|
Assalammu ‘alaikum Warah
Matullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah.
Saya amat bersyukur ke Hadrat
Allah Subhana Wata’ala kerana
dengan izinNya jua maka
inisiatif bagi memperkenalkan
laman web baru Jabatan
Perkhidmatan Awam ini akhirnya
terlaksana. Inisiatif ini
merupakan usaha berterusan
Jabatan ini untuk mengongsikan
maklumat yang diperlukan oleh
warga perkhidmatan awam
khususnya, dan orang ramai amnya,
dengan lebih mesra atau
friendly, telus dan sentiasa
terkini supaya urusan-urusan
bertambah lancar kearah
mengwujudkan suasana komunikasi
secara elektronik yang lebih
berkesan, aktif dan sihat.
Saya sangat berharap dengan
rekabentuk laman web yang begitu
friendly ini dan informatif,
ianya akan sering dikunjungi
oleh warga perkhidmatan awam dan
orang ramai menurut
keperluan-keperluan
masing-masing. Sebagai
penggunaan umum, saya percaya
warga perkhidmatan awam akan
menjadikan laman web Jabatan ini
sebagai rujukan yang berguna
dalam mereka melaksanakan
tugas-tugas seharian. Bagi
mereka yang akan menduduki
peperiksaan misalnya, saya
begitu yakin banyak maklumat
yang sangat bermanfaat kepada
mereka.
Jabatan ini akan memantau
keberkesanan laman web baru ini
dan sudah tentunya
mengalu-alukan sebarang teguran
dan cadangan bagi terus menerus
memperbaiki laman web ini dari
masa ke semasa.
Selamat melayari laman web baru
JPA dan Selamat menyambut Tahun
Hijrah 1431 dan Tahun Baru
Masehi 2010.
Marilah kita sama-sama berdoa
semoga kita semua akan terus
senantiasa dibawah perlindungan
Allah subhana Wata’ala, Amin.
Wabillahit Taufik Wal Hidayah
Wassalamu ‘alaikum Warah
Matullahi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera.
Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam - Awang Haji
Ibrahim Bin Haji Hassan |