|
PERADUAN “MENCIPTA LOGO HARI PERKHIDMATAN AWAM“

Syarat-Syarat Penyertaan
-
Dibukakan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur
18 tahun keatas.
-
Hasil ciptaan Logo hendaklah di lukis dalam kertas berukuran
A3 berserta ‘soft copy’ dan di hadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi dengan menyatakan tajuk sepertimana yang tersebut di atas.
-
Peserta mestilah menyertakan huraian Logo Hari Perkhidmatan Awam.
-
Semua rekabentuk ciptaan adalah menjadi hak milik Penganjur.
-
Pihak penganjur berhak untuk memilih rekabentuk ciptaan yang terbaik.
-
Setiap penyertaan dan rekabentuk mestilah asli dan bukannya rekabentuk yang sudah ada.
-
Rekabentuk Logo mestilah mencerminkan kewibawaan
Perkhidmatan Awam Yang Berintegriti Sebagai Asas Kecemerlangan Dalam Memberikan Perkhidmatan Kepada Orang Ramai.
-
Peserta hanya dibenarkan menghadapkan satu rekabentuk sahaja.
-
Logo hendaklah direka dengan memasukkan perkataan “Hari Perkhidmatan Awam” dalam tulisan rumi dan jawi.
-
Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
-
Penyertaan yang lengkap bolehlah dihadapkan ke alamat:
Pengerusi Peraduan Mencipta Logo Hari Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 4, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam
-
Tarikh tutup penyertaan adalah pada
Hari Sabtu, 15 Jamadilakhir 1431 bersamaan 29 Mei 2010. Penganjur tidak akan menerima penyertaan yang dihantar lewat dari tarikh yang telah ditetapkan.
|