Program-Program BPK

Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK) menawarkan pelbagai program bagi menyokong kesejahteraan mental, pembangunan diri dan kesejahteraan di tempat kerja. Program yang disediakan merangkumi program-program tahunan anjuran BPK serta program dan taklimat yang boleh dilaksanakan secara dalaman (in-house) di kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan permohonan.

Program-Program Tahunan BPK

Berikut merupakan program-program tahunan yang dianjurkan oleh BPK:

Program Kedayatahanan Jati Diri Perkhidmatan Awam

  • Program yang terbuka kepada semua warga kerja di perkhidmatan awam
  • Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah individu agar dapat mengurus dan menangani cabaran di tempat kerja serta dalam kehidupan peribadi dan juga memupuk etika kerja yang lebih kukuh

         

Program Rakan Musaaid Perkhidmatan Awam

  • Pemilihan peserta bagi program ini adalah melalui kementerian dan jabatan masing-masing, dan terdiri daripada warga kerja yang memiliki prestasi di tahap sangat baik atau cemerlang.
  • Objektif utama adalah untuk memberikan pendekatan dan latihan yang akan melengkapkan para peserta dengan kemahiran asas kaunseling bagi memudahkan mereka untuk mendekati dan berinteraksi dengan pegawai dan kakitangan yang memerlukan.

           

Program Promosi Kaunseling

  • Program ini dilaksanakan melalui penyampaian taklimat
  • Objektif utama adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di dalam perkhidmatan awam dan menjelaskan tentang fungsi perkhidmatan kaunseling dalam membantu meningkatkan beberapa aspek dalam kerjaya
  • Juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma berkaitan kesihatan mental terutamanya di tempat kerja

         

 

Program dan Taklimat Atas Permohonan

Selain program-program tahunan yang dianjurkan, BPK turut menyediakan program dan taklimat secara dalaman (in-house) kepada kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan permohonan serta keperluan organisasi. Kementerian dan jabatan yang berminat untuk mendapatkan program atau taklimat boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Kaunseling bagi mengemukakan permohonan.

Senarai Modul

Antara modul yang ditawarkan oleh BPK bagi program dan taklimat adalah seperti berikut:

  • Pengenalan Kaunseling
  • Kemahiran Asas Kaunseling
  • Etika Kaunseling
  • Pengurusan Masa
  • Menangani Stres
  • Komunikasi Efektif
  • Pemikiran Positif
  • Pengurusan Konflik
  • Kepimpinan Diri
  • Kesihatan Mental di Tempat Kerja
  • Membina Pasukan (Team Building)
  • Kaunseling dari Perspektif Islam

…dan lain-lain modul yang bersesuaian mengikut keperluan organisasi.