|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Soalan-soalan Lazim
> Kandungan |
|
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN |
-
Saya seorang pegawai
dalam perkhidmatan sebulan
kesebulan, bolehkah saya
mengikuti kursus sarjana
muda dan sarjana di institut
pengajian tinggi di dalam
atau luar negeri?
Jawapan:
Pegawai dalam perkhidmatan
sebulan kesebulan bolehlah
dipertimbangkan untuk
melanjutkan pelajaran di
peringkat sarjana muda/sarjana
di UBD/seberang laut secara
Skim Cuti Belajar dengan
syarat memenuhi
syarat-¬syarat kelayakan
yang ditetapkan dalam Surat
Keliling Jabatan Perdana
Menteri Bil.2/1991 atau
27/1988 serta Surat
Pemberitahuan Jabatan
Perkhidmatan awam Bil.1/2005
seperti berikut:
-
Mempunyai Laporan Penilaian
Prestasi dalam tahap yang
ditetapkan bagi tempoh tiga
tahun kebelakangan (Ruj:
para 1.2 Surat Pemberitahuan
JPA Bil.1/2005);
-
Walau bagaimanapun, bagi
Pegawai yang tidak memenuhi
syarat di atas masih boleh
dipertimbangkan jika:
-
Jawatan yang skim
perkhidmatan atau skim
latihannya memerlukan
pemegang jawatan tersebut
mengikuti kursus;
-
Pegawai berkenaan
dicadangkan untuk disokong
bagi rancangan penggantian
pegawai berkontrak atau yang
akan bersara. (Ruj: para 4.2
Surat Pemberitahuan JPA
Bil.1/2005).
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
-
Pada hujung tahun ini
saya akan menamatkan kursus
3 tahun yang mana telah
dibenarkan oleh kerajaan
melalui latihan dalam
perkhidmatan, adakah saya
mempunyai kemudahan untuk
isteri dan anak-anak saya
menamani perjalanan pulang
saya ke Negara Brunei
Darussalam sedangkan isteri
dan anak-anak saya masih
berada di Brunei?
Jawapan:
Pegawai yang mengikuti
kursus tiga tahun akademik
atau lebih akan diberikan
kemudahan tiket/tambang
pergi ke/balik dari tempat
berkursus perjalanan melalui
udara menurut kadar harga
tiket yang termurah jika
membawa seorang isteri/suami
dan maksima empat orang anak
yang berumur di bawah 18
tahun. (Ruj: para 2.2.6.2 (i)
Surat Keliling JPM
BiI.13/2004).
Isteri dan anak yang akan
menemani perjalanan pulang
di akhir kursus boleh
diberikan kemudahan tiket
pulang/pergi dari Negara
Brunei Darussalam dengan
syarat pegawai berkenaan
belum pernah menuntut
tambang berkenaan di awal
memulakan kursus.
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
-
Saya amat berminat untuk
meningkatkan diri saya
dengan mengikuti kursus
sarjana di luar negeri dan
telah pun mendapat
penerimaan (acceptance) dari
universiti yang saya
pohonkan. Adakah saya masih
berhak untuk mendapat biaya
penuh kerajaan sedangkan
saya telah mencapai umur 51
tahun?
Jawapan:
Pegawai yang akan mengikuti
kursus di dalam atau luar
negeri hendaklah memenuhi
tempoh ikatjanji yang telah
ditetapkan serta mempunyai
lebihan tempoh perkhidmatan
dengan Kerajaan
sekurang-kurangnya dua tahun
selepas menamatkan tempoh
ikatjanji. (Ruj: para 1.3
Surat Pemberitahuan JPA
Bil.1/2005). Walau
bagaimanapun pegawai
tersebut yang tidak memenuhi
syarat untuk mengikuti
kursus berkenaan akan boleh
diberikan pengecualian atas
pertimbangan pihak Kerajaan.
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
- Berapa lamakah tempoh
ikatjanji yang harus saya
tunaikan bagi kursus di luar
negeri yang akan saya ikuti
untuk 9 bulan, 12 bulan, 15
bulan dan 18 bulan dibawah
skim Latihan Dalam
Perkhidmatan Penuh? Adakah
tempoh ikatjanji ini juga
digunakan seandainya saya
mengikuti kursus berkenaan
dibawah skim Cuti Belajar?
Adakah ikatjanji berkenaan
dikenakan kepada saya
seandainya saya mengikuti
kursus berkenaan di salah
sebuah pusat pengajian
tinggi di Negara ini?
Jawapan:
Seseorang pegawai yang
mengikuti kursus Latihan
Dalam Perkhidmatan sama ada
Dalam dan Luar Negeri dalam
apa jua kategori Anugerah
Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan Kerajaan
menurut surat keliling
Jabatan Perdana Menteri
bilanngan 2/1991 dan 27/
1988 adalah dikenakan ikat
janji menurut tempoh kursus
yang diikuti, misal nya:
-
30 hari – kurang 4 bulan = 1
tahun
-
4 bulan – kurang 8 bulan = 2
tahun
-
8 bulan – kurang 1 tahun = 3
tahun
-
1 tahun – kurang 2 tahun = 5
tahun
-
2 tahun – kurang 3 tahun = 7
tahun
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
- Saya telah memohon
untuk mendapatkan biaya
kerajaan untuk mengikuti
kursus sarjana di UBD mulai
awal September ini dan saya
juga telah mendapat surat
penerimaan dari pihak UBD.
Saya mempunyai hak cuti
selama 3 bulan. Bolehkah
saya memulakan kursus dengan
mengambil cuti tiga bulan
dari pejabat saya seandainya
kebenaran pihak Kerajaan
lambat saya terima?
Jawapan:
Sekiranya keputusan
mengikuti kursus belum
diperolihi, pegawai boleh
mengambil baki cuti tahunan
dengan kebenaran Ketua
Jabatan, jika berkelayakan.
Cuti yang telah dibenarkan
dalam tempoh kursus, dengan
sendirinya batal setelah ada
kebenaran.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
- Saya telah diarahkan
untuk berkhidmat di luar
negeri untuk tiga tahun,
bolehkah saya mengambil
kesempatan ini untuk
meningkatkan diri saya
dangan mengikuti kursus
sarjana secara part-time
atas biaya saya sendiri?
Jawapan:
Awda yang berhasrat
untuk mengikuti kursus di
seberang laut/di dalam
negeri samada secara
part-time atas perbelanjaan
Kerajaan atau persendirian
hendaklah mendapat kebenaran
pihak Kerajaan. Awda
bolehlah menghadapkan
permohonan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam melalui
Ketua Jabatan awda dengan
menggunakan borang tertentu.
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|