Perkhidmatan Kaunseling

MAKLUMAT

Hubungi Kami Borang Permohonan Kaunseling (Rujukan Sendiri)

8 + 15 =

Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK)

Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan boleh mendapatkan khidmat seperti berikut:

  • Khidmat kaunseling (individu dan kelompok) kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan melalui rujukan Jabatan/Kementerian/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Mencalonkan pegawai dan kakitangan Kerajaan untuk diserapkan ke dalam program-program BPK seperti Program Rakan Musaaid Perkhidmatan Awam dan Program Kedayatahanan Jati Diri Perkhidmatan Awam
  • Program-program taklimat dan motivasi yang boleh direka khusus menurut permintaan yang dihadapkan (tertakluk kepada ketersediaan pihak BPK)

**Tatacara merujuk mana-mana pegawai atau kakitangan kepada BPK:

  • Menghadapkan Surat/Memorandum kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, U.P. Bahagian Perkhidmatan Kaunseling, dengan menyatakan nama, jawatan serta menyatakan sebab-sebab mereka dirujuk/apa yang diperlukan daripada pihak BPK
  • Mengemukakan permohonan melalui Sistem Sumber Manusia (SSM)

 

Individu (Penjawat Awam) boleh mendapatkan khidmat seperti berikut:

  • Khidmat kaunseling individu dan kelompok secara rujukan sendiri (self-referral).

 **Tatacara merujuk mendapatkan khidmat BPK:

  • Menghubungi pihak BPK melalui emel kaunselingjpa@psd.gov.bn
  • Menghubungi pihak BPK melalui talian +673 238 2469
  • Mengemukakan permohonan melalui Sistem Sumber Manusia (SSM)
  • Borang Permohonan Kaunseling (Rujukan Sendiri) di bahagian Hubungi Kami (*hanya jika borang tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dibincangkan)