Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFAQ Kaunseling

 Soalan-Soalan Lazim Mengenai Perkhidmatan Kaunseling Yang Diberikan Kepada Warga Perkhidmatan Awam

 

  1. Soalan: Adakah maklumat semasa sesi kaunseling dirahsiakan?
    Kaunselor: Kerahsiaan adalah terjamin kecuali jika klien mengugat keselamatan dirinya, orang lain dan tindakan yang menyalahi Undang-Undang Negara.


  2. Soalan: Apakah isu yang boleh dibawa ke sesi kaunseling?
    Kaunselor: Apa jua isu yang boleh menjejaskan keberkesanan dan kecekapan dalam pekerjaan warga berkenaan.


  3. Soalan: Adakah hanya ketua atau pihak atasan sahaja yang mencadang pegawai dan kakitangan mereka untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Bahagian Perkhidmatan Kaunseling?
    Kaunselor: Tidak. Malahan rakan sekerja juga diperbolehkan memberi teguran dan mencadang untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Bahagian Perkhidmatan Kaunseling secara sukarela.


  4. Soalan: Adakah klien-klien yang menghadiri sesi kaunseling di Bahagian Perkhidmatan Kaunseling hanya terdiri daripada pegawai dan kakitangan dirujuk atau diarahkan oleh Kementerian dan Jabatan-Jabatan?
    Kaunselor: Tidak. Bahagian Perkhidmatan Kaunseling juga menerima klien yang hadir secara sukarela dan secara dirujuk oleh Kementerian dan Jabatan-Jabatan.


  5. Soalan: Adakah Bahagian Perkhidmatan Kaunseling memberikan khidmat kaunseling hanya kepada kementerian-kementerian tertentu?
    Kaunselor: Bahagian Perkhidmatan Kaunseling menerima klien daripada semua kementerian iaitu semua warga perkhidmatan awam.


  6. Soalan: Apakah peranan Kementerian atau Jabatan sebelum merujuk pegawai dan kakitangan ke BPK?
    Kaunselor: Adalah tanggungjawab pihak kementerian atau jabatan memberi teguran atau nasihat terlebih dahulu sebelum merujuk ke Bahagian Perkhidmatan Kaunseling.


  7. Soalan: Adakah jika pegawai dan kakitangan yang dirujuk daripada kementerian atau jabatan untuk mendapatkan khidmat kaunseling akan dicatatkan ke dalam Rekod Peribadi mereka?
    Kaunselor: Tidak. Keterangan dan catatan hanya untuk kegunaan dan rujukan Bahagian Perkhidmatan Kaunseling sahaja.


  8. Soalan: Adakah pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling akan mempastikan terlebih dahulu samada laporan daripada pihak kementerian mengenai pegawai yang dirujuk adalah sahih atau disalahguna oleh pihak-pihak tertentu?
    Kaunselor: Bukan tanggungjawab pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling untuk menyelidiki laporan daripada Kementerian dan Jabatan samada benar atau sebaliknya. Pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling akan memperolehi maklumat yang diperlukan melalui sesi kaunseling bersama klien.


  9. Soalan: Adalah pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling bertanggungjawab untuk memeriksa pentadbiran berdasarkan informasi yang diperolehi daripada klien?
    Kaunselor: Tidak, itu adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling.


  10. Soalan: Adakah juga ketua jabatan akan diberikan khidmat kaunseling jika difikirkan perlu?
    Kaunselor: Jika difikirkan perlu maka pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling akan memberikan khidmat kaunseling.


  11. Soalan: Adakah wujud batasan-batasan tertentu di dalam hubungan klien dan kaunselor?
    Kaunselor: Ada, menurut kod dan etika kaunseling Bahagian Perkhidmatan Kaunseling dan berdasarkan nilai-nilai Ugama Islam.


  12. Soalan: Adakah terdapat perbezaan di antara Kaunselor dengan Pskiatrik?
    Kaunselor: Memang berbeza kerana khidmat kaunseling diberikan cuma kepada individu normal, menggunakan teknik-teknik kaunseling yang khusus dan berkaitan dengan individu tersebut dan tidak memerlukan masa yang lama (dari satu hingga ke enam atau lapan sesi kaunseling).


  13. Soalan: Apakah peranan Bahagian Perkhidmatan Kaunseling terhadap pegawai dan kakitangan yang menghadapi isu kewangan?
    Kaunselor: Dengan membuat perbincangan termasuk cara-cara untuk mengatasi isu tersebut dan bila perlu Pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling akan mencadangkan pegawai dan kakitangan merujuk kepada organisasi berkenaan.

  14. Soalan: Bagaimanakah jika terdapat kes klien yang telah menamatkan sesi kaunseling dan menimbulkan masalah atau isu berulang lagi?
    Kaunselor: Bahagian Perkhidmatan Kaunseling akan sentiasa menerima jika dirujuk semula daripada pihak Jabatan atau klien ingin hadir lagi secara sukarela.


  15. Soalan: Adakah terdapat khidmat Bahagian Perkhidmatan Kaunseling selain daripada memberikan sesi kaunseling?
    Kaunselor: Ada. Di antaranya mengadakan jerayawara dan memberikan taklimat kepada semua peringkat warga perkhidmatan awam.


  16. Soalan: Adakah klien diberi peluang untuk memilih kaunselor?
    Kaunselor: Ya. Setiap klien diberikan hak untuk memilih kaunselor.


  17. Soalan: Bagaimana jika ingin mendapatkan sesi kaunseling tetapi mempunyai kesukaran untuk keluar semasa waktu bertugas?
    Kaunselor: Jika ada keperluan segera, kaunselor boleh membuat temujanji pada waktu tengahari iaitu semasa waktu rehat tengahari (bergantung kepada kesediaan kaunselor yang bertugas).