|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Memangku |
|
LAMPIRAN 1 |
|
TAKRIF
-
Perenggan awal
Kekosongan jawatan
bermakna jawatan-jawatan
yang belum diisikan.
Ketiadaan sementara
pemegangnya bermakna
ketiadaan pemegangnya oleh
sebab-sebab bercuti, keluar
negeri kerana tugas,
menghadiri latihan dalam
atau luar negeri dan
seumpamanya.
-
Perenggan 1.1
Jawatan-jawatan lantikan
berperlembagaan adalah
seperti berikut:
- Peguam Negara;
- Juruaudit Agung;
- Pengurusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam; dan
- Jurutulis Majlis-Majlis
Mesyuarat.
- Perenggan 1.2
Bagi tempoh lantikan
memangku 10 hari atau kurang,
sila rujuk perenggan 6.3.
- Perenggan 2.1
Pegawai yang disokong
adalah pegawai yang paling
Iayak dan sesuai dari
bahagian atau unit yang sama.
Walau bagaimanapun sekiranya
tidak ada pegawai yang layak
dan sesuai dari bahagian
atau unit yang sama maka
pegawai dari bahagian atau
unit yang lain yang
difikirkan layak dan sesuai
bolehlah dilantik.
- Perenggan 2.2
Jawatan-jawatan tertentu
yang memerlukan kelayakan
profesional atau teknikal
adalah semua jawatan yang
berupa kejuruteraan,
keukuran, perundangan,
perubatan, kesihatan dan
jawatan-jawatan yang
tertentu dimana ianya
memerlukan kepakaran dan
kelulusan dalam
bidang-bidang berkenaan.
Walau bagaimanapun bagi
jawatan-jawatan di peringkat
Pengarah, Timbalan dan
Penolong Pengarah yang
menumpukan kepada pengurusan
dan pentadbiran dasar,
walaupun ianya diisikan oleh
seorang yang mempunyai
kelulusan profesional atau
teknikal, ianya boleh
dipangku oleh mana-mana
pegawai lain yang layak dan
bersesuaian.
- Perenggan 2.4
Penolong Pentadbir
memangku Pegawai Pentadbir
Tingkatan I, Penolong
Pegawai Kewangan Tingkat I
memangku Pegawai Kewangan,
Penolong Juruaudit Tingkat I
memangku Juruaudit (mengikut
aliran kerjaya
jawatan¬jawatan berkaitan).
- Perenggan 2.5
Pegawai-pegawai yang
memegang jawatan Pakar
adalah juga termasuk
pegawai¬-pegawai lain yang
mempunyai kelulusan/kelayakan
Pakar yang diiktiraf oleh
Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
- Perenggan 2.10
Ketiadaan pemangku
jawatan berterusan bermakna
ketiadaan pegawai disebabkan
bercuti, keluar negeri
kerana tugas, menghadiri
latihan dalam atau luar
negeri.
- Perenggan 4.1
Contoh:
Bagi pegawai yanq memanqku 2
jawatan:
- Seorang Pegawai Projek
B2 EB3 yang menerima gaji
pokok sebanyak $3,300.00
sebulan dibenarkan memangku
jawatan Pegawai Projek Kanan
B.3 secara berterusan bagi
menilai kesesuaian beliau
untuk ditetapkan dalam
jawatan tersebut dan dalam
masa yang sama memangku
jawatan Penolong Pengarah
Kumpulan 2 yang menjalani
cuti mandatori selama 14
hari mulai dari 01 September
hingga 14 September di
samping tugas-tugas beliau
yang biasa, dibayar seperti
berikut:
Perkiraan memangku bagi
bulan September:
- Tempoh diantara 1
September hingga 14
September:
: Memangku Penolong
Pengarah
: 1/3 x $5,400.00 x 14
hari + 30 hari = $840.00
- Tempoh diantara 15
September hingga 30
September:
: Memangku Pegawai
Projek Kanan
: *1/5 x $3,880.00 x 16
hari + 30 hari = $413.87
- Jumlah elaun =
$840.00 + $413.87 =
$1253.87
*Nota:
Kelaziman pengiraan
memangku secara berterusan,
pengiraan elaun ditakrifkan
seperti seorang pegawai
tidak dikehendaki untuk
menjalankan tugas-tugas
jawatannya sendiri.
- Seorang Penolong Pegawai
Projek C2-3 EB4 yang
menerima gaji pokok sebanyak
$2,050.00 sebulan dibenarkan
memangku jawatan Pegawai
Projek B.2 EB3 secara
berterusan bagi menilai
kesesuaian beliau untuk
ditetapkan dalam jawatan
tersebut dan dalam masa yang
sama memangku Pegawai
Ekonomi B.2 EB3 yang
menjalani cuti mandatori
selama 14 hari mulai dari 01
September hingga 14
September di samping
tugas-tugas beliau yang
biasa, dibayar seperti
berikut:
Perkiraan memangku bagi
bulan September:
- Tempoh diantara 1
September hingga 14
September:
: Memangku Pegawai
Ekonomi
: 1/3 x $2,270.00 x 14
hari + 30 hari = $353.11
- Tempoh diantara 15
September hingga 30
September:
: Memangku Pegawai
Projek
: 1/5 x $2,270.00 x 16
hari + 30 hari = $242.13
- Jumlah elaun =
$353.11 + $242.13 =
$595.24
Bagi pegawai yang
memangku 1 jawatan:
- Seorang Timbalan
Pengarah Kumpulan 2 yang
menerima gaji pokok sebanyak
$5,610.00 sebulan dibenarkan
memangku jawatan Pengarah
Superscale C yang bertugas
di luar negeri selama 20
hari mulai 6 Ogos hingga 25
Ogos di samping tugas-tugas
beliau yang biasa, dibayar
seperti berikut:
- 1/3 x $6,800.00 x
20 hari + 31 hari =
$1,462.37
- Seorang Pegawai
Kakitangan B.2 EB3 yang
menerirna gaji pokok
sebanyak $2,810.00
dibenarkan memangku jawatan
Pegawai Kakitangan Kanan B.3
siapa yang bertugas di luar
negeri selama 20 hari mulai
06 Ogos hingga 25 Ogos di
samping tugas-tugas beliau
biasa, dibayar seperti
berikut:
- 1/3 x $3,880.00 x
20 hari + 31 hari =
$834.41
- Perenggan 4.2
Contoh:
- Seorang Ketua Pengarah
Superscale Special yang
menerirna gaji pokok
sebanyak $11,000.00 sebulan
dibenarkan memangku jawatan
Setiausaha Tetap secara
berterusan bagi menilai
kesesuaian beliau untuk
ditetapkan dalam jawatan
dengan tidak dikehendaki
untuk menjalankan
tugas-tugas beliau yang
biasa, dibayar seperti
berikut:
- 1/5 x $18,000.00
= $3,600.00 sebulan
- Seorang Pegawai
Kakitangan B.2 EB3 yang
menerima gaji pokok sebanyak
$2,810.00 dibenarkan
memangku jawatan Pegawai
Kakitangan Kanan B.3 siapa
yang bertugas di luar negeri
selama 20 hari mulai 06 Ogos
hingga 25 Ogos dengan tidak
dikehendaki menjalankan
tugas-tugas beliau yang
biasa, dibayar seperti
berikut:
- 1/5 x $3,880.00 x
20 hari + 31 hari =
$500.65
- Perenggan 4.3
- Gaji permulaan adalah
gaji pokok yang terendah
bagi sesuatu sukatan
tanggagaji.
- Walau bagaimanapun jika
sesuatu jawatan mempunyai
dua tanggagaji umpamanya
Setiausaha Sulit BW1 atau
BW2, gaji permulaan yang
digunakan adalah gaji
permulaan bagi tanggagaji
yang diisikan oleh pegawai
tersebut. Bagi lantikan
memangku Setiausaha Tetap,
gaji permulaan yang
digunakan adalah sukatan
tanggagaji yang terendah
bagi jawatan tersebut.
- Jika seorang pegawai
yang memangku jawatan
tersebut mempunyai sukatan
tanggagaji yang lebih tinggi
misalnya BW2, tetapi jawatan
yang dipangku itu
pemegangnya mempunyai
tanggagaji BW1, ianya masih
boleh dibayar elaun memangku
dan dianggap bahawa jawatan
itu adalah setaraf walaupun
mempunyai tanggagaji yang
lebih rendah daripada
jawatannya.
Contoh:
Bagi pegawai yanq
memangku 2 jawatan:
- Separuh dari gaji pokok
yang diterima oleh Pegawai
Projek B.2 EB3 ialah
$1,650.00. Ini bermakna
elaun memangku yang beliau
terima iaitu $1253.87 adalah
tidak sampai separuh
daripada gaji pokok yang
beliau terima.
- Separuh daripada gaji
pokok yang diterima oleh
Penolong Pegawai Projek
C.2-3 EB 4 ialah $1,025.00.
Ini bermakna elaun memangku
yang beliau terima iaitu
$595.24 adalah tidak sampai
separuh daripada gaji pokok
yang beliau terima.
Bagi pegawai yanq
memangku 1 jawatan:
- Separuh daripada gaji
pokok yang diterima oleh
Penolong Pegawai Projek
C.2-3 EB 4 ialah $1,405.00.
Ini bermakna elaun memangku
yang beliau terima iaitu
$834.40 adalah tidak sampai
separuh daripada gaji pokok
yang beliau terima.
- Separuh daripada gaji
pokok yang diterima oleh
Penolong Pegawai Projek
C.2-3 EB 4 ialah $1,405.00
Ini bermakna elaun memangku
yang beliau terima iaitu
$500.65 adalah tidak sampai
separuh daripada gaji pokok
yang beliau terima.
- Perenggan 4.4
Bagi contoh 4.1 yang
memanqku 2 jawatan:
Pegawai Projek B.2 EB3 yang
dibenarkan memangku jawatan
Pegawai Projek Kanan dan
Penolong Pegawai Projek
C.2-3 EB4 yang dibenarkan
memangku jawatan Pegawai
Projek secara berterusan
telah ditetapkan dalam
jawatan yang dipangkunya
iaitu dinaikkan pangkat
secara kebelakangan bermula
01 Mac 2007. Dari itu, semua
elaun memangku yang beliau
terima bermula 01 Mac tidak
akan dikutip balik.
- Perenggan 5.1
Jawatan Superscale C ke
atas adalah terhad kepada
jawatan yang diberikan
kemudahan kenderaan seperti
Pegawai-Pegawai Daerah dan
bukannya kepada semua
jawatan Superscale C.
- Perenggan 5.2
Contoh:
- Seorang Penolong Pegawai
Kakitangan C.3-4 EB5 yang
dibenarkan memangku jawatan
Pegawai Kakitangan B.2 EB3
secara beterusan bagi
menilai kebolehan dan
kesesuaian beliau untuk
ditetapkan dalam jawatan
tersebut tidak diberi
keistimewaan-keistimewaan
yang lazim diberikan kepada
Pegawai Kakitangan B.2 EB3
seperti berikut:
- Pinjaman Pendahuluan
untuk Membeli Kenderaan pada
kadar $12,000.00;
- Pinjaman Perumahan
mengikut pengiraan
tanggagaji B.2 EB3;
- Rumah Sewa Kerajaan
Kelas B; dan
- Segala elaun-elaun dan
kemudahan pada kadar yang
layak diterima oleh pegawai
B.2 EB3.
- Seorang Penolong
Pengarah Kumpulan 2
dibenarkan memangku jawatan
Pengarah Superscale C
samaada secara berterusan
atau secara sementara dan
dibenarkan keluar negeri
kerana tugas/urusan rasmi
tidak diberi
keistimewaan-keistimewaan
yang lazim diberikan kepada
Pengarah Superscale C yang
dibenarkan keluar negeri
kerana tugas/urusan rasmi
seperti:
- Tambang kelas bisnes;
dan
- Elaun sara hidup pada
kadar yang lazim diterima
oleh Pengarah Superscale C.
- Perenggan 6.4
Pengiraan elaun memangku
adalah bermula dari tarikh
kebenaran bercuti atau
tarikh keluar negeri kerana
bertugas atas urusan rasmi
pegawai-pegawai berkenaan
yang dikira bermula pada
hari bekerja.
Contoh:
Seorang Pengarah dibenarkan
keluar negeri kerana
bertugas atas urusan rasmi
selama 4 hari bermula hari
Jumaat hingga hari Isnin.
Pegawai yang memangku
jawatan beliau dibayar elaun
memangku bermula hari Sabtu
hingga hari Isnin secara
berterusan termasuk hari
Ahad.
- Perenggan 6.6
Contoh:
Seorang Penolong Pegawai
Kakitangan C3-4 EB5
dibenarkan memangku jawatan
Pegawai Kakitangan B.2 EB3
secara berterusan bagi
menilai kesesuaian beliau
untuk ditetapkan dalam
jawatan tersebut dan dalam
masa yang sama memangku
Pegawai Kakitangan Kanan
B.3, siapa yang menjalani
cuti mandatori selama 15
hari dari 01 April hingga 15
April di samping tugas¬tugas
beliau yang biasa.
Pengiraan elaun bagi
mernangku jawatan Pegawai
Kakitangan B.2 EB3 pada 1
April hingga 15 April:
- 1/5 x $2,270.00 x 15
hari + 30 hari = $227.00
- Pengiraan elaun bagi
memangku jawatan Pegawai
Kakitangan Kanan B.3:
- 1/3 x $3,880.00 x 15
hari + 30 hari = $646.67
- Dari itu, beliau
dibayar elaun memangku
sebanyak $646.66.
- Perenggan 6.7
Contoh:
Pegawai yang memangku
pemegang jawatan dalam
tanggagaji Superscale B Khas
Kepada Batang Tubuh akan
dibayar berdasarkan gaji
permulaan bagi tanggagaji
Superscale C (tanggagaji
sebenar jawatan yang
dipegang oleh pegawai yang
dipangku).
|
|
back to top |
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|