- Perkhidmatan Sebulan
Ke Sebulan (SKS) "Tidak
Berhad" mencakupi pegawai/kakitangan
berikut:
- Pegawai perempuan
bukan graduan yang
berkahwin di dalam
Bahagian II dan ke atas;
- Pegawai/kakitangan
perempuan yang berkahwin
di dalam
Bahagian-Bahagian III,
IV dan V;
- Pegawai/kakitangan
terdiri daripada
Penduduk Tetap Negara
Brunei Darussalam.
Istilah "Tidak Berhad"
dengan pengertian
penyambungan SKS secara
automatic diubah kepada
“Tempoh Dibaharui Dengan
Sendirinya” – TDDS.
- Perkhidmatan SKS "Berhad"
masih diteruskan.
Penyambungan SKS bertempoh
bagi tujuan pengawasan
tertentu dikenakan kepada
pegawai/kakitangan berikut:
- Pegawai/kakitangan
lelaki dan perempuan
yang diambil berkhidmat
semu!a selepas bersara
cukup umur 55 tahun
diberikan SKS satu (1)
tahun;
- Pesara bekas askar/polis/wader:
- Pegawai/kakitangan
berumur 55 tahun ke
atas diberikan SKS
satu (1) tahun;
- Pegawai/kakitangan
belum mencapai umur
55 tahun di berikan
SKS tidak melebihi
lima (5) tahun.
- Pegawai/kakitangan
perempuan yang berkahwin
yang belum lulus
peperiksaan yang
dipersyaratkan diberikan
SKS satu (1) tahun atau
tempoh bersesuaian yang
melebihi satu (I) tahun
yang dapat menepati
objektif pengawasan;
- Pegawai lelaki/perempuan
Iuar negeri yang isteri/suami
berkhidmat secara
kontrak dengan Kerajaan
boleh diberikan SKS
sehingga akhir kontrak
atau mengikut sokongan
bagi satu tempoh yang
kurang dari tempoh
kontrak suami/isteri.
Pegawai perempuan Iuar
negeri yang suaminya bekerja
di Negara ini bukan dengan
Kerajaan diberikan SKS satu
(1) tahun.
Penyambungan diperbaharui
setiap tahun atau menurut
tempoh SKS.
Istilah "Berhad" yang
bermaksud penyambungan
bertempoh diubah kepada "Tempoh
Dibaharui Dengan Permohonan”
- TDDP.
- Tatacara Pelaksanaan
- Semua permohonan
BAHARU Perkhidmatan
SKS-TDDS dan TDDP untuk
dihadapkan seperti biasa
untuk pertimbangan
Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam;
- Sokongan
penyambungan SKS-TDDP
untuk dihadapkan seperti
biasa untuk pertimbangan
Suruhanjaya Pekhidmatan
Awam empat (4) bulan
sebelum tempoh SKS
mansuh;
- Sokongan Kementerian/Jabatan
untuk tidak meneruskan
Perkhidmatan SKS-TDDS
atau TDDP dihadapkan
untuk pertimbangan
Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam;
- Kementerian/Jabatan
untuk menghadapkan rekod
pengemaskinian berkala
mengenai pegawai/kakitangan
SKS¬-TDDS.
Peraturan ini semata-mata untuk
memperkesankan pentadbiran
penyambungan SKS tanpa
melibatkan perubahan kepada
status SKS sebagai perkhidmatan
sementara dan dasar utama
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam mengenai
kepentingan pemegang-pemegangnya.
Peraturan ini mula berkuatkuasa
1 Februari 2006.
Sebarang pertanyaan lanjut
mengenai perkara ini bolehlah
ditujukan kepada:
Pengarah Keanggotaan dan
Pentadbiran Latihan,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Tingkat 3,
Bangunan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam,
Lapangan Terbang Lama,
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam.
Tel: +673 2382469
Fax: +673 2383013
|