-
Menghadapkan 1 set borang
permohonan LDP (Surat
Pemberitahuan JPA bilangan
2/2006) dan mengisikannya
dengan lengkap dan disokong
oleh Ketua Jabatan dan
Kementerian masing-masing.
-
Permohonan hendaklah
dihadapkan ke Jabatan
Perkhidmatan Awam
sekurang-kurangnya empat (4) bulan sebelum kursus
dijangka bermula.
Setiap permohonan mestilah
menyertakan dokumen-dokumen
seperti berikut :
-
Surat tawaran penerimaan
tempat kursus yang
menyatakan tarikh mula
dan tempoh kursus
daripada institusi
pengajian,
-
Isi kandungan kursus;
-
Salinan laporan
Penilaian Prestasi bagi
tempoh tiga (3) tahun
kebelakangan dari tarikh
mula kursus;
-
Rekod Perkhidmatan yang
terkini dan diakui sah
termasuk rekod cuti
mutakhir;
-
Kertas cadangan dan
jadual rancangan
penyelidikan bagi
pegawai yang mengikuti
kursus Ijazah kedoktoran
(Ph.D) atau Ijazah
Sarjana; dan
-
Skim Perkhidmatan yang
diluluskan bagi jawatan
pemohon.
Segala surat menyurat mengenai
perkara ini hendaklah
dialamatkan kepada Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam
melalui Setiausaha Jawatankuasa
Perkembangan Sumber Tenaga
Manusia Kementerian
masing-masing kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam,
(UP: Unit Pengurusan Latihan
Dalam Perkhidmatan),
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perdana Menteri,
Bangunan SPA.,
Lapangan Terbang Lama,
Berakas BB3510,
Negara Brunei Darussalam.
|