|
Surat Keliling Jabatan Perdana
Menteri Bilangan 05 / 2005 ini bertujuan
menyediakan satu garis panduan
baru mengenai pengurusan
personel untuk program
peminjaman 'secondment’
pegawai-pegawai Kerajaan Negara
Brunei Darussalam dengan sektor
swasta. Surat Keliling Jabatan
Perdana Menteri bilangan 9/2000
bertarikh 22 Ogos 2000 adalah
dengan ini dibatalkan dan
digantikan dengan Surat Keliling
ini.
Tujuan garis panduan ini adalah
seperti berikut:
-
Menerangkan
kaedah
pengurusan
personel dalam
proses
peminjaman 'secondment'
pegawai-pegawai
Kerajaan Negara
Brunei
Darussalam
dengan sektor
swasta (sama ada
kepunyaan
Kerajaan atau
sektor swasta
sepenuhnya);
- Menghuraikan
terma-terma/syarat-syarat
perkhidmatan
yang akan
dikenakan kepada
pegawai-pegawai
vang dipinjamkan
serta agensi
sektor swasta
yang meminjam
pegawai itu
nanti; dan
- Membantu
pihak-pihak
berkenaan
melaksanakan
program
peminjaman
dengan berkesan
dan betul.
|
- TAKRIF SEKTOR SWASTA
Bentuk Sektor Swasta
-
Pada masa kini takrif
sektor swasta dimana
pegawai-pegawai Kerajaan
yang ditempatkan untuk
bertugas di bawah program
peminjaman atau dipinjamkan
adalah berpandukan kepada
konsep penswastaan
agensi¬agensi Kerajaan
berkenaan. Dalam apa jua
keadaan apabila
agensi-agensi Kerajaan
diswastakan dan dengan
faedah yang berkenaan;
fungsi, tanggungjawab, hak
milik dan penguasaan,
bagaimanapun masih terletak
pada Kerajaan. Hatta
ketetapan terma perkhidmatan
akan ditentukan berdasarkan
kedudukan sesuatu kes itu.
-
Diantara bentuk sektor
swasta yang dimaksudkan
ialah:
-
Sebahagian daripada
agensi kepunyaan Kerajaan;
-
Sebuah organisasi
syarikat perniagaan (korporatisasi);
-
Perjanjian kontrak bagi
melaksanakan projek atau
menyediakan perkhidmatan
tertentu kepada Kerajaan;
dan
-
Sebuah organisasi
komersial bukan kepunyaan
Kerajaan-swasta sepenuhnya.
Perundingan Bersama
-
Agensi swasta berkenaan
hendaklah berunding dengan
pihak Kerajaan berkenaan
bagi mendapat persetujuan
bersama khususnya tentang
terma dan syarat-syarat
peminjaman pegawai yang
bakal dikenakan kepada
pegawai yang akan
dipinjamkan.
Tanggungjawab Syarikat
Yang Menjalani Program
Peminjaman
-
Pegawai yang terlibat
akan ditawarkan terma dan
syarat perkhidmatan kerja
yang 'tidak kurang baiknya'
(not less favourable)
berbanding dengan terma dan
syarat perkhidmatan semasa
mereka berkhidmat penuh
dengan Kerajaan.
- PERANAN AGENSI
KERAJAAN : PERJAWATAN DI
AGENSI ASAL
- Apabila seseorang
pegawai Kerajaan telah
diputuskan untuk dipinjamkan
ke sesebuah sektor swasta:
-
Peruntukan jawatan
pegawai yang dipinjamkan
akan dikekalkan di Jabatan
asal dan boleh diisikan
menurut peraturan yang
berkuatkuasa pada masa ini;
dan.
-
Jawatan Pegawai
Tugas-Tugas Khas hendaklah
diwujudkan di Kementerian
berkenaan dan pegawai asal
yang dipinjamkan akan
dipindah ke jawatan ini.
- Apabila pegawai yang
dipinjamkan kembali ke
Kementerian asalnya:
-
Kementerian asal akan
memohon waran perjawatan
bagi pewujudan jawatan
Pegawai Tugas-Tugas Khas
mengikut tanggagaji yang
bersesuaian;
-
Jika pegawai berkenaan
diaturkan atau ditempatkan
untuk menjawat jawatan yang
lain atau dipindah bekerja
ke Kementerian/Jabatan lain,
jawatan Pegawai Tugas-Tugas
Khas yang dipegangnya akan
ditiadakan; dan
-
Mereka akan menerima
gaji, elaun dan kemudahan
lain yang layak diterimanya
di jawatan asal dalam
perkhidmatan Kerajaan.
-
Semasa pegawai tersebut
dalam peminjaman,
Kementerian asal akan
bertanggungjawab terhadap
kemajuan kerjaya pegawai
berkenaan kecuali bagi
pegawai-pegawai dalam
Perkhidmatan Pentadbiran
Brunei (BAS) adalah di bawah
kawatan Jabatan Perkhidmatan
Awam.
- TERMA PROGRAM
PEMINJAMAN KE SEKTOR
SWASTA
-
Pegawai-pegawai Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang
ditempatkan secara sementara
di sektor swasta adalah di
bawah program peminjaman.
-
Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, boleh
meminjamkan mana-mana
anggota perkhidmatan awamnya
kepada badan berkanun
Kerajaan atau organisasi
swasta sama ada di dalam
atau di luar Negara Brunei
Darussalam. Secara
ringkasnya, tugasan adalah
dianggap dipinjamkan ('secondment')
apabila seorang pegawai
diaturkan bertugas/dipinjamkan
di agensi lain seperti badan
berkanun Kerajaan atau
organisasi korporat/swasta
yang mengambil keuntungan
('profit oriented private
organisation').
*** Takrif
-
Bayaran surcaj dikenakan
kepada organisasi peminjam
sebanyak tiga puluh peratus
(30%) sebulan dan dibayar
kepada Perbendaharaan
Kerajaan berdasarkan kadar
gaji pokok pegawai yang
dipinjamkan itu.
*** Surcaj
-
Bayaran tabungan pencen/baksis
akan dikira secara pro-rata
berasaskan kepada gaji pokok
Pegawai yang dipinjamkan itu
(tempoh perkhidmatan dengan
agensi peminjam diambil kira
untuk tujuan faedah pencen).
Sebagai contoh, seorang
pegawai yang dipinjamkan
jika kembah ke Kementerian
asal akan menerima gaji
menurut tanggagaji asalnya.
Bagi tujuan faedah pencen,
perkiraannya adalah
tertakluk kepada gaji pokok
yang diberikan oleh Kerajaan.
Walau bagaimanapun pegawai
berkenaan berhak menerima
faedah-faedah menamatkan
perkhidmatan agensi peminjam.
***
Skim Pencen/ Baksis
-
Agensi peminjam akan
menanggung pembayaran gaji
pegawai yang dipinjamkan
sepanjang tempoh pegawai
berkenaan dipinjamkan.
*** Pembayaran
Gaji
-
Semua
kemudahan-kemudahan dan
keistimewaan pegawai yang
akan dipinjamkan akan
ditanggung oleh agensi
peminjam seperti hak cuti,
perumahan, rawatan perubatan
dan pergigian, elaun
pelajaran, elaun, elaun
perjalanan, elaun-elaun
tambang, cukai pendapatan
peribadi (jika ada), bonus,
elaun dan kemudahan.
***
Kemudahan-kemudahan
-
Pegawai-pegawai kanan
Kerajaan yang dipinjamkan
tidak dibolehkan menikmati
kemudahan-kemudahan/keistimewaan
yang sama dihulurkan oleh
Kerajaan dalam waktu pegawai
dipinjamkan ke agensi
peminjam.
-
Pegawai yang dipinjamkan
di sektor swasta akan
diberhentikan gaji yang
mereka terima daripada
Kerajaan tetapi
perkhidmatannya dengan
Kerajaan (iaitu kelamaan/'seniority')
adalah berjalan terus
seperti biasa.
***
Tempoh Perkhidmatan Dengan
Kerajaan
-
Laporan Penilaian
Prestasi Tahunan
pegawai-pegawai yang
dipinjamkan akan dibuat oleh
agensi-agensi berkenaan.
Laporan Penilaian Prestasi
tahunan tersebut mestitah
dihadapkan kepada Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam
bagi Perkhidmatan
Pentadbiran Brunei (BAS) dan
Kementerian yang berkenaan
bagi pegawai-pegawai lain
pada bulan Oktober setiap
tahun.
*** Penilaian
Prestasi
-
Sepanjang tempoh
dipinjamkan, pegawai yang
berkenaan hendaklah mematuhi
apa jua syarat dan peraturan
agensi peminjam. Jika
pegawai yang dipinjamkan itu
melakukan kesalahan jenayah
atau sivil maka tindakan
tatatertib akan dikenakan
terhadapnya menurut
Perintah¬Perintah Am
(General Orders), 1961 dan
peraturan-peraturan yang
berjalan pada masa ini
disamping
peraturan-peraturan yang
terdapat di agensi peminjam.
***
Syarat-Syarat Bekerja/
Tindakan Tatatertib
-
Kemudahan perumahan
tidak akan disediakan oleh
Kerajaan, jika mendiami
rumah kerajaan, agensi
peminjam akan membayar sewa
rumah tersebut pada harga
pasaran komersial atau
sebaliknya pegawai
dikehendaki mengosongkan
rumah tersebut dengan serta
merta jika tidak diperlukan.
|