Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKumpulan Kerja Cemerlang

 1.   Definasi Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC)


-     Kumpulan kecil pekerja seramai 6 hingga 10 orang daripada bahagian atau unit yang sama

-     Bermesyuarat secara tetap untuk mengenal pasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan tugas mereka

-     Mengemukakan cadangan-candangan penambahbaikan atau penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk

      dipertimbangkan dan diputuskan

 

2.   Objektif KKC

      Melalui kerja berkumpulan, para pekerja dapat:


-     Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu kerja

-     Mempertingkatkan dorongan untuk bekerja

-     Mempertingkatkan kecekapan bekerja

-     Mempertingkatkan keberkesanan bekerja

-     Mempertingkatkan produktiviti atau daya pengeluaran kerja



3.   Faedah KKC


-     Memupuk kerjasama di kalangan pekerja

-     Memberi kepuasan bekerja

-     Menambah dorongan untuk bekerja

-     Memberikan keyakinan mengenai kebolehan sendiri

-     Mengasah bakat pemimpin

-     Menggalakkan kreativiti

-     Memperbaiki system dan cara bekerja

 

4.   Perbincangan-Perbincangan yang ditegah

      Dalam mengenal pasti projek atau masalah, ahli-ahli KKC adalah ditegah daripada membincangkan perkara-perkara berikut:


-     Dasar Kementerian atau Jabatan

-     Tindakan Tatatertib

-     Hal-Hal Peribadi

-     Gaji dan Elaun

-     Belanjawan Jabatan

-     Syarat-Syarat Perkhidmatan

-     Penempatan dan Perpindahan

-     Dasar kenaikan pangkat

-     Perkara-Perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja



5.   Teknik-Teknik KKC

      KKC boleh dilakukan dengan teknik-teknik berikut:


-     Putaran RLST – Rancang, Laksana, Semak dan Tindakan

-     Percambahan fikiran (brainstorming, brainblooming)

-     Penapisan senarai (short-listing)

-     Decision Matrix

-     Gantt Chart

-     Pareto’s Analysis

-     Lembaran semak

-     Pengumpulan data, analisis dan pembentangan

-     Penetapan sasaran (target-setting)

-     Fish-bone

-     Tree Diagram

-     Force-field analysis

-     Spider-web analysis