|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Soalan-soalan Lazim
> Kandungan |
|
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM |
-
Saya baru saja dilantik
ke jawatan B2 bolehkah saya
menyertai Peperiksaan
Perkhidmatan Awam?
Jawapan:
Ya, iaitu untuk kertas
Peraturan-Peraturan Kewangan
(Financial Regulations) dan
Perintah¬ - Perintah Am dan
Peraturan Perkhidmatan
(General Orders) sahaja
dengan tempoh masa yang
tidak terhad. Walau
bagaimanapun awda adalah
juga dikehendaki menduduki
sebarang peperiksaan (jika
ada) yang dianjurkan oleh
Jabatan awda. Peperiksaan
ini adalah merupakan
pra-syarat bagi semua
pegawai yang manjawat
jawatan dalam tanggagaji
B2/B2 EB3 dan B3 sebelum
pegawai tersebut dinaikkan
pangkat ke tanggagaji yang
lebih tinggi.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
-
Saya adalah seorang
pegawai dalam jawatan B2EB3
dan kelulusan akademik saya
adalah dalam bidang
undang-undang? Adakah saya
juga dimestikan menduduki
Peperiksaan Perkhidmatan
Awam?
Jawapan:
Ya, Menurut Surat
Pemberitahuan Jabatan
Perkhidmatan Awam bilangan
7/2005 semua pegawai dalam
tanggagaji B2 keatas
termasuk pegawai¬pegawai
dalam tanggagai B3 dan yang
sebanding yang belum lulus
peperiksaan berkaitan adalah
dikehendaki lulus kecuali
pemegang-¬pemegang jawatan
Pensyarah/Tutor Universiti
Brunei Darussalam sebelum
pegawai tersebut dinaikkan
pangkat pada tahap
tanggagaji yang lebih tinggi.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
-
Pada masa ini saya
diarahkan memangku jawatan
dalam Kumpulan 3, adakah
saya dimestikan menduduki
Peperiksaan Perkhidmatan
Awam?
Jawapan:
Ya, sepertimana menurut para
2 Surat Pemberitahuan
Jabatan Perkhidmatan
bilangan 7/2005 "Pegawai-pegawai
yang telah dinaikkan pangkat
kejawatan-jawatan dalam
tanggagaji B3 dan yang
sebanding yang belum lulus
peperiksaan Perkhidmatan
Awam adalah dikehendaki
lulus sebelum ianya
dinaikkan tangkat pada tahap
tanggagaji Kumpulan 3 dan
Kumpulan 2 atau sebanding.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
- Jawatan yang saya
sandang pada masa ini
memerlukan untuk saya
menduduki peperiksaan
professional sebelum saya
ditetapkan dalam jawatan
berkenaan, adakah saya juga
dimestikan menduduki
Peperiksaan Perkhidmatan
Awam?
Jawapan:
Ya, seperti keterangan
dipara 6 di atas, walau
bagaimanapun, menurut para 3
Surat Pemberitahuan
berkenaan "pengkategorian
jawatan-jawatan professional
bagi pengecualian daripada
menduduki peperiksaan
berkenaan akan diteliti dan
dikemaskini dari masa
kesemasa dan ianya juga akan
tertakluk kepada Skim
Perkhidmatan yang diluluskan/disokong.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
- Tugas utama saya
ialah mempraktis
undang-undang Negara Brunei
Darussalam, adakah saya juga
dimestikan menduduki
Peperiksaan Perkhidmatan
Awam?
Jawapan:
Ya, seperti keterangan
dipara 6 di atas
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
- Jabatan saya pernah
menyokong untuk saya
dinaikkan pangkat dalam
tanggagaji B.3 tetapi tidak
dibenarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam
memandangkan saya belum lagi
lulus Peperiksaan GO/FR.
Oleh kerana saya baru saja
lulus Peperiksaan berkenaan
bolehkah saya
dipertimbangkan semula?
Jawapan:
Awda bolehlah
memaklumkan melalui Ketua
Jabatan supaya permohonan
berkenaan dihadapkan ke
Jabatan Perkhidmatan Awam
untuk dipertimbagkan
selanjutnya ke Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
-
Apakah
matapelajaran-matapelajaran
yang perlu diambil dalam
peperiksaan Kerani-Kerani
Rendah oleh Kerani Tingkatan
III bagi memenuhi salah satu
syarat lantikan?
Jawapan:
- Aturan Pejabat;
- Pengetahuan Am; dan
- Surat Menyurat.
(Sumber: Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan
- JPA)
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|