|
LAKUKAN PEMBAHARUAN, PERUBAHAN
YANG JITU
“ Berasaskan kedewasaan yang
telah kita capai, adalah penting
untuk kita mempunyai azam dan
persediaan bagi melakukan
pembaharuan dan
perubahan-perubahan jitu di
dalam pendekatan mahupun
tindakan.
Kita sedang ingin melihat, di
antaranya, pertumbuhan industri
bukan minyak meningkat,
kemiskinan ditangani,
pengeluaran padi dan beras
bertambah dengan pertambahan
yang melonjak, di samping
peranan Perkhidmatan Awam yang
terus menyerlah dan berkesan.
Setiap langkah pembaharuan dan
perubahan itu diasaskan kepada
Wawasan Brunei, dengan mengambil
kira, bukan sahaja kedudukan di
dalam negara, malahan juga trend
sejagat.
Wawasan turut mengenal pasti
keperluan sumber manusia yang
berilmu. Ini juga penting,
nisbah kita sebuah negara kecil
yang mempunyai penduduk, yang
juga amat kecil. Sumber manusia
berkualiti adalah faktor penentu
kepada keupayaan negara untuk
menikmati kemajuan secara
berpanjangan. ”
|