WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > Soalan-soalan Lazim > Kandungan

PERATURAN CUTI TAHUNAN (PINDAAN)

  1. Adakah cuti emergency (serta-merta) dibolehkan keluar negeri?

    Jawapan:
    Cuti serta merta tidak digalakkan untuk dibenarkan keluar negeri, kecuali atas alasan melawat saudara yang sakit/meninggal dunia di luar negeri, atau atas sebab akan menjalani rawatan di luar negeri, walaubagaimanapun perkara ini adalah tertakluk kepada kebenaran dan pertimbangan/budibicara Ketua Jabatan.


     

  2. Cuti Tahunan (CT) dan Cuti Mandatori (CM) yang diambil adalah termasuk hari-hari kelepasan awam dan kelepasan amCuti Tahunan (CT) dan Cuti Mandatori (CM) yang diambil adalah termasuk hari-hari Kelepasan Awam dan Kelepasan AM

    Jika mengambil CM, 14 hari dan berakhir pada hari Ahad dan seterusnya mengambil CT dari Isnin hingga Khamis, adakah hari Ahad termasuk CM dan boleh disambung CT pada hari Isnin tersebut?

    Jawapan:

    CM 14 hari adalah termasuk hari Ahad dan boleh disambung dengan CT pada hari Isnin. CM 14 hendaklah diambil secara berterusan termasuk hari Jumaat dan Ahad.


     
  3. Seorang pegawai yang baru berkhidmat pada tahun 2009 dan menurut peraturan baru, seorang pegawai boleh mengambil Cuti tahunan [CT] setelah sebulan berkhidmat. Bolehkah seorang pegawai yang baru berkhidmat pada tahun 2009 mengambil Cuti Mandatori [CM] pada tahun yang sama (2009)?

    Jawapan:

    Pegawai tersebut boleh mengambil CM selepas genap satu tahun berkhidmat, iaitu pada tarikh ulang tahun lantikan beliau.


     
  4. Seorang pegawai dalam Bahagian I akan bersara pada 05/09/2010 yangmana beliau akan memulakan Cuti Sebelum Bersara (CSB) 138 hari pada 06/07/2010 dan akan mengambil CM pada bulan April sebelum menjalani CSB. Adakah terjejas cuti yang akan diambil tersebut?

    Jawapan:
    Pihak yang berkenaan dikehendaki mengira semula CSB dengan mengambil kira perkiraan lama sehingga 28/02/2010 dan menggunakkan kadar Cuti Baru mulai 01/03/2010. Perkiraan tersebut hendaklah dihadapkan ke JPA untuk makluman dan pengesahan memandangkan oleh kerana Jumlah CSB maksimum ialah 108 hari, mana-mana cuti berlebihan bolehlah diambil dalam tempoh peralihan jika berkesempatan, sebelum memulakan CSB.


     
  5. Seorang pegawai mempunyai baki cuti berlebihan sebanyak 60 hari dari baki kadar maksimum 108 hari. Adakah baki cuti berlebihan tersebut boleh diambil?

    Jawapan:

    Baki cuti tersebut boleh diambil dalam tempoh peralihan dari 01/03/2010 hingga 28/02/2011. Mana-mana cuti yang berlebihan (melebihi 108 hari) akan luput mulai 01/03/2011.


     
  6. Seorang pegawai yang dikehendaki cuti disebabkan keluar ½ hari atas alasan yang munasabah, adakah pengambilan cuti seterusnya dikehendaki juga berkhidmat 30 hari kalendar?

    Jawapan:
    Diatas budi bicara Ketua Jabatan bagi membolehkan pegawai bercuti serta-merta dan tertakluk kepada masih ada baki Cuti Tahunan. Jika tidak, dikira sebagai Cuti Tidak Bergaji (CTG).
     

 

back to top

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.