|
Pencen:
Pencen bulanan (iii) = [Jumlah
perkhidmatan (bulan) (iv) x Gaji
Akhir] / 480 = $ A setiap bulan
Pencen yang dikurangkan
jumlahnya dan Baksis:
-
Pencen = ¾ x $A
-
Baksis = ¼ x $A x 15 x 12 =
$ C
|
Pencen Turunan
Dikhususkan kepada warga
perkhidmatan awam yang meninggal
dunia semasa:
-
Dalam perkhidmatan;
-
Dalam tempoh 15 tahun atau
ke bawah selepas bersara
Pencen Turunan diperuntukkan
kepada waris-waris warga
perkhidmatan awam berkenaan.
Waris adalah tanggungjawab untuk
menghadapkan salinan Sijil mati
(Death Certificate) kepada Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam
melalui Ketua Jabatan di tempat
warga perkhidmatan awam
berkenaan terakhir berkhidmat.
Bersara Awal
Warga perkhidmatan awam boleh
menghadapkan permohonan untuk
bersara awal dengan syarat
berikut:
-
Berusia minimum 50 tahun
bagi pegawai lelaki; atau
-
Berusia minimum 45 tahun
bagi pegawai perempuan
Permohonan tertakluk kepada
kebenaran Kerajaan. Kemudahan
pencen atau pencen yang
dikurangkan jumlahnya dan
baksis adalah tertakluk kepada
syarat berikut:
-
Terdiri daripada rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dan
penduduk tetap;
-
Dalam Jawatan Tetap dan
berpencen;
-
Berkhidmat tidak kurang
daripada 10 tahun;
-
Lantikan bermula sebelum 01
Januari 1993 (i)
-
Sudah ditetapkan dalam
jawatan pertamanya
[Nota
; Warga perkhidmatan awam yang
berkhidmat pada dan selepas 01
Januari 1993 ke Jawatan Tetap
adalah di bawah Peraturan Tabung
Amanah Pekerja (TAP)]
Permohonan hendaklah dihadapkan
kepada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam melalui
Jabatan masing – masing.
Menamatkan Perkhidmatan
Warga perkhidmatan awam boleh
menghadapkan permohonan untuk
menamatkan perkhidmatan dengan
syarat-syarat berikut:
-
Bersedia untuk menjelaskan
semua hutang piutang dengan
Kerajaan termasuk ikatjanji
dengan Kerajaan yang tidak
dipatuhi, jika berkenaan;
dan
-
Tidak dikenakan tindakan
tatatertib
Permohonan hendaklah dihadapkan
kepada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam melalui Ketua
Jabatan masing- masing.
Peranan Jabatan Perkhidmatan
Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
melalui Bahagian Perkhidmatan
Personel adalah bertanggungjawab
memproses urusan bersara wajib,
bersara awal dan menamatkan
perkhidmatan.
Jabatan Perkhidmatan Awam juga
bertanggungjawab mengeluarkan
Sijil Persaraan sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
Nota:
-
Bagi
warga perkhidmatan awam yang
dilantik pada dan selepas 1
Januari 1993, faedah
persaraan adalah mengikut
Tabung Amanah Pekerja (TAP),
kecuali anggota Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei dan
Polis Diraja Brunei
-
Selepas
15 tahun, pencen bulanan
akan diteruskan
pembayarannya mengikut kadar
yang dinyatakan di bawah
nota kaki (iii) dengan
syarat pesara masih hidup
-
Bagi yang
memilih pencen yang
dikurangkan jumlahnya dan
baksis, kadar pencen yang
diterima selepas 15 tahun
bersara adalah sama seperti
dengan yang memilih pencen
iaitu $A setiap bulan
-
Bagi yang
berkhidmat lebih daripada 30
tahun, perkiraan diambil
kira sebagai 360 bulan
sahaja (30 x 12)
Alamat Perhubungan:
Bahagian Perkhidmatan Personel,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tingkat 3, Bangunan SPA
Lapangan Terbang Lama Berakas
BB3510
Negara Brunei Darussalam
Tel: 2382469
Fax: 2383013 / 2381387
e-mel :
info.psd@psd.gov.bn
|