|
Setiap warga perkhidmatan akan
bertanggungjawab mentaati semua
peraturan dan arah yang
dikuatkuasakan dari semasa ke
semasa. Peraturan dan arahan ini
dihasratkan untuk mewujudkan
warga perkhidmatan awam yang
bersih, jujur, cekap dan amanah
selaras dengan rukun akhlak dan
etika kerja perkhidmatan awam.
Antara peraturan dan arahan
termasuk:
-
Peraturan-Peraturan
Pegawai-Pegawai
Kerajaan (Kelakuan
dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya
Perkhidmatan
Awam (Penggal
83);
-
Peraturan-Peraturan
Kewangan 1983;
- Surat
Keliling Jabatan
Perdana Menteri;
- Surat
Keliling
Kementerian
Kewangan; dan,
- Surat
Pemberitahuan
Jabatan
Perkhidmatan
Awam.
|
KEHADIRAN BEKERJA
(Peraturan
4, 6 dan 8)
Peraturan-Peraturan
Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan
dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (Penggal 83)
Bentuk Sektor Swasta
Setiap warga perkhidmatan awam:
- Dikehendaki bekerja
setiap hari, kecuali pada
hari-hari kelepasan am dan
awam serta semasa bercuti;
- Bertanggungjawab
mematuhi peraturan waktu
bekerja iaitu minimum 7 ½
jam sehari;
Waktu Bekerja
7.45 pagi – 12.15 tengah hari
1.30 petang – 4.30 petang
(Setiap Isnin hingga Khamis dan
Sabtu, kecuali dengan khas
ditentukan)
Warga perkhidmatan awam juga:
- Dikehendaki berada di
pejabat / tempat bekerja
setiap masa;
- Dikehendaki mendapat
kebenaran ketua jabatan atau
pegawai atasan, jika
meninggalkan pejabat /
tempat bekerja;
- Dimestikan mencatat
waktu keluar dan masuk
pejabat / tempat bekerja;
Warga perkhidmatan awam akan
diambil tindakan tatatertib,
jika:
- Tidak mematuhi peraturan
waktu bekerja;
- Meninggalkan pejabat /
waktu bekerja semasa waktu
bekerja tanpa kebenaran
ketua jabatan atau pegawai
atasan; dan
- Tidak hadir bekerja
tanpa kebenaran bertulis
daripada ketua jabatan.
PERMOHONAN KELUAR NEGERI
(Peraturan 9)
Peraturan-Peraturan
Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan
dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (Penggal 83)
Setiap warga perkhidmatan awam:
- Dimestikan berada dalam
negeri setiap masa.
- Dimestikan menghadapkan
permohonan secara bertulis
kepada ketua jabatan
masing-masing, jika berhajat
untuk keluar negeri.
- Dimestikan mendapat
kebenaran permohonan sebelum
keluar negeri.
- Tidak dibenarkan keluar
negeri semasa:
Sambutan Maulud Nabi Muhammad
S.A.W.
Sambutan Hari Keputeraan KDYMM
Sambutan Hari kebangsaan
Majlis-Majlis Adat Istiadat
Beraja
(Surat Keliling Jabatan Perdana
Menteri Bilangan 11/1999)
Warga perkhidmatan awam yang
keluar negeri tanpa kebenaran
bertulis daripada ketua jabatan
adalah menyalahi peraturan dan
boleh diambil tindakan
tatatertib.
PENYALAHGUNAAN DADAH
Setiap warga perkhidmatan awam
ditegah keras melibatkan diri
dalam penyalahgunaan dadah
setiap masa termasuk pengedaran,
penjualan, pemprosesan atau
sebarang aktiviti yang
menghasilkan dadah.
Pusat Pemulihan Al-Islah dan
Biro Kawalan Narkotik adalah
agensi Kerajaan yang boleh
dihubungi bagi mendapatkan
khidmat nasihat.
Warga perkhidmatan awam yang
dilaporkan terlibat akan
diambil tindakan tatatertib.
KEWANGAN
(Peraturan-Peraturan Kewangan
1983)
Setiap warga perkhidmatan awam
yang bertugas secara langsung
atau tidak dengan perkhidmatan
awam dan pengurusan kewangan
adalah dikehendaki:
-
Mengetahui dan memahami
peraturan dan prosedur
kewangan yang ditetapkan
dari semasa ke semasa;
-
Melaksanakan tugas dan
kewajipan dengan penuh jujur,
amanah, cekap, titih dan
lutanan.
Warga perkhidmatan awam yang
melanggar peraturan dan prosedur
yang ditetapkan akan diambil
tindakan tatatertib.
KERAHSIAAN MAKLUMAT KERAJAAN
(Surat Keliling Jabatan Perdana
Menteri Bilangan 2/2000 – Akta
Rahsia Rasmi Bab 5 Penggal 153)
Setiap warga perkhidmatan awam
yang bertugas secara langsung
atau tidak dengan perkhidmatan
dan pengurusan pejabat adalah
dikehendaki:
-
Mengetahui, memahami dan
mematuhi setiap masa Akta
Rahsia Rahmi seperti yang
ditandatangani semasa
memulakan perkhidmatan
dengan Kerajaan;
-
Menjaga kerahsiaan dokumen
Kerajaan setiap masa
termasuk setelah
meninggalkan perkhidmatan
Kerajaan.
JENAYAH DAN KESALAHAN SYARIAH
Setiap warga perkhidmatan awam
perlu mengamalkan rukun akhlak
dan etika kerja yang mulia,
serta menjadi role model kepada
warga perkhidmatan awam yang
lain.
Warga perkhidmatan awam perlu
menghindar diri daripada
terlibat dengan kes-kes seperti:
Warga perkhidmatan awam yang
terlibat dalam kes-kes jenayah
dan / atau kesalahan syariah,
jika sabit kesalahan, akan
dihukum di mahkamah dan sekali
gus diambil tindakan
tatatertib.
TINDAKAN TATATERTIB
Tindakan tatatertib yang
dikenakan kepada warga
perkhidmatan awam menurut
kesalahan:
Alamat Perhubungan :
Bahagian Perkhidmatan
Personel,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tingkat 3, Bangunan SPA
Lapangan Terbang Lama Berakas
BB3510
Negara Brunei Darussalam
Tel : 2382469
Fax : 2383013/2381387
e-mel :
info.psd@psd.gov.bn
|