|
Penyelarasan Penerima Skim LDP
Semasa Pelaksanaan Peraturan ini.
-
Pegawai-pegawai yang sedang
menjalani kursus di seberang
laut menerusi kebenaran di
bawah peraturan Surat
Keliling Jabatan Perdana
Menteri bilangan 2/1991
diselaraskan untuk mengikuti
peraturan-peraturan seperti
berikut:-
-
Pegawai Di bawah Skim
Latihan Dalam
Perkhidmatan Penuh.
Mengikut Skim Latihan
Dalam Perkhidmatan Penuh
menurut Surat Keliling
ini.
-
Pegawai Di bawah Skim
Cuti Belajar.
Ditukar menjadi Skim
Latihan Dalam
Perkhidmatan Penuh dan
kemudahannya adalah
menurut Surat Keliling
ini.
-
Pegawai Di bawah Skim
Latihan Dalam
Perkhidmatan Penuh Yang
Diubah Kepada Skim Cuti
Belajar.
Terus mengikuti Skim
Cuti Belajar yang mana
kemudahan-kemudahannya
adalah seperti yang
disebutkan di para
3.1.14 dalam Surat
Keliling ini.
-
Pegawai Di bawah Skim
Cuti Tidak Bergaji.
Terus mengikuti Skim
Cuti Tidak Bergaji
dengan
kemudahan-kemudahan yang
sama seperti yang sudah
diberikan kepadanya
dibawah kebenaran yang
lama. Skim ini tidak
menjadi sebahagian dari
Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan Seberang
Laut (LDPSL) dibawah
Surat Keliling ini dan
akan ditiadakan sebaik
sahaja kesemua
pegawai-pegawai yang
menerimanya menamatkan
tempoh kebenaran mereka.
-
Pengecualian
Seperti juga di bawah Surat
Keliling Jabatan Perdana
Menteri 2/1991 bertarikh 3
Januari 1991 yang diganti
oleh Surat Keliling ini,
Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan bagi
Pegawai-Pegawai Pasukan
Polis Di-Raja Brunei dan
Angkatan Bersenjata Di-Raja
Brunei adalah dikecualikan.
-
Pihak Meneliti Dan
Mempertimbangkan Latihan
Dalam Perkhidmatan
Bagi menjalankan
tanggungjawab ini sebuah
badan, Badan
Mempertimbangkan Latihan
Dalam Perkhidmatan, telah
ditubuhkan bagi menggantikan
Jawatankuasa Meneliti Dan
Mempertimbangkan Latihan
Dalam Perkhidmatan.
-
Permohonan Dan Sokongan
Kementerian/Jabatan
Kementerian/Jabatan untuk
menghadapkan permohonan dan
sokongan bagi Latihan Dalam
Perkhidmatan Seberang Laut
dan LDP Dalam Negeri seperti
yang berjalan pada masa ini
kepada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Jabatan
Perdana Menteri.
-
Sekretariat Badan
Mempertimbangkan LDP
Sebuah sekretariat
ditubuhkan secara langsung
di bawah Badan
Mempertimbangkan LDP di
Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dengan
bidangtugas khusus seperti
berikut:
-
Mengurus mesyuarat Badan;
-
Mewujudkan jaringan luar
Negara bagi penempatan
kursus/latihan;
-
Memantau secara langsung
kemajuan pegawai di
bawah LDP; dan
-
Mewujudkan infrastruktur
ujian/temuduga bagi
calon LDP.
|