Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFAQ Tatatertib

1.    Apakah Tindakan Tatatertib bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang tidak Hadir bekerja Tanpa Kebenaran?

Jawapan:

Menurut Peraturan 8 dari Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib) Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penggal 83 "Seorang Pegawai Yang Tidak Hadir Bekerja Dengan Tidak Mendapat Kebenaran, Kecuali Uzur Atau Dalam Keadaan Yang Tidak Dapat Dielakkan, Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib"

Tindakan tatatertib yang diambil oleh ketua Jabatan bagi kesalahan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran menurut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 19/1998 di para 2 ialah :

TIDAK HADIR BEKERJA DENGAN TIDAK MENDAPAT KEBENARAN

2.1  Apabila Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan mendapati pegawai/kakitangan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran (termasuk tidak hadir bekerja tanpa kebenaran sebelum keputusan diberikan terhadap permohonan untuk menamatkan perkhidmatan), Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah menahan gaji dan segala elaun pegawai/kakitangan berkenaan mulai dari tarikh pegawai/kakitangan berkenaan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran.

 

2.2  Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pegawai/kakitangan berkenaan mengenai dengan penahanan gaji dan segala elaun tersebut.

 

2.3  Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah juga menghadapkan laporan dan sokongan tertentu dalam tempoh tidak lebih daripada tujuh (7) hari bekerja kepada Penguasa Tatatertib melalui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan ketidak-hadiran pegawai/kakitangan berkenaan bagi keputusan lanjut mengenainya.

 

2.4  Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan tidak boleh menerima pegawai/kakitangan berkenaan bekerja semula selagi keputusan dari Penguasa Tatatertib tersebut belum diterima.

 

2.5  Apabila ketetapan diterima daripada Penguasa Tatatertib yang mendapati pegawai/kakitangan berkenaan bersalah iaitu antara lain menentukan tempuh bagi gaji dan segala elaun dirampas, keputusan tersebut hendakalah juga dicatit dalam Rekod Perkhidmatan dan Penyata Cutinya.

 

Nota: Sila rujuk panduan dan tatatcara mengambil tindakan tatatertib.

 

2.    Apakah Tindakan Tatatertib bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang Keluar Negeri Tanpa Kebenaran?

Jawapan:

Menurut Peraturan 9 dari Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib) Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penggal 83 "Pegawai Kerajaan Adalah Dilarang Daripada Meninggalkan Negara Brunei Darussalam Tanpa Sebarang Kebenaran Awal Ketua Jabatan dan Mereka Yang Gagal Mematuhi Peraturan Ini Mungkin Akan Dibuang Kerja Tanpa Diadakan Perbicaraan Tatatertib"

Nota: Sila rujuk panduan dan tatatcara mengambil tindakan tatatertib.

 

3.    Apakah Tindakan Tatatertib bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang Disyaki Terlibat dalam Kes Jenayah?

Jawapan:

Tindakan tatatertib yang diambil oleh ketua Jabatan bagi kesalahan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran menurut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 19/1998 di para 3 ialah:

 

LAPORAN TERLIBAT DALAM KES JENAYAH

 

3.1 Apabila Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan menerima laporan dari agensi Kerajaan tentang penglibatan pegawai/kakitangan dalam kes jenayah yang melibatkan ketidak-jujuran seperti curi, pecah amanah, rasuah, atau mana-mana kesalahan yang melibatkan jawatannya; atau kesalahan-kesalahan undang-undang atau peraturan yang ditetapkan oleh Penguasa Tatatertib dari satu masa ke satu masa seperti Akta Penyalahgunaan Dadah dan Akta Racun, Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah menahan separuh daripada gaji dan segala elaun pegawai/kakitangan berkenaan serta menggantung daripada menjalankan tugas dan kewajipannya dengan serta-merta.

 

3.2 Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pegawai/kakitangan berkenaan mengenai dengan penahanan separuh daripada gaji dan segala elaun serta penggantungan daripada menjalankan tugas dan kewajipannya sehingga mendapat ketetapan daripada Penguasa Tatatertib.

 

Setiausah Tetap/Ketua Jabatan mestilah juga menghadapkan laporan kepada Penguasa Tatatertib melalui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam tempuh tidak lebih daripada tujuh (7) hari bekerja mulai tarikh laporan daripada agensi Kerajaan berkenaan diterima untuk ketetapan selanjutnya.

 

Nota: Sila rujuk panduan dan tatatcara mengambil tindakan tatatertib.

 

4.    Apakah Tindakan Tatatertib bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang Sabit Kesalahan atau Dijatuhi Hukuman/Denda?

Jawapan:

Tindakan tatatertib yang diambil oleh ketua Jabatan bagi kesalahan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran menurut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 19/1998 di para 4 ialah:

 

MENGGANTUNGKAN KERJA APABILA MENDAPAT HUKUMAN SABIT KESALAHAN JENAYAH

4.1  Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah menahan gaji dan segala elaun serta menggantung kerja pegawai/kakitangan berkenaan dengan serta merta sebaik-baik sahaja menerima laporan dan tarikh penahanan gaji dan segala elaun serta penggantungan kerja adalah dari tarikh dijatuhi hukuman.

4.2 Setiausaha Tetap/ketua Jabatan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pegawai/kakitangan berkenaan mengenai dengan penahanan gaji dan segala elaun serta penggantungan kerja sehingga mendapat ketetapan daripada Penguasa Tatatertib.

    1. Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan mestilah juga menghadapkan laporan dan sokongan tertentu kepada Penguasa Tatatertib melalui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam tempuh tidak lebih daripada tujuh (7) hari bekerja mulai tarikh laporan daripada mahkamah diterima untuk ketetapan selanjutnya.

 

Nota: Sila rujuk panduan dan tatatcara mengambil tindakan tatatertib.

 

5.    Apakah Akibat Pegawai dan Kakitangan Kerajaan DiBuang Kerja seteleh dikenaka Tindakan Tatatertib?

Jawapan:

Terlucut Daripadanya Segala Tuntutan Seperti:

  • Pencen
  • Baksis
  • Elaun Bersara
  • Cuti
  • Elaun-Elaun
  • Faedah-Faedah Yang Lain

 

6.    Keluar Pejabat semasa Waktu Bekerja yang tidak melebihi Setengah Hari?

Jawapan:

Jika seorang pegawai itu keluar pejabat atas urusan peribadi yang munasabah semasa waktu pejabat yang memerlukan masa setengah (1/2) hari sama ada sebelah pagi atau petang, maka ia dikehendaki memohon cuti satu (1) hari.

 Keadaan-keadaan yang dikategorikan sebagai urusan peribadi yang munasabah adalah seperti berikut:

  • Perjanjian doctor atau menjalani rawatan di Pusat Perubatan;
  • Membawa atau menemani anak/isteri/suami/ibu/bapa yang sakit untuk mendapatkan rawatan di rumah sakit ;
  • Menziarahi keluarga terdekat yang meninggal dunia dan
  • Lain-lain hal yang difikirkan berpatutan oleh Ketua Jabatan.

Keadaan-keadaan yang dikategorikan sebagai urusan peribadi yang tidak munasabah adalah seperti berikut :

  • Membaiki kereta
  • Menyelesaikan bil-bil peribadi
  • Lain-lain hal yang difikirkan tidak bersesuaian oleh Ketua Jabatan.

7.    Apakah yang di maksudkan Kehadiran "Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Ke Majlis-Majlis Rasmi Negara"?

Jawapan:

Menurut SURAT KELILING JPM BIL: 11/1999 "KEHADIRAN PEGAWAI KERAJAAN KE MAJLIS-MAJLIS RASMI"

MAJLIS-MAJLIS RASMI yang dimaksudkan:

  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Sambutan Hari Keputeraan KDYMM
  • Sambutan Hari Kebangsaan
  • Majlis-Majlis Adat Istiadat
  • Sambutan Nuzul Al-quran
  • Sambutan Awal Tahun Hijrah
  • Sambutan Israk Mikraj
  • Pertandingan Membaca Ayat Suci  Al-Quran  Peringkat Kebangsaan

Pegawai Yang Tidak Dijemput Mesti Berada Dalam Negeri Bagi Sama-sama Memeriahkan Majlis Berkenaan bagi sambutan-sambutan 1 hingga 4

Pengecualian:

  • Urusan Rasmi Di Luar Negeri /  Cuti Yang Awal Dibenarkan
  • Bertugas Dalam Negeri Termasuk Penyelenggaraan Majlis Rasmi
  • Cuti Sakit Yang Diiktiraf Kerajaan
  • Kecemasan Atau Keuzuran Diluar Dugaan

Tindakan tatatertib bagi Pegawai Yang Tidak Hadir Jemputan Majlis Rasmi:

  • Tidak Hadir Sekali:
    • Teguran & Ingatan Lisan Ketua Jabatan/Pegawai  Atasan
  • Tidak Hadir 2 Kali Berturut-turut:
    • Teguran & Ingatan Keras Secara Bertulis Oleh Ketua Jabatan Dan Dicatat Dalam Rekod Perkhidmatan
  • Tidak Hadir 3 Kali Atau Lebih:
    • Turun Tahap Prestasi Setingkat
       

8.    Akta Rasmi Kerajaan Yang Terikat dengan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan?

Jawapan:

Menurut SURAT KELILING JPM BIL: 2/2000AKTA RAHSIA RASMI [BAB 5, PENGGAL 153] "Pegawai Yang Baru Memulakan Perkhidmatan, Sedang Berkhidmat Atau Akan Meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan (Yang Menyimpan, Memegang Dan Mengurus Dokumen Terkelas) Dikehendaki Menandatangani Sijil Pengakuan Akta Rahsia Rasmi Yang Disediakan Oleh  Jabatan Keselamatan Dalam Negeri."

"Melanggar Peraturan Akta Rahsia Rasmi, Hukuman Penjara Tidak Lebih Dari Dua Tahun Dan Denda Tidak Lebih Sepuluh Ribu Ringgit"