|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Tambang |
|
|
|
Kurnia Tambang bagi Menunaikan
Fardhu Haji bagi Musim Haji
2006/2007M (1427 Hijriah) |
|
Kurnia Tambang bagi Menunaikan
Fardhu Haji bagi Musim Haji
2006/2007M (1427 Hijriah) adalah
dengan ini dibukakan kepada
kakitangan (termasuk
pegawai-pegawai) Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
Perkara ini telah disampaikan
oleh Setiausaha Tetap di Jabatan
Perdana Menteri melalui Surat
Kelilingnya bilangan 11/2006 [Rujukan:
(11) JPM/SK/2006 bertarikh 16
Muharram 1427H bersamaan 15
Februari 2006M).
Borang Permohonan bolehlah
didapati dari dan dikembalikan
kepada Jabatan Urusan Haji,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam pada /
tidak lewat dari 28 April 2006M
dan permohonan-permohonan yang
diterima selepas tarikh tersebut
tidak akan dilayan.
Syarat-syarat kelayakan
adalah seperti yang telah
dihuraikan melalui Surat
Keliling Jabatan Perdana Menteri
bilangan 8/1997 [Rujukan: JPM/SK/8/1995,
bertarikh 29 Dzulhijjah 1417H
bersamaan 7 Mei 1997M], (termasuk
pindaan-pindaan yangmana
ditunjukkan – as indicated)
seperti berikut:
Pegawai-pegawai Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang boleh memohon
tambang ini hendaklah terdiri
daripada:-
-
Pegawai-pegawai
Kerajaan
yang terdiri
daripada
rakyat
Kebawah Duli
Yang Maha
Mulia Paduka
Seri Baginda
Sultan dan
Yang
Di-Pertuan
Negara
Brunei
Darussalam
(yang
mempunyai
kad
pengenalan
berwarna
kuning); dan
-
Pegawai-pegawai
yang
telah
berkhidmat
selama 15
tahun dalam
perkhidmatan
tetap,
atau
-
Pegawai-pegawai
yang telah
berkhidmat
selama 15
tahun dalam
perkhidmatan
dari
sebulan
kesebulan
atau
open-vote;
atau
-
Pegawai-pegawai
yang
telah
bersara
dan memenuhi
syarat-syarat
yang lazim
samada
berjawatan
tetap
mahupun dari
sebulan
kesebulan
atau
open-vote
dan yang
telah
menamatkan
perkhidmatan
mereka
selama 15
tahun dalam
perkhidmatan
bergaji
bulan;
dan
-
Pegawai-pegawai
yang memohon
itu belum
pernah
menunaikan
fardhu Haji
dengan
kurnia
tambang
seperti
berikut di
bawah ini:-
-
Kurnia
tambang
daripada
Kebawah
Duli
Yang
Maha
Mulia
Paduka
Seri
Baginda
Sultan
dan Yang
Di-Pertuan
Negara
Brunei
Darussalam.
-
Kurnia
tambang
daripada
Kerajaan
Kebawah
Duli
Yang
Maha
Mulia
Paduka
Seri
Baginda
Sultan
dan Yang
Di-Pertuan
Negara
Brunei
Darussalam
bagi
pegawai-pegawai
dan
kakitangan
Kerajaan
yang
masih
dalam
perkhidmatan
atau
yang
telah
bersara.
-
Kurnia
tambang
daripada
Kebawah
Duli
Yang
Maha
Mulia
Paduka
Seri
Baginda
Sultan
dan Yang
Di-Pertuan
Negara
Brunei
Darussalam
bagi
orang-orang
Mu’alaf.
-
Mana-mana
pegawai dan
kakitangan
Kerajaan
Kebawah Duli
Yang Maha
Mulia Paduka
Seri Baginda
Sultan dan
Yang
Di-Pertuan
Negara
Brunei
Darussalam
yang
berkesempatan
menunaikan
Fardhu Haji
atau sebagai
Pegawai
Perhubungan
Haji atau
dengan
lain-lain
urusan
Kerajaan
adalah
dibolehkan
memohon
tambang ini.
|
- Pengurniaan ini adalah
untuk pegawai itu sendiri
dan juga untuk isterinya
(jika suami yang bekerja),
atau suaminya (jika isteri
yang bekerja), yang
menunaikan Fardhu Haji
bersama-sama dengan pegawai
ini.”Jika mana-mana Pegawai
Kerajaan sama ada ia belum
atau telah bersara dan sama
ada ia belum atau telah
medapat kurnia tambang ini
semasa masih dalam
perkhidmatan dengan Kerajaan
atau telah bersara, maka
pegawai Kerajaan itu boleh
memohon kurnia tambang ini
bagi dirinya sahaja atau
isterinya atau suaminya
sahaja” (Surat keliling
JPM 11/2006).
- Perkhidmatan selama
15 tahun bererti
perkhidmatan tetap bergaji
bulan, dari sebulan
kesebulan atau open-vote
dikira dari tarikh mula
berkhidmat dalam
perkhidmatan bergaji bulan
hinggalah kepada tarikh
terakhir iaitu 26 April 2006
tetapi tidaklah termasuk
perkhidmatan dalam bergaji
hari. (Surat keliling JPM
11/2006).Perkhidmatan selama
15 tahun bererti
perkhidmatan tetap bergaji
bulan, dari sebulan
kesebulan atau open-vote
dikira dari tarikh mula
berkhidmat dalam
perkhidmatan bergaji bulan
hinggalah kepada tarikh
terakhir iaitu 26 April 2006
tetapi tidaklah termasuk
perkhidmatan dalam bergaji
hari. (Surat keliling
JPM 11/2006).
- Mereka yang menerima
pengurniaan tambang ini
adalah dikehendaki
menguruskan penerbangan/pelayaran
mereka menurut
peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh Jemaah
Penasihat Haji Negara Brunei
Darussalam. Jika didapati
tidak menurut
peraturan-peraturan itu maka
tambang ini akan ditarik
balik.
- Mereka yang telah
dikurniakan tambang bagi
menunaikan Fardhu Haji bagi
Musim Haji 2006
(1427Hijriah) yang tidak
meneruskan pemergiannya dan
berhajat untuk menunaikannya
pada tahun 1427H/2006/2007M
adalah juga dikehendaki
untuk menghantar borang
permohonan yang baru bagi
dipertimbangkan semula. (Surat
Keliling JPM 11/2006).
- Mereka yang dikurniakan
tambang Haji dan telah
menerima tambang tersebut
tetapi tidak dapat
meneruskan pemergiannya bagi
menunaikan Fardhu Haji
kerana suatu sebab yang
tertentu adalah dikehendaki
supaya mengembalikan wang
tambang yang sudah
diterimanya itu kepada
Kerajaan selewat-lewatnya
seminggu dari tarikh
penerimaannya.
- Semua permohonan
hendaklah dihantar
melalui Ketua Jabatan
masing-masing yang
dikehendaki menghantar
permohonan itu ke Jabatan
Urusan Haji, Kementerian
Hal Ehwal Ugama, Negara
Brunei Darussalam berserta
dengan laporan yang lengkap
mengenai diri pemohon.
Ketua-ketua Jabatan sendiri
hendaklah meneliti
keterangan-keterangan yang
diberikan itu dan memastikan
bahawa keterangan-keterangan
yang diberikan itu adalah
lengkap dan betul
sepertimana yang dikehendaki.
- Pegawai-pegawai Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang telah
bersara, hendaklah
menghantar
permohonan-permohonan mereka
melalui Ketua Jabatan yang
berkenaan.
- Untuk kepentingan
pentadbiran, sekiranya
perkhidmatan seseorang itu
dikehendaki dan pemergiannya
dikira akan mejejaskan
pentadbiran pejabatnya, maka
Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam berhak
menangguhkan sesuatu
permohonan dibawah peraturan
ini.
- Permohonan untuk
mendapatkan pengurniaan
tambang ini mestilah dibuat
dalam borang yang telah
disediakan oleh Jabatan
Urusan Haji, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, Negara Brunei
Darussalam dan borang
tersebut bolehlah diperolehi
dari Jabatan Urusan Haji,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam.
- Sebelum Ketua-Ketua
Jabatan menghadapkan
permohonan-permohonan
seperti yang dinyatakan
dalam para 7 dan para 8 di
atas maka mereka hendaklah
terlebih dahulu
memastikan bahawa
pemohon-pemohon belum
pernah menerima salah satu
tambang seperti yang
disebutkan di para 1 dalam
(v) ceraian (a), (b) atau
(c) di atas dan hendaklah
juga meneliti serta
memastikan bahawa
pemohon-pemohon adalah
benar-benar rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dan
bukannya penduduk tetap atau
rakyat asing.
- Mana-mana pegawai dan
kakitangan Kerajaan yang
telah diberhentikan
perkhidmatannya dengan
Kerajaan kerana melakukan
kesalahan-kesalahan yang
disabitkan oleh mana-mana
mahkamah, atau melanggar
Peraturan Am maka ianya
tidaklah berhak untuk
mendapatkan kurnia tambang
ini walaupun ianya telah
berkhidmat dengan Kerajaan
selama 15 tahun. Manakala
pegawai dan kakitangan
Kerajaan yang telah berhenti
dari berkhidmat dengan
Kerajaan dengan kemahuannya
sendiri maka permohonannya
untuk mendapatkan kurnia
tambang ini bolehlah
dipertimbangkan dalam
perkara-perkara berikut:-
- Ia telah berkhidmat
dengan Kerajaan selama 15
tahun sebagaimana yang
terkandung di para 3 di atas,
- Perkhidmatannya dengan
Kerajaan adalah memuaskan.
Dalam hal ini, laporan dan
sokongan daripada Ketua
Jabatannya hendaklah
disertakan bersama-sama
dengan borang permohonan
yang telah diisikan
sepertimana terkandung di
para 7 di atas.
- Jika mana-mana
pegawai dan kakitangan
Kerajaan meninggal dunia
dan telah berkhidmat dengan
Kerajaan selama 15 tahun;
samada ia telah atau belum
bersara dan samada ia telah
atau belum memohon kurnia
tambang ini semasa masih
dalam perkhidmatan dengan
Kerajaan maka isterinya/suaminya
adalah berhak untuk menuntut
kurnia tambang ini bagi
dirinya sendiri.
- Mana-mana Pegawai dan
Kakitangan Kerajaan yang
beristeri lebih daripada
seorang dan hendak
membawa bersamanya kesemua
isteri-isterinya maka
hendaklah ia membahagi
sama rata jumlah hak kurnia
tambang Haji yang
dikurniakan kepadanya kepada
semua isteri-isterinya. Jika
ia hendak membawa bersamanya
salah seorang daripada
isteri-isterinya maka
hendaklah ia membuat
pengundian dikalangan
isteri-isterinya itu.
|
|
back to top
ELAUN PELAJARAN DAN TAMBANGELAUN
PELAJARAN DAN TAMBANG |
|
Faedah (dan panduan) Elaun
Pelajaran dan Tambang bagi
kakitangan (termasuk pegawai)
Kerajaan telah dihuraikan
melalui Surat Keliling Jabatan
Perdana Menteri Bil: 14/2004
Surat Keliling ini bertujuan
menyediakan panduan Elaun
Pelajaran dan Tambang bagi
kakitangan (termasuk pegawai)
dalam Perkhidmatan Awam,
Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei dan Pasukan Polis Diraja
Brunei. Surat Keliling ini
dengan sendirinya membatal dan
menggantikan Surat Keliling
Jabatan Perdana Menteri bilangan
3/1999 dan bilangan 11/2000
seperti berikut:
- KATEGORI PERKHIDMATAN
PEGAWAI YANG LAYAK:
- Pegawai yang terdiri
daripada rakyat Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam:
- Pegawai-pegawai
lelaki dalam perkhidmatan
tetap atau berkontrak; dan
- Pegawai-pegawai
perempuan dalam perkhidmatan
tetap atau berkontrak yang
suami mereka tidak menerima
kemudahan Elaun Pelajaran di
tempat mereka bekerja atau
telah menjadi balu atau
janda dan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas anak
mereka.
-
Pegawai yang bukan rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam:
-
Pegawai-pegawai lelaki dalam
perkhidmatan berkontrak; dan
-
Pegawai-pegawai perempuan
dalam perkhidmatan
berkontrak yang telah
menjadi balu atau janda dan
bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas anak mereka.
-
Pegawai-pegawai lelaki dan
perempuan yang terdiri
daripada rakyat Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dalarn
perkhidmatan tetap atau
berkontrak, dan bagi
pegawai-pegawai lelaki dan
perempuan yang bukan rakyat
dalam perkhidmatan
berkontrak yang bujang
tetap¬mengangkat anak secara
rasmi serta bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas anak
mereka.
- ELAUN PELAJARAN
Elaun Pelajaran akan
dibayar kepada anak-anak
pegawai yang berkelayakan
seperti perenggan 2 di atas
yang menuntut di sekolah
atau institusi pengajian
secara sepenuh masa sama ada
di dalam atau di luar Negara
Brunei Darussalam yang ada
mengenakan bayaran sekolah
dan bayaran tempat tinggal
jika ada. Elaun Pelajaran
tidak akan diberikan jika
anak-anak pegawai tersebut
menuntut di sekolah atau
institusi pengajian secara
percuma.
- KADAR PEMBERIAN ELAUN
PELAJARAN DI DALAM DAN DI
LUAR NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM DAN HAD UMUR
- Kadar Elaun Pelajaran
yang akan diberikan kepada
anak-anak pegawai yang
terdiri daripada Rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dan had
umur adalah seperti berikut:
- bagi yang menuntut di
luar negeri, Elaun Pelajaran
dibayar seperti yang
dituntut tetapi tidak
melebihi $800.00 sebulan
bagi seorang anak;
- bagi yang menuntut di
dalam negeri, Elaun
Pelajaran dibayar $120.00
sebulan bagi seorang anak,
termasuk anak yang menuntut
di Jerudong International
School (sekolah swasta
kepunyaan Kerajaan).
Bagaimanapun bagi anak yang
menuntut dalam Tahun 7 ke
atas di Jerudong
International School (sekolah
swasta kepunyaan Kerajaan)
akan dibayar $800.00 sebulan;
dan
- Elaun Pelajaran dibayar
kepada anak-anak yang
berumur dari 5 tahun jika
menuntut di dalam negeri dan
10 tahun jika menuntut di
luar negeri sehingga anak
itu mencapai umur 25 tahun.
Bagi anak-anak pegawai yang
mengikuti Ijazah Doktor
Falsafah Ph.D (Doctorate)
maka dibolehkan menuntut
Elaun Pelajaran sehingga
mencapai umur 28 tahun.
- Kadar elaun pelajaran
yang akan diberikan kepada
anak-anak pegawai yang bukan
Rakyat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan had umur
adalah seperti berikut:
|
Negara/Institusi
tempat
belajar |
Kadar Elaun |
Had Umur |
|
Luar Negeri |
Pegawal-pegawai
yang
membayar
bayaran
tempat
tinggal
untuk
anak-anak
mereka |
Pegawai-pegawai
yang tidak
membayar
bayaran
tempat
tinggal
untuk
anak-anak
mereka/anak-anak
yang belajar
di sekolah
harian |
5 tahun
sehingga
mencapai
umur 21
tahun |
|
Bahagian I
dan II |
Bahogian
III, IV dan
V |
Bahagian I
dan II |
Bahagian
III, IV dan
V |
|
Dibayar
seperti yang
dituntut
tetapi tidak
melebihi
$800.00 bagi
seorang anak |
Dibayar
seperti yang
dituntut
tetapi tidak
melebihi
$400.00 bagi
seorang anak |
Dibayar
seperti yang
dituntut
tetapi tidak
melebihi
$400.00 bagi
seorang anak |
Dibayar
seperti yang
dituntut
tetapi tidak
melebihi
$250.00 bagi
seorang anak |
|
Dalam Negeri |
Sekolah
berbayar |
$120.00 bagi
seorang anak |
|
Jerudong
International
School (sekolah
swasta
kepunyaan
Kerajaan) |
Bahagian I
dan II |
Bahagian
III, IV dan
V |
|
$800.00 bagi
seorang anak |
$400.00 bagi
seorang anak |
|
Nota: Bayaran tempat
tinggal bermaksud apa jua
jenis tempat kediaman yang
dikenakan bayaran kecuali
rumah sendiri pegawai
tersebut dinegara
kerakyatannya.
- PEMBERIAN TAMBANG
BAGI PENUNTUT YANG MENERIMA
ELAUN PELAJARAN DAN BELAJAR
DI LUAR NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
Peraturan pemberian
tambang bagi penuntut yang
menerima Elaun Pelajaran dan
belajar di luar Negara
Brunei Darussalam ialah
seperti berikut:
- Anak-anak pegawai yang
terdiri daripada Rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang
menuntut di luar Negara
Brunei Darussalam boleh
diberikan tambang termurah
pergi-balik dari tempat
belajar ke Negara Brunei
Darussalam bagi tiap-tiap
satu tahun akademik;
- Pegawai-Pegawai
berkontrak yang bukan
terdiri daripada Rakyat
Kebawah Dull Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dalam
Bahagian I dan II boleh
diberikan tambang termurah
penuntut pergi-balik
daripada negara kerakyatan
pegawai atau dari tempat
anak pegawai bersekolah,
mana-mana yang lebih murah
ke Negara Brunei Darussalam
dalam tiap-¬tiap satu tahun
kalendar perkhidmatan bagi
dua (2) orang anak sahaja.
Bagi pegawai yang mempunyai
kontrak perkhidmatan tidak
kurang daripada dua tahun
hendaklah berkhidmat
sekurang-kurangnya enam
bulan untuk layak menerima
tambang ini; dan
- Bagi anak-anak pegawai
yang telah menerima Elaun
Pelajaran hendaklah
menggunakan tambang murah
ini sahaja dan tidak lagi
berhak menerima tambang yang
lain seperti tambang kontrak
dan elaun cuti.
- SYARAT-SYARAT AM
Syarat-syarat am bagi
penuntut yang belajar di
dalam dan di luar Negara
Brunei Darussalam ialah
seperti berikut:
- Jumlah maksima anak yang
boleh diberikan Elaun
Pelajaran bagi semua
kategori ialah sebanyak
empat (4) orang anak pada
satu masa;
- Elaun Pelajaran di dalam
negeri hanya akan diberikan
kepada anak-anak yang
menuntut di sekolah berbayar
yang berdaftar di
Kementerian Pendidikan;
- Pegawai-Pegawai dalam
perkhidmatan kontrak sama
ada terdiri daripada rakyat
atau bukan rakyat hanya akan
layak menerima Elaun
Pelajaran bagi anak-anak
mereka jika tempoh kontrak
melebihi satu tahun;
- Elaun Pelajaran ini akan
terus diberikan kepada
anak-anak pegawai yang
terdiri dari Rakyat Kebawah
Duti Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di¬Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang sedang
menerima elaun tersebut
apabila ibu atau bapa mereka
(yang sebelumnya layak
mendapatkan elaun ini untuk
mereka) meninggal dunia
tanpa menghiraukan sama ada
ibu atau bapa itu berkahwin
semula;
- Pegawai-pegawai
perempuan berkontrak yang
bukan terdiri dari Rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang telah
menjadi balu atau janda
tidak akan layak menuntut
elaun pelajaran setelah
mereka berkahwin semula;
- Pegawai-pegawai yang
anak-anak mereka menerima
bantuan lain terhadap
pelajaran mereka misalnya
dermasiswa atau biasiswa
tidak akan berhak
mendapatkan elaun ini
kecuali bantuan yang
diterima kurang jumlahnya
dari yang ianya berhak;
- Elaun Pelajaran tidak
akan diberikan kepada
anak-anak angkat pegawai
berkontrak kecuali anak-anak
angkat itu bersekolah di
Negara Brunei Darussalam;
- Elaun Pelajaran bagi
anak-anak pegawai yang
bersekolah di Jerudong
International School (sekolah
swasta kepunyaan Kerajaan)
akan dibayar terus ke
sekolah berkenaan;
- Permohonan-permohonan
bagi Elaun Pelajaran
hendaklah dihadapkan kepada
Jurukira Agung, Jabatan
Perbendaharaan, Kementerian
Kewangan melalui Ketua
Jabatannya dalam borang
berkenaan dan hendaklah
dibaharui pada setiap tahun
akademik. Pembayaran akan
dilakukan melalui bayaran
gaji hanya setelah mendapat
kebenaran dari Jurukira
Agung;
- Bagi keperluan perenggan
6.1.4 di atas, penjaga anak
berkenaan hendaklah
menghubungi Jurukira Agung
bagi urusan pembayaran; dan
- Setiap pegawai. adalah
dikehendaki memaklumkan
Jurukira Agung melalui Ketua
Jabatannya sebarang
perubahan terhadap pelajaran
seseorang anak yang menerima
Elaun Pelajaran. Ketua-Ketua
Jabatan hendaklah mengambil
langkah-langkah tertentu
bagi memastikan bahawa semua
keterangan adalah betul.
- Tarikh kuatkuasa Surat
Keliling ini adalah pada 1
Januari 2005.T arikh
kuatkuasa Surat Keliling ini
adalah pada 1 Januari 2005.
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|