1 Julai 1971
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada mulanya dikenali dengan nama Pejabat Perjawatan mula ditubuhkan pada 1 Julai 1971 sebagai salah satu bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan dengan diketuai oleh seorang Pegawai Perjawatan.
1 Ogos 1975
Pejabat Perjawatan menjadi sebuah pejabat berasingan dan mempunyai Ketua Jabatan yang digelar Pengarah Perjawatan
1 Januari 1976
Gelaran jawatan Pengarah Perjawatan diwujudkan.
1 Januari 1984
Setelah Negara Brunei Darussalam mencapai Kemerdekaan, Pejabat Perjawatan telah ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
1 Mac 1992
Pejabat Perjawatan melaksanakan penyusunan semula organisasi secara menyeluruh yang di antara lain bertujuan:
- Meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan Jabatan; dan
- Menilai semula serta membuat perubahan dari segi peranan serta bidang tugas dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan
1 Mei 1993
Nama Pejabat Perjawatan telah ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Pada masa yang sama juga, Unit Latihan Jabatan ini telah dinaikkan tarafnya menjadi Institut Perkhidmatan Awam dan diserapkan sebagai satu Bahagian di Jabatan Perdana Menteri.