|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Soalan-soalan Lazim
> Kandungan |
|
PERKHIDMATAN |
-
Saya mempunyai hak cuti
yang banyak kerena dalam
perkhidmatan saya adalah
amat sukar untuk saya
mendapatkan cuti, adakah
saya boleh menjual cuti-cuti
ini kepada pihak Kerajaan?
Jawapan:
Pada masa ini tidak ada
peraturan kerajaan mengenai
jual-beli baki cuti yang
tidak diambil
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
-
Anak saya akan dihantar
ke luar negeri bagi
menjalani rawatan perubatan
selama 8 minggu dan saya
sebagai penjaga tunggalnya
terpaksa menamaninya selama
tempoh rawatan itu. Baki hak
cuti saya pada masa ini
hanya tinggal 1 minggu
sedangkan hak cuti tahunan
saya adalah hanya 29 hari.
Bolahkah saya meminjam cuti
bagi membolehkan saya
menamani anak saya selama
tempoh perubatan itu?
Jawapan:
Menurut Surat Keliling JPM
4/ 1998 mengenai Cuti Tidak
Bergaji dan Cuti Pendahuluan
Perenggan b(6), pegawai yang
menemani pesakit yang
perbelanjaannya dibiayai
oleh kerajaan, dibenarkan
untuk mengambil cuti
pendahuluan bagi tempoh
tidak lebih dari kelayakan
12 bulan perkhidmatan, jika
hak cutinya telah habis.
Sekiranya cuti- tambahan
masih diperlukan, pegawai
boleh diberikan cuti tidak
bergaji.
Bagaimanapun jika timbul
sesuatu keadaan yang
membatalkan kelayakan cuti
tahunan, cuti secara
pendahuluan yang dibenarkan
itu akan dikira cuti tidak
bergaji.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
-
Tidak lama lagi saya akan
memulakan cuti sebelum
bersara, adakah saya boleh
mengambil cuti sebelum ini.
Jawapan:
Pegawai boleh mengambil cuti
lagi, jika ada keperluan,
selepas perkiraan cuti
sebelum bersara (terminal
leave) dimaklumkan kepada
Ketua Jabatan.
Bagaimanapun tarikh
memulakan terminal leave
akan beranjak mengikut
jumlah cuti diambil.
[Sumber: Bahagian
Perkhidmatan Personel - JPA]
- Saya telah diarahkan
untuk memangku jawatan yang
lebih tinggi, bolehkah
seorang pegawai lain
diaturkan memangku jawatan
saya semasa dalam tempoh
berkenaan dan seterusnya
pegawai lain lagi untuk
memangku jawatan pegawai
yang memangku jawatan saya?
Jawapan:
Lantikan memangku hanya
dibenarkan pada peringkat 2
talian sahaja, umpamanya
apabila jawatan A kosong,
pegawai B dibenarkan
memangku jawatan A. Pegawai
C pula dibenarkan memangku
jawatan pegawai B di samping
melaksanakan tugasnya (Pegawai
C).
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
- Saya seorang pekerja
dalam perkhidmatan sebulan
ke sebulan, adakah saya
boleh memangku/menjalankan
tugas jawatan yang kosong di
Jabatan saya?
Jawapan:
Mengikut Surat Keliling
SUK 9/1981, awda tidak
dikecualikan dari memangku/menjalankan
tugas jawatan yang kosong di
Jabatan awda.
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
- Saya baru memulakan
perkhidmatan sebagai pegawai
kerajaan, saya memerhatikan
berbagai corak pakaian yang
digunakan oleh pegawai
kerajaan; ada pegawai lelaki
memakai tie, baju MIB dan
baju kebangsaan melayu;
semantara itu ada juga
pegawai wanita yang berbaju
kurung, kebaya, seluar &
blouse, skirt & blouse dan
tidak memakai tudung kepala.
Apakah jenis pakaian yang
dibenarkan? Adakah perbezaan
pakaian dibenarkan bagi
pegawai yang bukan beragama
islam?
Jawapan:
Peraturan pakaian
bekerja rasmi bagi pegawai
dan kakitangan kerajan
adalah seperti yang
dikeluarkan melalui Surat
Keliling Jabatan Perdana
Menteri bilangan 8/1996
bertarikh 15 April 1996 yang
menetapkan seperti berikut:
- Pegawai lalaki hendaklah
berpakaian kemas dan sopan
iaitu:
- Berseluar panjang,
berbaju kemeja panjang (bertali
leher bagi pegawai dalam
Bahagian III ke atas), atau
- Berseluar panjang dan
berbaju kemeja ala baju cara
melayu, atau
- Pakaian cara Melayu yang
lengkap;
- Pegawai-pegawai dan
kakitangan wanita hendaklah
berpakaian kemas dan sopan
iaitu pakaian yang menutup
aurat;
- Pakaian yang bersesuaian
bolehlah dipakai semasa
bertugas atau membuat
lawatan di luar pejabat; dan
- Pegawai-pegawai dan
kakitangan yang berpakaian
seragam dan pelayan-pelayan
pejabat adalah tidak
terlibat dalam peraturan
ini.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
-
Saya amat tertarik dengan
kursus Middle Management (DPGMMO)
dan Executive Development
Programme (EDPSGO) yang
dianjurkan oleh JPA dan UBD.
Apakah syarat-syarat
kemasukan program-program
ini dan bagaimanakah cara
untuk saya menyertainya?
Jawapan:
Kursus Development
Programme for Government
Middle Management Officers (DPGMMO)
adalah dikhususkan kepada
pegawai-pegawai yang sedang/akan
menjawat jawatan Timbalan/Penolong
Ketua Jabatan iaitu bagi
pegawai-pegawai yang telah
menjawat jawatan dalam
tanggagaji B3 tidak kurang
daripada 5 tahun;
pegawai-pegawai Perkhidmatan
Pentadbiran (BAS) yang telah
menjawat tanggagaji B3
selama tidak kurang 4 tahun
ataupun pegawai-pegawai yang
memangku jawatan untuk
ditetapkan dalam jawatan
dalam tanggagaji Kumpulan 2
atau Kumpulan 3. Sementara
itu bagi kursus Executive
Development Programme for
Senior Government Officers (EDPSGO)
adalah dikhususkan kepada
pegawai-pegawai kanan
Kerajaan yang akan menjawat
jawatan Ketua Jabatan dalam
tanggagaji Superscale C dan
telah mencapai perkhidmatan
tidak kurang daripada 3
tahun dalam tanggagaji
Kumpulan 2 atau yang
disokong memangku untuk
mengisikan jawatan Ketua
Jabatan dalam tanggagaji
Superscale C.
Memandangkan peserta-peserta
yang akan mengikuti program
ini adalah terhad maka
penyertaan program ini
adalah melalui pemilihan
daripada Jawatankuasa di
Jabatan Perkhidmatan Awam.
Walaubagaimanapun,
Setaiusaha-Setiausaha Tetap
/ Ketua-Ketua Jabatan
bolehlah mencalonkan
pegawai-pegawai yang
difikirkan bersesuaian untuk
mengikuti program ini
mengikut garispanduan
penelitian di atas.
[Sumber: Bahagian
Pembangunan dan Pengurusan –
JPA)
-
Saya telahpun dinaikkan
pangkat dalam tanggagaji B.2
EB.3. Oleh kerana gaji saya
semasa dinaikkan pangkat
adalah lebih rendah
berbanding dengan gaji yang
terima pada masa ini.
Bagaimanakah cara untuk
memohon penyelarasan gaji?
Jawapan:
Awda bolehlah
memaklumkan melalui Ketua
Jabatan berserta dengan
surat permohonan dan
dihadapkan ke Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk
dipertimbangkan selanjutnya
ke Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam.
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
-
Saya telah diambil
berkhidmat semula selepas
bersara secara sebulan ke
sebulan dengan mengunakan
peruntukan `Established
Post'. Adakah saya menerima
kenaikan gaji tahunan?
Jawapan:
Awda berhak menerima
kenaikan gaji tahunan oleh
kerana peruntukkan yang
disokong mengunakan
peruntukkan `Established
Post'.
(Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Pentadbiran
Latihan)
- Saya akan bersara
wajib setelah mencapai umur
55 tahun. Bagaimanakah
caranya untuk memohon bagi
berkhidmat semula selepas
bersara?
Jawapan:
Awda bolehlah memohon
secara menulis surat melalui
Ketua Jabatan dan
menghadapkan ke Jabatan
Perkhidmatan Awam mengkiut
keperluan dan peruntukkan
dengan menyertakan
borang-borang tertentu.
[Sumber: Bahagian
Keanggotaan dan Perkhidmatan
Latihan)
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|