WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > Titah > Arkib Titah

PETIKAN TITAH KDYMM SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2009

“ Selain dari ilmu, pengalaman kemahiran dan kewangan, masa juga adalah merupakan salah satu faktor utama dalam pembangunan dan produktiviti negara.

Penggunaan dan pengurusan masa adalah sangat penting dalam erti yang seluas-luasnya.

Sifat ‘masa’ adalah unik dan berlainan dengan sifat faktor-faktor ilmu, kemahiran atau kewangan.

Adalah lumrah bagi manusia mengejar ilmu pengetahuan dan harta kekayaan.

Tetapi tidak ramai orang yang melihat masa melebihi dari segala-galanya.

Sebab itu, pada perhitungan yang betul, masa adalah satu titik tolak utama dalam memikirkan peningkatan produktiviti negara dan lain-lain kemajuan.

Semuanya, mesti dilaksanakan dengan cepat dan dibuat pada waktunya.

Setiap perancangan diberikan sasaran waktu perlaksanaan masing-masing.

Inilah caranya menghargai masa, sayugia ia dijadikan budaya.

Kecepatan bertindak pada waktunya adalah antara ciri utama untuk berjaya.

Kecepatan membuat perubahan, pembaharuan dan pembaikan adalah amalan negara yang berjaya.

Namun sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, biarlah kita juga dengan jujur mengakui akan kelemahan kita masing-masing, tetapi serentak dengan itu berusaha memperbaikinya mana-mana yang mampu diperbaiki. Kita perlu ingat, bahawa Allah tidak akan mengubah nasib, sebelum perubahan dalaman kita lakukan. Antara benda dalaman itu ialah sikap kita. ”

 

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.