|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Soalan-soalan Lazim
> Kandungan |
|
SKIM PERKHIDMATAN DAN
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN |
-
Apakah yang dimaksudkan
dengan Skim Perkhidmatan?
Jawapan:
Satu dokumen yang
mengandungi keterangan
jawatan serta
perkara-perkara yang
bersangkut paut dengan
keperluan jawatan yang
berkenaan.
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
-
Sebagai salah satu
kriteria penilaian kenaikan
pangkat ke tanggagaji
Kumpulan 3, seorang pegawai
dikehendaki menyediakan dua
(2) kertas kerja yang asal
(original) berkaitan dengan
tugas pegawai tersebut. Sila
nyatakan salah satu bidang
kerja yang diperlukan.
Jawapan:
-
Kertas Pembaharuan
Perkhidmatan Awam;
-
Kertas Kedudukan Pendirian
Negara bagi mesyuarat di
luar negeri;
-
Kertas Penggubalan/Penelitian
Dasar;
-
Laporan Tahunan Jabatan;
-
Penyediaan Peruntukan
Jabatan; dan
-
Kertas Kerja yang berkaitan
dengan bidang masing¬masing.
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
-
Apakah yang dimaksudkan
dengan pertukaran jawatan
secara "trade off"?
Jawapan:
Pewujudan jawatan baru
secara tukar ganti -
Peruntukkan jawatan yang di
"trade off" digunakan bagi
mewujudkan jawatan baru
berkenaan dan
jawatan-jawatan yang di
"trade off" dimansuhkan/ditiadakan.
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
- Apakah yang
dimaksudkan atau ditakrifkan
jawatan-jawatan yang
dikategori gunasama/sama?
Jawapan:
Jawatan yang sama terdapat
dibeberapa
Kementerian¬Kementerian/Jabatan-Jabatan
Kerajaan yang mana bidang
tugas dan tanggungjawab
jawatan berkenaan adalah
sama dan nampak sealiran.
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
- Apakah
jawatan-Jawatan yang
dikategori jawatan gunasama/sama?
Jawapan:
Arkib
Bidang IT
Bidang Kewangan
Fotografi
Kesetiausahaan
Pegawai Pentadbir
Penyunting
Pegawai Projek
Perkeranian
Pegawai Kerja
Pelayan |
Pemandu/Pemandu
motor Sangkut/Pemandu
Kerita
Penjilid
Penyambut Tetamu/Telefon
Pereka
Pegawai Perhubungan
Awam
Perpustakaan
Pegawai Tugas-Tugas
Khas
Pengarang
Pegawai Perbekalan/Penyelenggara
Stor
Pengawal Keselamatan
(KDN)
Operator |
Nota: Penambahan nama
jawatan yang dikategori
gunasama/sama akan
dimaklumkan dari semasa ke
semasa setelah mendapat
kelulusan Jawatankuasa
Tanggagaji dan
Syarat¬-Syarat Perkhidmatan
(JT).
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
- Siapakah yang
bertanggungjawab memproses
permohonan perubahan gelaran
jawatan sama ada belum atau
telah wujud dalam
Perkhidmatan Awam?
Jawapan 1:
Cadangan perubahan
gelaran jawatan kepada
gelaran jawatan yang belum
wujud dalam Perkhidmatan
Awam hendaklah dihadapkan
untuk pertimbangan
Jawatankuasa Tanggagaji dan
Syarat-Syarat Perkhidmatan
[JT] dan segala persuratan
hendaklah dihadapkan kepada:
Yang Mulia
Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam,
Selaku Setiausaha
Jawatankuasa Tanggagaji Dan
Syarat-Syarat Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 4, Bangunan
Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam,
Berakas BB3510,
Negara Brunei Darussalam.
Jawapan 2:
Cadangan perubahan
gelaran jawatan kepada
gelaran jawatan yang telah
wujud dalam Perkhidmatan
Awam tidak perlu dihadapkan
ke Jawatankuasa Tanggagaji
dan Syarat-Syarat
Perkhidmatan [JT] tetapi
hendaklah terus dihadapkan
ke Kementerian Kewangan
sahaja memandangkan gelaran
jawatan telah ada dalam
Perkhidmatan Awam dan segala
persuratan hendaklah
dihadapkan kepada:
Yang Mulia
Setiausaha Tetap,
Kementerian Kewangan,
Bangunan Kementerian
Kewangan,
Commonwealth Drive,
Berakas BB3910,
Negara Brunei Darussalam.
(U.p: Bahagian Perbelanjaan)
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|