan bagi pegawai-pegawai lelaki atau perempuan yang memenuhi syarat bagi dirinya, isteri/suaminya dan sehingga 4 orang anaknya yang dibawah umur 18 tahun, termasuk pegawai perempuan yang suaminya tidak berkhidmat dengan kerajaan.
- Elaun cuti tidak akan diberikan kepada anak-anak pegawai dan kakitangan kerajaan yang belajar di luar negeri yang mendapat tambang pelajaran.
- Jika kedua-dua suami isteri berkhidmat dengan Kerajaan, pemberian elaun cuti terhad kepada seorang sahaja, dan akan diberikan kepada pegawai dalam bahagian atau menerima gaji yang lebih tinggi.
- Pegawai yang layak boleh diberikan elaun cuti dengan tidak perlu ke luar negeri.
- Tempoh kelayakan pemberian elaun cuti akan berubah oleh perkara-perkara yang lazimnya menganjakkan pemberian elaun ini.
- Peraturan bagi pemberian elaun cuti ini mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 2012.
Kadar Elaun Cuti
- Kadar elaun cuti yang diberikan adalah seperti berikut:
| BAHAGIAN SUKATAN GAJI | KADAR ELAUN CUTI BAGI SEORANG | ||
| Orang Dewasa Umur 12 Tahun Ke atas |
Dibawah Umur 12 Tahun |
Dibawah Umur 2 Tahun |
|
|
PEGAWAI DALAM JAWATAN TETAP Bahagian I & II (Sukatan gaji B3 ke atas atau yang sebanding) Bahagian II & III (Gaji melebihi $1,930.00) Bahagian II & III (berkhidmat lebih 15 tahun berturut-turut) Bahagian III (berkhidmat kurang 15 tahun) Bahagian IV & V |
$2,500.00 $1,750.00 $1,750.00 $760.00 |
$1,250.00 $875.00 $850.00 $380.00 |
$250.00 $175.00 $175.00 $76.00 |
|
PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN SEBULAN KE SEBULAN DAN OPEN VOTE Sukatan Gaji B3 ke atas atau yang sebanding Di bawah Sukatan Gaji B3 atau yang sebanding |
$1,120.00 $760.00 |
$560.00 $380.00 |
$112.00 $76.00 |