|
Kriteria pegawai terbaik perlu
diberikan butiran untuk membantu
Kementerian Jabatan membuat
sokongan. Di mana
kriteria-kriteria tidak dapat
dipenuhi sepenuhnya,
pertimbangan boleh dibuat kepada
pegawai-pegawai yang hampir
terbaik.
Di antara kriteria-kriteria
pegawai terbaik:
-
Mempunyai kelulusan dengan
pangkat tinggi yang
mencerminkan potensi tinggi
kebolehan untuk mengikuti
dengan jaya kursus/latihan
di tahap lebih tinggi dan
mudah untuk diterima oleh
institutsi ‘par
excellence’.
-
Mempunyai prestasi yang
menunjukkan:
-
1. Pemahaman tinggi dan
mendalam mengenai kerja
dan bidang tugas.
-
2. Kebolehan dan
kemahuan mengadaptasi
kepada keperluan dan
situasi kerja yang
‘demanding’.
-
3. Potensi tinggi
didalam kebolehan
mengetuai kumpulan kerja
berhasil.
-
4. Disiplin dan etika
kerja yang konsisten.
-
5. Kebolehan tinggi
berkomunikasi.
-
6. Kebolehan inovasi dan
usaha proaktif.
-
Matang dan dapat menghayati
sepenuhnya visi dan misi
Negara serta peranan
Kementerian/Jabatan didalam
mencapai matlamat Negara.
-
Mempunyai sikap dan
pendekatan progresif.
-
Mempunyai rekod perkhidmatan
bersih dari rasuah, tindakan
tatatertib dan jenayah.
|