Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSkim Perkhidmatan Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Perkhidmatan?

    Jawapan:
    Satu dokumen yang mengandungi keterangan jawatan serta perkara-perkara yang bersangkut paut dengan keperluan jawatan yang berkenaan.
    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)



  2. Sebagai salah satu kriteria penilaian kenaikan pangkat ke tanggagaji Kumpulan 3, seorang pegawai dikehendaki menyediakan dua (2) kertas kerja yang asal (original) berkaitan dengan tugas pegawai tersebut. Sila nyatakan salah satu bidang kerja yang diperlukan.

    Jawapan:
    i.   Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam;
    ii.  Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri;
    iii. Kertas Penggubalan/Penelitian Dasar;
    iv. Laporan Tahunan Jabatan;
    v.  Penyediaan Peruntukan Jabatan; dan
    vi. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)



  3. Apakah yang dimaksudkan dengan pertukaran jawatan secara "trade off"?

    Jawapan:
    Pewujudan jawatan baru secara tukar ganti - Peruntukkan jawatan yang di "trade off" digunakan bagi mewujudkan jawatan baru berkenaan dan jawatan-jawatan yang di "trade off" dimansuhkan/ditiadakan.
    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)



  4. Apakah yang dimaksudkan atau ditakrifkan jawatan-jawatan yang dikategori gunasama/sama?

    Jawapan:
    Jawatan yang sama terdapat dibeberapa Kementerian¬Kementerian/Jabatan-Jabatan Kerajaan yang mana bidang tugas dan tanggungjawab jawatan berkenaan adalah sama dan nampak sealiran.
    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)



  5. Apakah jawatan-Jawatan yang dikategori jawatan gunasama/sama?
    Jawapan:
    ArkibPemandu/Pemandu motor Sangkut/Pemandu Kerita
    Bidang ITPenjilid
    Bidang KewanganPenyambut Tetamu/Telefon
    FotografiPereka
    KesetiausahaanPegawai Perhubungan Awam
    Pegawai PentadbirPerpustakaan
    PenyuntingPegawai Tugas-Tugas Khas
    Pegawai ProjekPengarang
    PerkeranianPegawai Perbekalan/Penyelenggara Stor
    Pegawai KerjaPengawal Keselamatan (KDN)
    Pelayan  
    Operator

    Nota: Penambahan nama jawatan yang dikategori gunasama/sama akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat¬-Syarat Perkhidmatan (JT).

    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)



  6. Siapakah yang bertanggungjawab memproses permohonan perubahan gelaran jawatan sama ada belum atau telah wujud dalam Perkhidmatan Awam?

    Jawapan 1:
    Cadangan perubahan gelaran jawatan kepada gelaran jawatan yang belum wujud dalam Perkhidmatan Awam hendaklah dihadapkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan [JT] dan segala persuratan hendaklah dihadapkan kepada:

    Yang Mulia
    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
    Selaku Setiausaha Jawatankuasa Tanggagaji Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam,
    Jabatan Perdana Menteri,
    Tingkat 4, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
    Berakas BB3510,
    Negara Brunei Darussalam.


    Jawapan 2:
    Cadangan perubahan gelaran jawatan kepada gelaran jawatan yang telah wujud dalam Perkhidmatan Awam tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan [JT] tetapi hendaklah terus dihadapkan ke Kementerian Kewangan sahaja memandangkan gelaran jawatan telah ada dalam Perkhidmatan Awam dan segala persuratan hendaklah dihadapkan kepada:

    Yang Mulia
    Setiausaha Tetap,
    Kementerian Kewangan,
    Bangunan Kementerian Kewangan,
    Commonwealth Drive,
    Berakas BB3910,
    Negara Brunei Darussalam.
    (U.p: Bahagian Perbelanjaan)
    (Sumber: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - JPA)