Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSUCCESSION PLANNING

​​​​​Modul Succesion Planning (Backend)

 

Bil​​​ Soalan​ Jawapan
1.
​Adakah “Nationality" dikira sebagai Qualification atau Eligibility?

Nationality" dikira sebagai Qualification.

2.

Siapakah yang bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat kelulusan (Qualifications) Kakitangan?​​

Dept HR Administrator di Jabatan masing-masing bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat kelulusan (Qualifications) Pegawai / Kakitangannya.

3.

Bilakah maklumat Qualification dikemaskini? Adakah perlu menunggu sokongan ataupun setelah Kakitangan tersebut melapor?

Dept HR Administrator boleh mengemaskinikan maklumat Qualifications yang terkini setelah Pegawai / Kakitangan tersebut melapor.

4.

Adakah sijil yang tertinggi sahaja yang dimasukkan untuk Qualification?

Kesemua sijil-sijil kelayakan perlu dimasukkan, contohnya; Sijil HSSE (Health, Safety, Security & Environment)

5.

Bolehkah dicetak/print Catalog Qualification?

Boleh. Hanya dalam bentuk format pdf sahaja.

6.

Apakah fungsi “Profile Matchup Reporting"?

Ia digunakan untuk membandingkan antara kelayakan Kakitangan dan syarat-syarat kelayakan bagi satu Jawatan.

7.

Dibawah “Career Planning", apaka​h peranan ruang “Key Date"?

Ia adalah untuk menunjukkan versi laporan sehingga tarikh yang telah diisikan.

Contoh:

Pada 01.06.2022 ada 1 Jawatan yang kosong
Pada 05.06.2022 ada 1 lagi Jawatan yang kosong
Secara keseluruhannya, ada 2 Jawatan yang kosong.

Jika dimasukkan “Key Date": 03.06.2022
Ia akan memaparkan 1 Jawatan sahaja yang kosong.

Jika dimasukkan “Key Date": 07.06.2022, laporan akan memaparkan ada 2 Jawatan yang kosong.

8.

Jika Kakitangan telah beberapa kali mengambil peperiksaan (kerana masih gagal), perlukah dikemaskinikan setiap kali beliau menduduki peperiksaan ataupun ditunggu sehingga lulus?

Dept HR Administrator boleh memasukkan keputusan peperiksaan yang gagal dan sekiranya sudah lulus, HR perlu menambah “add" saja keputusan yang terkini dan memadamkan rekod sebelumnya (yang gagal).

9.

Bagi kod transaksi PEPM, adakah ianya boleh memilih Jawatan-jawatan yang ada pemegang?

Bagi kod transaksi PEPM, ia boleh memilih Jawatan-Jawatan yang ada pemegang.

10.

Adakah Dept HR Administrator dapat melihat semua senarai yang layak dicalonkan didalam Jabatannya sahaja atau dapat juga melihat senarai dari Jabatan lain?

Dept HR Administrator hanya dapat melihat senarai yang layak dicalonkan didalam Jabatannya sahaja.

11.

Siapakah yang mengesahkan senarai Succession Planning Pegawai/Kakitangan yang layak dicalonkan?

Penjanaan laporan bagi modul ini adalah untuk memudahkan mencari Kakitangan yang berpotensi dan layak untuk menjawat Jawatan berkenaan.

Walaubagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat secara offline oleh pihak yang bertanggungjawab mengendalikannya.​

​​
​Modul Succesion Planning (Frontend)

Bil​ SoalanJawapan

1.

Perlukah dimuatnaik sijil-sijil kelulusan ataupun hanya perlu dikemaskinikan saja?

Bagi modul ini, tidak diperlukan untuk memuatnaik sebarang sijil-sijil.

2.

Adakah sijil yang tertinggi sahaja yang dimasukkan untuk Qualification?

Kesemua sijil-sijil kelayakan perlu dimasukkan, contohnya; Sijil HSSE (Health, Safety, Security & Environment)

3.

Bagi Qualification, adakah ianya sama dengan Education (di bawah tile “My Profile") yang pengguna sendiri boleh memuatnaik/mengemaskinikan?

Education (di bawah tile “My Profile") tidak berkaitan dengan modul ini.

Ini adalah untuk modul Succession Planning dan sebarang pengemaskinian maklumat hanya dapat dilaksanakan oleh Dept HR Administrator.