|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Soalan-soalan Lazim
> Kandungan |
|
PERUMAHAN KERAJAAN |
-
Saya baru melapor diri
untuk bertugas di salah
sebuah jabatan kerajaan,
bolehkah saya memohon rumah
kerajaan?
Jawapan:
Pegawai kerajaan boleh
menghadapkan permohonan
perumahan kerajaan setelah
menerima lantikan dan
melapor diri untuk bertugas.
Bagi jabatan/kementerian
yang mempunyai kawalan
perumahan sendiri,
permohonan diproses oleh
ketua jabatan. Selainnya
hendaklah dipanjangkan ke
Jabatan Perkhidmatan Awam.
Syarat asas kelayakan
peruntukan perumahan dibawah
kawalan Jabatan Perkhidmatan
Awam:
- Pegawai lelaki dalam
bahagian I, II, III dan IV;
- Pegawai wanita (bujang
atau kahwin) bahagian II dan
ke atas
- Berjawatan tetap,
percubaan dan berkontrak
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
-
Adakah saya masih berhak
tinggal di pangsa kerajaan
yang saya diami pada masa
ini sedangkan isteri saya
telah menyiapkan rumahnya
dengan menggunakan pinjaman
peribadi dari bank atau Skim
Pinjaman Kewangan Kerajaan
Untuk Membina Rumah
Persendirian di Daerah yang
sama?
Jawapan:
Pegawai masih berhak tinggal
di pangsa kerajaan jika
sekiranya isterinya
mempunyai rumah sendiri yang
dibina dengan menggunakan
pinjaman peribadi dari bank.
Sekiranya rumah yang dibina
dibiayai dengan Skim
Pinjaman Kewangan Kerajan
dan dalam daerah yang sama,
pegawai dikehendaki
mengosongkan rumah berkenaan.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
-
Rumah yang saya diami
pada masa ini ialah rumah
orang persendirian yang
disewa oleh kerajaan, adalah
saya boleh berpindah ke
rumah lain memandangkan tuan
punya rumah enggan
memperbaiki
kerosakan-kerosakan yang
terdapat di rumah berkenaan?
Jawapan:
Setiap aduan kerosakan akan
diteliti case by case. Jika
perumahan kawalan Jabatan
Perkhidmatan Awam, setiap
aduan kerosakan hendaklah
dihadapkan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk
dinilai pihak yang
bertanggungjawab sama ada
penghuni, kerajaan atau tuan
punya rumah.
Sekiranya kerosakan di atas
$100.00 dan pembaikan
dibawah tanggungjawab tuan
punya rumah, tuan punya
rumah dikehendaki membaiki
dalam tempoh satu bulan dari
tarikh surat Jabatan
Perkhidmatan Awam
ditandatangani. Jika gagal,
Penghuni boleh disokong
berpindah tertakluk kepada
kekosongan.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
- Saya pada masa ini
tinggal di sebuah rumah yang
disewa oleh Kerajaan, apakah
hak-hak saya dan tuan punya
rumah dari segi pemeliharaan
rumah berkenaan?
Jawapan:
Pemeliharaan rumah yang
disewa adalah tanggungjawab
bersama antara penghuni dan
tuan punya rumah. Penghuni
hendaklah menjaga dan
memelihara rumah tersebut
seolah-olah miliknya sendiri.
Tuan punya rumah hendaklah
memastikan setiap aduan
kerosakan dibawah
tanggunjawabnya, diambil
tindakan.
Amalan yang digunapakai,
kerosakan yang bernilai
kurang dari $100.00 adalah
tanggungjawab penghuni.
Jabatan Perkhidmatan Awam
sentiasa memastikan
keselesaan, kesejahteraan,
keselamatan dan pemeliharaan
penghuni rumah sewa.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
- Saya mempunyai se
buah rumah yang saya bina
melalui Skim Pinjaman
Kewangan Kerajaan Untuk
Membina Rumah Sendiri,
bolehkah saya menyewakan
rumah ini kepada kerajaan
dan bagaimanakah caranya?
Jawapan:
Tujuan asal Skim
Pinjaman Kewangan Kerajaan
Untuk Membina Rumah Sendiri
adalah untuk pegawai
berkenaan mendiami rumah
tersebut. Bagaimanapun,
pegawai boleh menghadapkan
permohonan menyewakan rumah
berkenaan kepada kerajaan
tertakluk kepada keperluan
Kerajaan.
Pegawai boleh mendapatkan
borang untuk menyewakan
perumahan dimana-mana
Kementerian/Jabatan yang
dimaksudkan dengan
melengkapkan butir dan
dokumen yang diperlukan.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|