|
Satu peraturan lantikan memangku
telah dikeluarkan oleh Jabatan
Perdana Menteri melalui Surat
Kelilingnya bilangan 4/2008 [Bilangan
Rujukan (4) JPM/SK/2008,
bertarikh 3 Rabiulawal 1429H
bersamaan 11 Mac 2008M].
Peraturan ini dikeluarkan
sebagai panduan tatacara kepada
Setiausaha-Setiausaha Tetap dan
Ketua-Ketua Jabatan yang
berhajat mengadakan sokongan
memangku satu-satu jawatan
disebabkan oleh kekosongan
jawatan atau ketiadaan sementara
pemegangnya.
Peraturan ini dikuatkuasakan
mulai 1 Mac 2008.
Kandungan Surat Keliling
berkenaan adalah seperti berikut:
-
Tempoh Lantikan Memangku
-
Tempoh lantikan memangku
bagi jawatan lantikan
berperlembagaan, jawatan
Setiausaha Tetap, Timbalan
Setiausaha Tetap, Ketua
Jabatan dan Ketua-Ketua
Bahagian di
kementerian-kementerian yang
bertaraf Pengarah ialah
selama 1 hari atau lebih.
-
Tempoh lantikan memangku
bagi jawatan-jawatan yang
lain dalam Bahagian I, II,
III dan IV dalam Anggaran
Perbelanjaan adalah selama
11 hari atau lebih.
-
Lantikan Memangku
-
Dalam apa jua keadaan, Ketua
Jabatan hendaklah memastikan
hanya pegawai yang paling
layak dan sesuai yang
diperakukan sahaja disokong
dan dibenarkan memangku.
Lantikan memangku bagi
pegawai yang lain hanya
dapat diberikan jika pegawai
yang paling layak dan sesuai
tersebut tidak ada.
-
Jawatan-jawatan tertentu
yang memerlukan kelayakan
profesional atau teknikal
tidak boleh dipangku oleh
mana-mana pegawai yang
memegang jawatan yang skim
perkhidmatannya berlainan
kecuali jika sekiranya
pegawai yang dilantik
memangku daripada skim
perkhidmatan berlainan itu
mempunyai kelulusan dan
kelayakan profesional bagi
jawatan tersebut. Walau
bagaimanapun, jika pemegang
jawatan tersebut
mengendalikan tugas-tugas
yang bukan berbentuk
teknikal, jawatan tersebut
boleh dipangku oleh
mana-mana pegawai yang tidak
mempunyai kelulusan dan
kelayakan profesional bagi
jawatan tersebut.
-
Jawatan-jawatan dalam
Perkhidmatan Pentadbiran
Brunei atau Pegawai Kewangan
atau Juruaudit tidak boleh
dipangku oleh mana-¬mana
pegawai yang memegang
jawatan yang skim
perkhidmatannya berlainan
kecuali jika sekiranya
pegawai yang dilantik
memangku dan skim
perkhidmatan berlainan itu
telah lulus Peperiksaan
Perintah-Perintah Am,
Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan dan
Peraturan-Peraturan Kewangan.
Walau bagaimanpun, jika
pemegang jawatan tersebut
mengendalikan tugas-tugas
yang bukan berbentuk
pentadbiran dan kewangan,
jawatan tersebut boleh
dipangku oleh mana-mana
pegawai yang tidak mempunyai
syarat-syarat kelulusan dan
kelayakan bagi
jawatan-jawatan tersebut.
-
Jawatan-jawatan dalam satu
aliran/bidang kerjaya atau
skim perkhidmatan dalam
Bahagian II hanya dibenarkan
dipangku secara sementara
oleh pemegang-pemegang
jawatan dalam Bahagian III
dalam aliran/bidang kerjaya
atau skim perkhidmatan yang
sama. Huraian.
-
Jawatan Pakar hanya
dibenarkan dipangku oleh
pegawai-pegawai yang
mempunyai kelayakan Pakar
dalam bidang yang sama
sahaja.
-
Pegawai-pegawai kontrak
bukan tempatan hanya boleh
dibenarkan memangku
jawatan-jawatan jika tidak
terdapat pegawai-pegawai
tempatan yang berkelayakan
dan tidak menjejaskan tugas
asal ianya dilantik di dalam
syarat perjanjiannya.
-
Lantikan memangku hanya
dibenarkan pada peringkat 2
talian sahaja, umpamanya,
apabila jawatan A kosong,
pegawai B dibenarkan
memangku jawatan A. Pegawai
C dibenarkan memangku
jawatan pegawai B di samping
melaksanakan tugasnya (Pegawai
C). Selepas ini, tidak
dibenarkan seorang pegawai
pun (misalnya Pegawai D)
memangku jawatan Pegawai C.
-
Seorang pegawai hanya
dibenarkan memangku satu
jawatan sahaja. Walau
bagaimanapun, seorang
pegawai yang telah dilantik
memangku satu jawatan secara
berterusan kerana menilai
kesesuaiannya untuk
ditetapkan dalam jawatan
tersebut boleh memangku satu
jawatan yang lain secara
sementara sahaja.
-
Seorang pegawai dibenarkan
memangku jawatan yang
setaraf atau rendah tarafnya
atau sama gelaran atau sama
tanggagaji dengan jawatannya
dengan syarat huraian tugas
dan tanggungjawab bagi
jawatan-jawatan tersebut
berlainan. Jika jawatan yang
hendak dipangku itu rendah
tarafnya ianya adalah atas
budi bicara Ketua Jabatan.
-
Satu jawatan hanya boleh
dipangku oleh seorang
pegawai sahaja dalam satu
masa. Walau bagaimanapun,
jika jawatan itu dipangku
oleh seorang pegawai secara
berterusan kerana menilai
kesesuaiannya untuk
ditetapkan dalam jawatan
tersebut dan jawatan
berkenaan tidak boleh
dibiarkan kosong kerana
ketiadaan pemangku jawatan
berterusan, maka jawatan
berkenaan boleh dipangku
secara sementara sahaja.
-
Kebenaran Memangku
Kebenaran memangku
diberikan oleh pihak-pihak
secara berikut:
|
Bil |
Jawatan Yang
Akan Dipangku |
Kuasa
Membenarkan |
|
a. |
Setiausaha Tetap
dan Timbalan
Setiausaha Tetap |
Setelah mendapat
sokongan
daripada Duli
Yang Teramat
Mulia/Yang
Berhormat
Menteri
Kementerian
berkenaan
hendaklah
dihadapkan
kepada
Setiausaha
Tetap, Jabatan
Perdana Menteri
yang akan
menyembahkan
Kehadapan Majlis
Kebawah Duli
Yang Maha Mulia
Paduka Seri
Baginda Sultan
dan Yang
Di-Pertuan
Negara Brunei
Darussalam bagi
menjunjung
kurnia perkenan
Baginda |
|
b. |
Ketua Jabatan |
Duli Yang
Teramat Mulia /
Yang Berhormat
Menteri di
kementerian
masing-masing |
|
c. |
Pegawai yang
paling kanan
selepas Ketua
Jabatan atau
Pengarah dan
jawatan-jawatan
lain di Pejabat
Setiausaha Tetap |
Setiausaha Tetap
Kementerian
masing-masing |
|
d. |
Timbalan/Penolong Ketua Jabatan
atau Pengarah
bagi Jabatan
yang mempunyai
jawatan Pengarah
dan
jawatan-jawatan
lain |
Ketua Jabatan
masing-masing |
|
e. |
Semua jawatan
dalam
Perkhidmatan
Pentadbiran
Brunei (BAS)
bagi tempoh: |
|
|
|
i.
180 hari atau
lebih |
i.
Ketua Pengarah
Perkhidmatan
Awam |
|
|
ii.
Secara semantara
tidak melebihi
180 hari |
ii.
Setiausaha Tetap
atau Ketua
Jabatan |
|
f. |
Semua jawatan
lain di
Peringkat
Kementerian dan
Jabatan bagi
tempoh bagi
tempoh melebihi
180 hari atau
bagi menilai
kebolehan dan
kesesuaian
seseorang
pegawai untuk
ditetapkan dalam
jawatan yang
dipangkunya.
|
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Awam |
|
| |
-
Kadar Elaun Memangku
-
Elaun memangku sama ada
memangku 1 jawatan atau 2
jawatan akan dibayar dengan
kadar 1/3 dari gaji permulaan
jawatan yang dipangku jika
pegawai itu jugs dikehendaki
menjalankan tugas-tugas
biasanya, dengan cara
pengiraan seperti berikut:
1/3 x Gaji Permulaan
Jawatan Dipangku x Jumlah
Hari
Memangku dalam sebulan +
jumlah hari dalam bulan
tersebut.
-
Elaun memangku akan dibayar
dengan kadar 1/5 dari gaji
permulaan jawatan yang
dipangku jika pegawai itu
tidak dikehendaki
menjalankan tugas-tugas
biasanya, dengan cara
pengiraan seperti berikut:
1/5 x Gaji Permulaan
Jawatan Dipangku x Jumlah
Hari Memangku dalam sebulan
+ jumlah hari dalam bulan
tersebut.
-
Dalam apa keadaan sekalipun,
jumlah elaun memangku tidak
boleh melebihi separuh
daripada gaji pokok yang
diterima oleh pegawai
berkenaan.
-
Dalam keadaan dimana pegawai
yang dibenarkan memangku di
bawah perenggan 4.1, jika
dinaikkan pangkat secara
kebelakangan yang melibatkan
tempoh semasa ia memangku,
elaun memangkunya yang telah
dibenarkan tidak akan
dikutip balik.
-
Keistimewaan semasa
dilantik memangku
- Pegawai yang
dilantik memangku
jawatan lantikan
berperlembagaan, jawatan
Setiausaha Tetap,
jawatan Timbalan
Setiausaha Tetap dan
jawatan-jawatan dalam
tanggagaji Superscale C
dan ke atas yanglazimnya
diberikan kemudahan
sebuah kereta dan
pemandu, yang dilantik
bagi menilai kebolehan
dan kesesuaiannya untuk
ditetapkan dalam
jawatan-jawatan tersebut
(substantive acting)
akan diberikan kemudahan
sebuah kereta rasmi
beserta pemandu. Walau
bagaimanapun,
pegawai-pegawai yang
dilantik memangku secara
sementara tidak akan
diberikan sebarang
kemudahan.
- Pegawai yang
dilantik memangku
jawatan-jawatan lain
sama ada secara
sementara atau bagi
menilai kebolehan dan
kesesuaiannya untuk
ditetapkan dalam
jawatan-jawatan tersebut
tidak diberikan
keistimewaan yang lazim
diberikan kepada
jawatan-jawatan tersebut.
-
Umum
- Setiausaha Tetap/Ketua
Jabatan hendaklah
memastikan supaya
lantikan memangku
benar-benar diperlukan
sebelum sebarang
sokongan atau kebenaran
dilakukan. Sokongan
memangku hendaklah
dilakukan bagi tujuan
memastikan kelicinan
pentadbiran dan
perjalanan pejabat tidak
terjejas.
- Jika seseorang
pegawai atau kakitangan
mengambil sebarang cuti
atau berkursus secara
sepenuh masa sama ada di
dalam atau di luar
negeri bagi tempoh yang
berterusan selama 11
hari atau lebih semasa
ianya dibenarkan
memangku sesuatu jawatan
secara sementara, maka
elaun memangku tidak
akan dibayar bagi tempoh
tersebut, kecuali
pegawai tersebut
memangku secara
berterusan bagi tujuan
untuk menilai
kesesuaiannya untuk
ditetapkan di dalam
jawatan tersebut atau
dihantar bertugas atas
urusan rasmi.
- Seorang pegawai yang
diaturkan untuk
menjalankan tugas-tugas
jawatan yang kosong atau
semasa ketiadaan
pemegang asal jawatan
berkenaan atas sebarang
sebab bagi tempoh yang
kurang dari 11 hari
tanpa dibayar elaun,
lantikan berkenaan
hendaklah dicatatkan
dalam rekod
perkhidmatannya.
- Bagi jawatan
lantikan berperlembagaan,
jawatan Setiausaha Tetap,
jawatan Timbalan
Setiausaha Tetap, Ketua
Jabatan dan Ketua-Ketua
Bahagian di
kementerian-kementerian
yang bertaraf Pengarah,
elaun memangku dibayar
bermula dari hari
bekerja pemegang jawatan
berkenaan memulakan cuti
atau keluar negeri
kerana bertugas atas
urusan rasmi sehingga
hari sebelum ianya
melaporkan diri kembali
bertugas. Walau
bagaimanapun,
tanggungjawab bagi
menjalankan tugas-tugas
tersebut bermula
daripada waktu pemegang
jawatan berkenaan
memulakan cuti atau
keluar negeri sehingga
pemegang jawatan kembali
bertugas.
- Elaun memangku
dibayar mengikut tempoh
yang dibenarkan termasuk
hari-hari kelepasan
biasa dan hari-hari
kelepasan awam.
- Bagi pegawai yang
dibenarkan memangku dua
jawatan dalam satu masa
seperti keadaan yang
dinyatakan diperenggan
2.8 di atas, elaun akan
dibayar kepada pegawai
yang dibenarkan memangku
bersandarkan kadar elaun
tertinggi.
- Bagi pegawai yang
dibenarkan memangku
jawatan yang pemegang
asal diberikan gaji
secara khas batang tubuh,
pembayaran elaun
hendaklah didasarkan
pada tanggagaji dan gaji
terendah jawatan
berkenaan.
- Bagi Timbalan
Setiausaha Tetap yang
dibenarkan memangku
jawatan Timbalan
Setiausaha Tetap dan
Setiausaha Tetap yang
dibenarkan memangku
jawatan Setiausaha Tetap,
ianya tidak akan
dihulurkan apa jua
bentuk bayaran / imbuhan.
- Jawatan-jawatan yang
boleh dipangku adalah
semua jawatan dalam
Peruntukan Kakitangan
dalam Anggaran
Perbelanjaan dalam
Bahagian IV dan ke atas.
- Lantikan memangku
hanya dibenarkan bagi
pegawai-pegawai tempatan
dalam perkhidmatan tetap,
perkhidmatan sebulan ke
sebulan dan berkontrak
sahaja yang telah
berkhidmat dalam
jawatannya tidak kurang
dari 6 bulan.
- Pegawai-pegawai
dalam perkhidmatan
berikut tidak boleh
dilantik memangku:
- bergaji hari dan
open vote; dan
- berkontrak (luar
negeri), kecuali
yang dibenarkan di
bawah perenggan 2.6.
- Peraturan lantikan
memangku ini adalah
khusus untuk
pegawai-pegawai dalam
Perkhidmatan Awam sahaja.
- Semua sokongan
memangku hendaklah
disertakan dengan Borang
Timbang Terima.
- Kebenaran lantikan
memangku tidak boleh
diberikan secara
kebelakangan.
-
Takrif bagi semua istilah
yang digunakan di dalam
Surat Keliling ini adalah
seperti yang terdapat dalam.
Lampiran 1
-
Sebarang pertanyaan
mengenai peraturan ini
hendaklah dirujuk kepada
Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam.
-
Surat-Surat Keliling
berkaitan dengan Peraturan
Lantikan Memangku berikut
adalah dengan ini
dibatalkan:
- Surat Pemberitahuan
Jabatan Perkhidmatan
Awam bilangan 2/2007
bertarikh 22 Muharram
1428/10 Februari 2007;
- Surat Keliling
Jabatan Perdana Menteri
bilangan 14/2002
bertarikh 29 Ramadhan
1423 / 04 Disember 2002;
- Surat Jabatan
Perdana Menteri bilangan
(96) JPM/0/81 Pt.2
bertarikh 15 Ramadhan
1415/15 Februari 1995;
- Surat Keliling
Jabatan Perkhidmatan
Awam, JPM bilangan
6/1995 bertarikh 22
Zulkaedah 1415/22 April
1995;
- Surat Jabatan
Perdana Menteri bilangan
JPM/0/22 Pt. 1 bertarikh
27 Ramadhan 1414/10 Mac
1994;
- Surat Jabatan
Perdana Menteri bilangan
(88) JPM/0/81 Pt.2
bertarikh 29 Julai 1993;
- Surat Jabatan
Perdana Menteri bilangan
(33) JPM/J/SPA/0 Pt.2
bertarikh 16 Januari
1992;
- Surat Keliling
Pejabat Setiausaha
Kerajaan bilangan
9/1981; dan
- Paragraf mengenai "Alaon
Pemangku" dalam Surat
Keliling Pejabat
Setiausaha Kerajaan
bilangan 11/1966.
- Surat Keliling ini
berkuatkuasa mulai pada 01
Mac 2008.
|