Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSekatan Kecekapan
Power by IT & E-Government,
Prime Minister's Office

Sekatan Kecekapan


​Hubungi Kami
​Tel : 2382469
Fax :
e-mel : info.psd@psd.gov.bn


 

PANDUAN PELANJUTAN MATAGAJI: EB KHAS

 


PERATURAN

Peraturan dalam bentuk surat keliling, surat dan dokumen rasmi Kerajaan yang digunapakai sebagai rujukan ialah:

  1. Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 5/1999 gertarikh 13 Zulkaedah 1419/ 02 Mac 1999;
  2. Tafsiran Peraturan dan Syarat-syarat Pemberian Kenaikan Gaji Ke Matagaji Lanjutan Bagi Pegawai dan Kakitangan Yang Telah Mencapai Gaji Maksimum;
  3. Garispandu Pelaksanaan Pelanjutan Matagaji EB Khas;
  4. Surat Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan bilangan KKW/X/110 bertarikh 27 Oktober 2001;
  5. Surat Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan bilangan KKW/X/110 bertarikh 29 Oktober 2001;
  6. Amalan-amalan yang sudah digunapakai yang berkaitan dengan EB Khas bagi yang ada Cuti Tidak Bergaji sepertimana yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada mesyuarat 15 Ramadan 1242/01 Dsiember 2001.


SYARAT ASAS (Surat Keliling JPM 5/1999)

  1. Menerima gaji kadar maksimum pada tanggagaji masakini minimum dalam tempoh tiga (3) tahun; dan
  2. Laporan Penilaian Prestasi hendaklah minimum ditahap Sangat Baik dua (2) tahun terkini berturut-turut.


TARIKH KEBENARAN EB KHAS

  1. Pada ulangtahun lantikan atau kenaikan pangkat bagi Bahagian I, II dan III.
  2. Pada ulangtahun tarikh kenaikan gaji yang terakhir bagi pegawai-pegawai bahagian III, IV dan V


SYARAT

  1. Isteri/ suami yang dibenarkan Cuti Khas ke luar negeri kerana mengikut suami/ isterinya yang bertugas di luar negeri tidak layak diberi EB Khas kerana tidak memenuhi syarat asas (Surat Keliling JPM 5/1999) yang memerlukan laporan penilaian prestasi yang terkini dua (2) tahun berturut-turut.

  2. Pegawai-pegawai yang sudah menerima gaji maksimum mengikut tarikh ulangtahun (tarikh lantikan atau kenaikan pangkat bagi Bahagian I dan II, atau tarikh kenaikan gaji terakhir bagi Bahagian III dan ke bawah) selama tiga (3) tahun atau lebih dan pada masa yang sama telah Cuti Tidak Bergaji, EB Khas dibenarkan pada tarikh kelayakannya iaitu seawal-awalnya pada 01 Januari 1999 atau tiga (3) tahun selapas menerima gaji maksimum dengan syarat berikut:

    a. Laporan Penilaian Prestasi yang terkini dalam dua (2) tahun berturut-turut minimum ditahap ‘Sangat Baik’; dan
    b. Tempoh menerima gaji maksimum maseh minimum tiga (3) tahun setelah tempoh perkhidmatan semasa menerima gaji maksimum ekoran cuti tidak bergaji sudah diambilkira mengikut Bahagian masing-masing.

  3. Pegawai-pegawai yang mengikuti kusus di bawah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan secara penuh masa boleh dipertimbangkan dengan syarat:

    a. Lulus dalam peperiksaan/ Kursus yang diikutinya; dan
    b. Mempunyai Laporan yang baik/ positif dari Institusi Pengajiannya.

  4. Pegawai yang mengikuti kursus di bawah Skim Cuti Belajar atau Skim Cuti tidak Bergaji tidak layak EB Khas.

  5. Ketua Jabatan adalah masih dikehendaki menghadapkan sokongan EB Khas pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat yangmana sebelumnya layak EB Khas.

  6. Gaji mutakhirnya mengikut sukatan gaji EB Khas akan dikemaskini sebelum dihadapkan semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi penyelarasan gaji dalam tanggagaji naik pangkat.

  7. Pegawai-pegawai yang sudah bersara atau sudah diproses urusan persaraannya dan pada masa yang sama layak dipertimbangkan EB Khas sebelum bersara, sokongan EB Khasnya ke Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah diteruskan.

  8. Sokongan EB Khas dan gaji terakhir yang sudah kemaskini akan di hadapkan oleh bekas Ketua Jabatannya dan juga hendaklah menjelaskan jumlah gaji yang kurang bayar, jika berkenaan, setelah mendapat ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam.

  9. Manakala Jabatan Perkhidmatan Awam akan menghadapkan fail peribadinya ke pihak berkenaan untuk urusan perkiraan semula gaji, baksis dan pencennya.

  10. Pegawai-pegawai yang meninggal dunia yang layak dipertimbangkan EB Khas, sokongan EB Khasnya ke Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah diteruskan.

  11. Bekas Ketua Jabatannya adalah masih bertanggungjawab mengemaskinikan gaji terakhirnya.

  12. Bekas Ketua Jabatannya juga dikehendaki menjelaskan jumlah gaji yang kurang bayar kepada waris pegawai, jika berkenaan, setelah mendapat ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam.

  13. Jabatan Perkhidmatan Awam adalah bertanggungjawab menghadapkan fail peribadinya ke pihak berkenaan untuk urusan pengiraan baksis dan pencen turunannya.

PIHAK YANG BERKUASA MEMBENARKAN EB KHAS ADALAH:
  1. Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kakitangan (termasuk pegawa) Kerajaan dalam Bahagian I hingga V;
  2. BIA;
  3. Angkatan Bersenjatan Diraja Brunei;
  4. Polis Diraja Brunei;
  5. Kakitangan Ambilan Tempatan di Pejabat Suruhanjaya/ Kedutaan Besar/ Perwakilan Tetap Negara Brunei di luar Negeri; dan
  6. Unit Simpanan Gurka.

MATRIX EB KHAS

​Bahagian Sukatan Gaji Umum mengikut Surat Keliling JPM Bil: 14/1984 EB Khas mengikut Surat Keliling JPM Bil: 5/1999 Kenaikan Gaji Tahunan mengikut Surat Keliling JPM Bil: 14/1984





I
​Superscale
Special
​$11,000 ​$11,210




​Tidak Diperuntukkan
​ ​ ​ ​ ​ ​
Superscale A
​$9,500 ​$9,710
Superscale B ​$8,000 ​$8,210
Superscale C ​$6,800 ​$7,010
​Kumpulan 1
$5,900​ ​$6,110
Kumpulan 2 $5,400​ ​$5,610
Kumpulan 3 ​$4,750 ​$4,960



​II
​B3 ​$3,880-$4,240 ​$4360 - $4840 ​$120
​B2 $2,270-$3,760​ ​$3880 - $4360 ​$90, $95, $110, $120
​B1 ​$1,430-$2,620 ​$2,690-$2,970 ​$70
​BW2 $2,800-$3,100​ $3,200-$3,600​ $100
​BW1 $1,880-$2,750​ $2,850-$3,250​ ​$90, $100



​III
​C5 ​$2,690-$2,970 ​$3,040-$3,320

​$70
​C4 ​$2,340-$2,620 $2690 - $2970​
​C3 $1,990-$2,270​ $2340 - $2620​
​C2 $1,450-$1,930​ ​$1990 - $2230
​$60
​C1 ​$1,280-$1,400 ​$1460 - $1700




​IV
​D6 ​$1,665-$1,785 ​$1825 - $1985

​$40 ​ ​
​D5 ​$1,505-$1,625 ​$1665 - $1825
​D4 ​$1,225-$1,465 ​$1505 - $1665
​D3 ​$900-$1,125 ​$1170 - $1350 ​$45
​D2 ​$650-$820 ​$850 - $970 ​$25, $30
​D1 ​$530-$630 ​$650 - $730 ​$20



​V
​E4 ​$775-$875 ​$895 - $975 $20
​E3 ​$660-$760 ​$780 - $860 ​$20
​E2 ​$590-$645 ​$665 - $745
​$15, $20 ​
​E1 ​$515-$570 ​$590 - $670
​F2 ​$495-$525 ​$535 - $575 $10


MUAT TURUN