|
SYARAT LANTIKAN DAN TARAF
KELAMIN PEGAWAI
-
Pegawai Dalam Bahagian I
atau II
(Rujukan: Perenggan
2, Surat Keliling Pejabat
Setiausaha Kerajaan No:
2/1961 ‘Peraturan-Peraturan
Bagi Menguntukkan
Rumah-Rumah Quarters
Pegawai-Pegawai Kanan Di
Brunei’)
Setiap pemohon hendaklah
dalam Bahagian I atau II
dalam salah satu katagori
jawatan berikut:
-
Tetap dan berpencen;
-
Percubaan;
-
Berkontrak;
-
Secara perjanjian; atau
-
Pinjaman
-
Pegawai Dalam Bahagian
III dan IV
(Rujukan: Perenggan 2,
Surat Keliling Pejabat
Setiausaha Kerajaan No:
1/1961 ‘Peraturan-Peraturan
Bagi Menguntukkan
Rumah-Rumah Quarters
Pegawai-Pegawai Kanan Di
Brunei’)
Bagi pegawai-pegawai dalam
Perkhidmatan Awam Bahagian
III dan IV, syarat kelayakan
ialah dalam salah satu
kategori jawatan berikut:
-
Tetap;
-
Percubaan;
-
Berkontrak; atau
-
Secara perjanjian.
-
Pegawai Bujang
Pegawai bujang sama ada
dalam Bahagian III atau IV
hanya boleh diperuntukkan
rumah Kerajaan tidak
melebihi kategori kelas ‘F’
(sekarang kelas ‘DD’ atau
‘D’)
-
Pegawai wanita dalam
perkhidmatan tetap yang
berstatus janda dan
mempunyai tanggungan anak.
-
Pegawai-pegawai Kerajaan
yang bujang hendaklah
terlebih dahulu ditetapkan
dalam jawatan.
(Rujukan: Memorandum
Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam Bilangan JPA/H/28/93
Bertarikh 29 Rejab 1417 / 10
Disember 1996 ‘Peruntukan
Rumah Bagi Pegawai-Pegawai
Kerajaan Yang Bujang’)
JENIS PERUMAHAN YANG
DIPERUNTUKKAN
-
Bagi pegawai dalam
Bahagian II (sukatan gaji B2
atau B3), perumahan kelas B
yang sewanya tidak lebih
$2,500.00 sebulan.
[nota : Peruntukkan
perumahan terkandung didalam
syarat perkhidmatannya
sebagai salah satu kemudahan
yang diberikan]
- Bagi pegawai dalam
Bahagian I (sukatan gaji
Kumpulan 3 ke Superscale
Special), perumahan yang
layak diperuntukkan kelas
‘A’ yang sewanya tidak
melebihi $3,500.00 sebulan.
SYARAT-SYARAT PENYEWAAN RUMAH
KERAJAAN
(Syarat Kepada Tuan Punya
Rumah)
Setiap rumah yang disewakan
kepada Kerajaan hendaklah
memenuhi syarat-syarat berikut:
-
Memasang pagar keselamatan
(safety/security grille)
pada setiap jandela dan
tempat-tempat yang
berpatutan;
- Menyediakan rel langsir
(curtain rails) bagi setiap
jandela;
- Menyediakan kipas angin
atau alat hawa dingin di
bilik tidur utama (Master
Bedroom), di bilik-bilik
tidur, ruang tamu dan dewan
makan;
- Menyediakan alat pemanas
air (water heaters) dengan
kapasiti minimum 50 liters –
approx. 15 gals;
- Menyediakan tempat
sidaian kain;
- Menyediakan alat pemadam
api (fire extinguisher)
dengan kapasiti 2-3
kilogram, jenis Co2 dan ‘Dry
Chemical’ atau 9 liters
water/ Co2 atau foam;
- Membersihkan kawasan
sekeliling bangunan;
- Memastikan jalan masuk
ke bangunan tersebut
berkedaan baik; kerja-kerja
pemeliharaan sekiranya rosak
adalah menjadi tanggungjawab
tuan punya rumah;
- Memasang pagar
kesleamatan (safety/security
fencing) di sekeliling
bangunan;
- Menyediakan pesti surat
penyerahan;
- Menyediakan tangki air
dan pamnya;
- Memastikan pembekalan
air dan api elektrik
berfungsi;
- Menyediakan alat-alat
perabot bagi kategori rumah
kelas ‘B’ dan bersedia
mengganti dan membaiki
alat-alat perabot tersebut
jika rosak atau tidak dapat
digunakan lagi; dan
- Menyediakan satu tiang
bendera termasuk tali dan
pulley-nya bagi setiap rumah
atau pangsa tersebut.
|
|
Tanggungjawab Penghuni Rumah/Pangsa
Pegawai yang diberi
kebenaran untuk mendiami sama
ada rumah/pangsa milik Kerajaan
atau rumah/pangsa sewa Kerajaan
di bawah kawalan Jabatan
Perkhidmatan Awam hendaklah:
-
Memahami dan mematuhi
peraturan yang mengawal
kemudahan mendiami rumah/pangsa
seperti yang terkandung
dalam peraturan ini termasuk
yang dikuatkuasakan dari
masa ke semasa;
-
Menggunakan kemudahan yang
diberikan sebagai tempat
kediaman persendirian
pegawai berkenaan dan
keluarga termasuk pembantu
rumah, jika berkenaan;
- Memastikan rumah/pangsa
serta kawasannya adalah
sentiasa bersih, selamat dan
kondusif;
- Memastikan adanya
perkhidmatan pembuangan
sampah dan pemotongan rumput;
- Sentiasa memupuk
semangat kejiranan tanpa
mengambil kira perbezaan
ugama, bangsa, kerakyatan
dan bahasa;
- Mengibarkan bendera
Negara Brunei Darussalam
atau bendera peribadi
sepanjang tempoh yang
ditetapkan setiap kali
negara menyambut hari-hari
kebesaran.
Tanggungjawab Melaporkan Mula
Mendiami Rumah/Pangsa
Pegawai adalah dikehendaki
memaklumkan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam, Ketua Jabatan,
Jabatan Perkhidmatan Elektrik,
Jabatan Perkhidmatan Air,
Jabatan Telekom, Jabatan
Bandaran, Ketua Kampung dan
Jabatan Kerajaan yang berkaitan
sebaik sahaja mula mendiami
rumah/pangsa.
Kebenaran Mendiami Rumah/Pangsa
Tarikh mula mendiami rumah/pangsa
adalah seperti yang dibenarkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
iaitu selewat-lewatnya seminggu
selepas menerima anak-anak kunci
rumah/pangsa berkenaan. Pegawai
adalah dikehendaki
menandatangani borang
‘Penerimaan kunci rumah/ pangsa’.
Kebenaran Dibatalkan
Kebenaran mendiami rumah/pangsa
akan dibatalkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam apabila
Pegawai atau suami/isteri
Pegawai didapati memiliki rumah
sama ada membeli rumah atau
pembinaannya rumah sendiri yang
siap untuk didiami melalui salah
satu skim berikut:
- Bantuan Kemudahan
Kewangan Untuk Memiliki
Perumahan;
- Skim Tanah Kurnia Rakyat
Jati;
- Skim Perpindahan/Perumahan
Negara;
- Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah;
Kebenaran juga akan dibatalkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
apabila Pegawai didapati dalam
salah satu keadaan di bawah ini:
- Tidak lagi berkhidmat
dengan Kerajaan;
- Berubah perkhidmatannya
kepada perkhidmatan lain
yang tidak diperuntukkan
kemudahan rumah/pangsa;
- Membiarkan rumah/pangsa
kosong tanpa didiami oleh
Pegawai sendiri;
- Diarahkan bertukar/bertugas
ke daerah lain yang mana di
daerah berkenaan terdapat
peruntukkan perumahan
Kerajaan atau mempunyai
peruntukkan perumahan
persendirian;
- Ditempatkan untuk
bertugas di sektor swasta di
bawah program peminjaman;
- Berada di luar negeri
bagi tempoh melebihi satu
(1) tahun kalendar sama ada
kerana mengikuti Latihan
Dalam Perkhidmatan atau
bertugas;
- Didapati tidak lagi
memenuhi syarat-syarat
kelayakan untuk mendiami
rumah/pangsa Kerajaan; dan
- Meninggal dunia.
Notis Bertulis
Jabatan Perkhidmatan Awam
berkuasa pada bila-bila masa
membatalkan kebenaran untuk
mendiami rumah/pangsa termasuk
memindah dari rumah/pangsa yang
dibenarkan ke rumah/pangsa lain
mengikut kelayakan dengan
memberi sekurang-kurangnya satu
(1) bulan notis tanpa memberi
sebarang alasan dan Pegawai
berkenaan adalah dikehendaki
mengosongkan dan menyerahkan
anak-anak kunci rumah/ pangsa
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Tanggungjawab Mengosongkan
Rumah/Pangsa
- Seblum mengosongkan
rumah/pangsa dan
mengambilkan anak-anak kunci
ke Jabatan Perkhidmatan Awam,
Pegawai adalah dikehendaki
membersihkan dahulu dalam
dan juga luar rumah/pangsa
serta kawasannya. Kerajaan
berhak menuntut semua kos
perbelanjaan untuk
membersihkan dan
mengosongkan dalam dan luar
rumah/pangsa kawasan, jika
pembersihan tidak dibuat
oleh Pegawai;
- Jabatan Perkhidmatan
Awam tidak bertanggungjawab
ke atas barang-barang
kepunyaan pegawai dan
keluarga Pegawai yang
ditinggalkan selepas tamat
tempoh mendiami rumah/pangsa;
- Pegawai adalah
dikehendaki menandatangani
borang ‘Mengosongkan rumah/pangsa’
semasa mengembalikan
anak-anak kunci kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam;
dan
- Pegawai adalah
bertanggungjawab memaklumkan
kepada Ketua Jabatan,
Jabatan Perkhidmatan
Elektrik, Jabatan
Perkhidmatan Air, Jabatan
Telekom, Jabatan Bandaran,
Ketua Kampung dan Jabatan
Kerajaan yang lain sebaik
sahaja mengosongkan rumah/
pangsa.
Pegawai Yang Gagal
Mengosongkan Rumah/Pangsa
- Jabatan Perkhidmatan
Awam berkuasa memberhentikan
pembekalan api elektrik, air
dan seumpamanya serta
menukar kunci bagi tujuan
menghalang Pegawai atau
keluarga serta pembantu
rumah, jika berkenaan,
daripada memasuki dan atau
mendiami rumah/pangsa
apabila Pegawai didapati
gagal untuk mengososngkan
rumah/pangsa setelah diberi
satu (1) bulan notis
bertulis;
- Barang-barang kepunyaan
Pegawai dan keluarga Pegawai
akan dipindah. Segala kos
perkhidmatan pemindahan dan
penyimpanan akan dikenakan
kepada pegawai. Jabatan
Perkhidmatan Awam juga tidak
bertanggungjawab ke atas
keslamatan barang-barang
berkenaan; dan,
- Jabatan Perkhidmatan
Awam akan mengenakan kadar
bayaran sewa rumah/pangsa
yang sebenarnya yang
ditanggung Kerajaan kepada
Pegawai yang tidak
mengosongkan dan
mengambalikan anak-anak
kunci kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam setelah
berakhir tempoh notis
bertulis yang diberikan
sepertimana memorandum
Setiausaha Tetap, Jabatan
Perdana Menteri Bil. (96)
JPM/J/E/17 bertarikh 26
Februari, 1996.
Bayaran
Pegawai adalah dikehendaki
menjelaskan:
- Sewa bulanan rumah/pangsa
pada setiap akhir bulan
melalui potongan gaji di
Kementerian/Jabatan
masing-masing mengikut kadar
yang ditetapkan mulai dari
tarikh dibenarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam
iaitu sekurang-kurangnaya
seminggu selepas menerima
anak-anak kunci rumah/pangsa;
- Semua bayaran untuk
pembekalan elektrik, air dan
telefon bagi keseluruhan
tempoh mendiami rumah/pangsa;
- Bayaran bagi
perkhidmatan pemotongan
rumput, jika mendiami rumah,
dan juga pembuangan sampah;
dan
- Tuntutan yang dikenakan
dalam membiyai kos pembaikan
kerosakan rumah/pangsa
sepertimana yang
dipersetujui dalam
syarat-syarat dan perjanjian
penyewaan di antara Kerajaan
dangan pemilik.
Bayaran Yang Tidak Dijelaskan
Kerajaan adalah berhak
memotong gaji/baksis/bonus/caruman
pegawai bagi menjelaskan segala
tuntutan.
Perabot, Peralatan dan
Perkakas
- Pegawai adalah
bertanggungjawab ke atas
semua peralatan dan perkakas
kecil yang disediakan
termasuk untuk membiyai
pembelian dan penggantian
seperti, mentol lampu, lampu
pendarfluor (fluorescent
lights) serta alat-alat
ganti yang berhubungkait
dengannya seperti starters
dan chokes, cermin, jendela,
fius dan seumpamanya
termasuk pembaikan kecil
yang kosnya tidak melebihi
B$100.00 bagi setiap
kerosakan. Ini bermakna
Pegawai tidak dibenarkan
mengumpulkan jumlah aduan
yang melebihi B$100.00 bagi
setiap aduan yang dihadapkan
kepada Jabatan Perkhidmatan
Awam.
- Pegawai adalah
dikehendaki memastikan
bahawa semua perabot yang
disediakan adalah sentiasa
dalam keadaan baik dan masih
boleh dipakai iaitu tidak
dibiarkan rosak atau
dirosakkan yang di luar
kelaziman penggunaan biasa
(wear and tear)
Pengubahsuaian
Pegawai adalah
bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa rumah/pangsa
serta kawasan tidak diubahsuai,
umpamanya, menambah dapur,
membina garaj.
Insurans
Kerajaan dan atau pemilik
rumah/pangsa tidak akan
bertanggungjawab kepada
kerosakan yang disebabkan oleh
kebakaran, bencana alam dan
kecurian. Oleh yang demikian
Pegawai adalah digalakkan untuk
mendapatkan Insurans bagi
melindungi kerosakan atau
kehilangan harta benda milik
sendiri.
Kerosakan
Pegawai hendaklah
melengkapkan borang ‘Laporan
kerosakan rumah/pangsa’
sekurang-kurangnya dalam tempoh
satu (1) minggu mengenai
sebarang kerosakan yang perlu
diperbaiki segera. Borang yang
lengkap diisi bolehlah
dihadapkan terus kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam.
Memberi Kebenaran
Pegawai hendaklah
bekerjasama menemani dan memberi
kebenaran (right of access)
Pegawai-pegawai Jabatan
Perkhidmatan Awam yang berkaitan
atau wakilnya untuk memasuki
rumah/pangsa/bangunan dan
kawasan bangunan pada waktu yang
dipersetujui bersama untuk:
- Memeriksa keadaan bagi
pembaikan di dalam dan luar
bangunan tersebut atau
mana-mana bahagian;
- Menjalankan kerja-kerja
pembaikan terhadap bangunan
tersebut; dan
- Menjalankan siasatan dan
pemantauan bagi memastikan
yang Pegawai sentiasa
mematuhi peraturan mendiami
rumah/pangsa.
Makluman Tambahan
Pegawai bolehlah pada waktu
pejabat menghubungi
Pegawai-pegawai yang berkenaan
di Jabatan Perkhidmatan Awam
bagi mendapatkan makluman lanjut.
Tarikh kuatkuasa Peraturan
Ini.
Peraturan ini mula
berkuatkuasa pada 1 September
2000.
|
|
SUKATAN GAJI
AM ATAU YANG
SEBANDING
DENGANNYA |
KELAS RUMAH |
BAYARAN
PENGHUNI
SEBULAN |
KADAR SEWA
PERABOT
SETIAP BULAN |
KADAR SEWA
SETIAP BULAN
(Tertakluk
kepada
keluasan
rumah/pangsa) |
|
BAHAGIAN I
Superscale
Special
Superscale A
Superscale B
Superscale C |
AA |
$130.00 |
$280.00 |
$3,501.00 -
$4,000.00 |
|
BAHAGIAN I
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3 |
A |
$130.00 |
$280.00 |
$3,001.00 -
$3,500.00 |
|
BAHAGIAN II
B3 |
BB |
$130.00 |
$280.00 |
$2,501.00 -
$3,000.00 |
|
BAHAGIAN II
B2/BW2
B1/BW1 |
B |
$130.00 |
$280.00 |
$1,851.00 -
$2,500.00 |
|
BAHAGIAN III
C1-C5
(Bagi
penerima
gaji
melebihi
$1690.00) |
CC |
$110.00 |
$210.00 |
$1,651.00 -
$1,850.00 |
|
BAHAGIAN III
C1-C5
(Bagi
penerima
gaji
$1,280.00
hingga
$1,689.00) |
C |
$75.00 |
$210.00 |
$1,401.00 -
$1,650.00 |
|
BAHAGIAN
IV
D3-4 D4
(Bagi
penerima
gaji $900.00
keatas) |
DD |
$55.00 |
$140.00 |
$1,201.00 -
$1,400.00 |
|
BAHAGIAN
IV
D3-4 D4
(Bagi
penerima
gaji dibawah
$900.00) |
D |
$55.00 |
$140.00 |
$420.00 -
$1,200.00
|
|
| |
Sebarang Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut
bolehlah ditujukan kepada:
Pengarah Perkhidmatan Personel,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 3, Bangunan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam,
Lapangan Terbang Lama,
Berakas BB3510,
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 238 2469
Fax: +673 238 2565
|